Monday, November 29, 2010

Panas ! Tiger Show di negeri Khalifah Lim Guan Eng ??


Syabas kepada bro MEDIA PERMATANG PAUH yang mendedahkan mengenai Tiger Show di sebuah kelab hiburan terkenal di negeri yang berteraskan Amar Maaruf Nahi Mungkar pimpinan Khalifah Lim Guan Eng .


PB masih ingat lagi cadangan mewujudkan Hub Hiburan Malam oleh PEMANDU kepada kerajaan Barisan Nasional dibantah keras oleh juak-juak Pakatan Rakyat khususnya parti PAS PIS PUS . Juak-juak kopiah putih ini mengatakan hiburan malam akan menambahkan maksiat didalam negara dan juga meningkatkan gejala sosial dikalangan generasi muda.

Selain itu, Khalifah yang selalu dipuji oleh PAS ,iaitu Lim Guan Eng juga menghantam kerajaan BN dalam isu ini dan terus disanjung oleh juak-juak PAS. Tetapi sebenarnya puak -puak kopiah putih ini lah yang paling bodoh dan bangang . Mereka mudah diperdayakan dengan Lim Guan Eng yang hanya pandai berlakon bagi menipu umat Islam di negara ini dengan imej Khalifah Umar Abd Aziz nya.

Tahun lepas sahaja sebanyak 96 lesen premis rumah urut dan 1,376 lesen hiburan awam diluluskan di seluruh Pulau Pinang.
Malah negeri Pulau Pinang dilihat lebih advance lagi di bawah pemerintahan DAP dalam menjadikan negeri Amar Maaruf Nahi Mungkar ini untuk setanding dengan Haadyai , Thailand yang terkenal dengan hub hiburan malam.

Sunday, November 21, 2010

YES TO ISA SAY NO ANTI- ISA

Forum Anti Isa yang didalangi oleh DAP telah dianjurkan di Komtar Walk hari ini bertukar kecoh apabila didatangi sekumpulan rakyat PP yang mengelarkan mereka YES TO ISA. Mereka datang bagi menunjukkan hak mereka sebagai rakyat yang menyokong Akta ini yang telah berjaya menjaga kemanan negara.

Forum ini dilihat lebih kepada mempromosi fahaman haluan kiri yang condong kepada Komunis. Panel-panel yang dijemput seperti Mat Sabu , Hishamudin Rais dilihat gagal menyampaikan pandangan2 yang bernas dan hanya ulangi balik sahaja hujah2 pemimpin pembangkang.




We want ISA !! YES TO ISA




Abg Ghani mengetuai kumpulan penyokong Yes To ISA berhujah dan memberi pandanganya tentang mengapa ISA perlu dipertahakan selepas Hishamudin Rais terpaksa akur dengan desakan kumpulan berkenaan . Malaysiakini jelas bohong menyatakan penyokong ISA takut berhujah !




Hishamudin Rais nampak pening , tak pernah lagi forum
bantah ISA dibantah ..selalu merekalah yang bantah
kepada kerajaan . Syabas Rakyat Penang !!



penyokong Yes To ISA vs Anti ISA
penyokong ISA berdepan dengan geng sosialis yang anti ISA 





Hishamuddin Rais a.k.a tukar tiub sosialis dibantah oleh rakyat PP
yang menyokong ISA 

Mat Sabu nampak terkejut kehadiran penyokong ISA yang datang ,tetapi yang menariknya
minta pulak pihak Polis yang selalu mereka maki untuk halang kemaraan mereka


Kehadiran hadirin yang tidak sampai 30 orang nampak jelas forum membantah ISA ini tidak mendapat sambutan walaupun dilakukan di Komtar Walk .



Apakah motif dan agenda DAP menyebarkan propaganda menyokong Komunis ini ?? Darurat yang digunakan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu untuk mengekang gerakan komunis dianggap tidak adil oleh mereka . Malah pembukaan kampung-kampung baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dianggap zalim dan memaksa mereka tinggal dikawasan dan dikurung .

Nampak sangat DAP ini buta sejarah dan mereka nampaknya cuba memutarbelitkan fakta sejarah yang sebenar kepada generasi muda . Semua orang tahu kewujudan kampung baru adalah satu perancangan untuk mengawal agar pihak Komunis pada ketika itu untuk memperolehi bantuan makanan ,perubatan dan kewangan daripada penyokong komunis yang tinggal di kampung kampung.



DAP JELAS SOKONG KOMUNIS !!! APA KATA ULAMA PAS ??? 

PAS anjur majlis 25 tahun Memali






Khawarij PAS akan menganjurkan majlis 25 tahun memperingati Memali, maka sudah 25 tahun khawarij telah songlap duit tabung yang mencecah RM300 ribu. Wang yang dicuri daripada yang berhak sudah tentu dihalalkan oleh kepimpinan khawarij PAS.

Memperingati ulang tahun khawarij PAS mencuri duit tabung mangsa Memali adalah amat bertepatan,Pengumuman yang dibuat oleh Hj Hadi agak simbolik kerana beliaulah yang menjadi punca apabila mengeluarkan amanat menghalalkan darah umat Islam yang tidak menyertai PAS.

BUKTI AMANAT HAJI HADI
AMANAT
TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG
"Saudara-saudara sekelian, percayalah! Kita menetang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.
Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."
PAS
(Parti Islam SeMalaysia)
Penerangan PAS Kelantan


Petikan artikel mengenai pemimpin khawarij PAS yang berjaya menghalalkan wang tabung yang dicuri.

1985, 'Tragedi Berdarah Memali' tercetus kerana Ibrahim Libya enggan menyerah diri untuk ditahan di bawah ISA. Kini tragedi yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu - 25 tahun. Pihak pimpinan PAS telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa yang terbunuh yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu - 25 tahun. Pihak pimpinan PAS, telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa terbunuh.
Oleh kerana PAS memfatwakan yang terbunuh dalam tragedi Memali itu sebagai syuhada atau 'mati syahid', maka pihak kerajaan tersisih dari sebarang urusan hidup mereka. Demi kesejahteraan umat Melayu Islam, segalanya dibiarkan kepada pihak PAS memikul tanggungjawab.
Manipulasi PAS dalam membolehkan mereka menerima banyak wang derma atau sumbangan ikhlas dari Islam seluruh negara, khususnya dari kalangan penyokong-penyokong PAS. Iklan-iklan mengenai Tabung Mangsa Memali disiarkan dalam akhbar rasmi PAS, Harakah. Tidak cukup dengan itu, para pejuang PAS yang mendakwa bersifat mujahid menerbitkan berbagai bahan bacaan seperti buku dan makalah bagi menarik simpati ahli PAS dan juga orang ramai. Pada pandangan umum segalanya berjalan lancar dan waris-waris mangsa benar-benar telah mendapat pembelaan.
Begitulah yang tersurat mengenai tabung berkenaan. Mereka yang bersimpati dan telah memberi sumbangan berasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana derma ikhlas mereka sampai kepada apa yang dimaksudkan.
Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kehendak Allah tidak dapat di duga oleh hamba-hamba-Nya, walaupun oleh mereka yang bertaraf ulama. Maka dengan kehendak-Nya sekumpulan waris mangsa tragedi Memali membuat aduan polis mengenai wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan tabung berkenaan.
Tarikh 27 Julai 2000 merupakan hari meletupnya 'bom jangka' yang sekian lama terpendam dikalangan waris mangsa. Bagi pihak waris mangsa yang diketuai oleh Zainon Ismail, segalanya dilakukan kerana ruang untuk menyelesaikan masalah yang tercetus dari isu penyelewengan tabung berkenaan telah tertutup rapat dan nama baik mereka tercemar dengan teruknya.
Adalah difahamkan bahawa pihak pucuk pimpinan PAS, khususnya Datuk Fadzil Noor tidak mengendahkan pendedahan mereka malah memihak kepada pihak yang didakwa.
Ekoran laporan akhbar mengenai pengakuan bahawa balu-balu tragedi Memali tidak mendapat bantuan setimpal daripada pengurusan Tabung Mangsa Memali, balu Allahyarham Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, Soleha Hussain mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa penghinaan oleh penyokong-penyokong PAS.
Katanya, beliau berasa sedih apabila dihina dengan kata-kata kesat termasuk menggelarkan dirinya sebagai isteri syuhada murahan.
Menurutnya, penghinaan itu dibuat melalui panggilan telefon yang diterima sejak tersiarnya beberapa laporan di akhbar-akhbar mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam Tabung Memali.
Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka yang terlibat dalam pendedahan itu berada dalam ketakutan kerana diugut oleh penyokong-penyokong PAS dari luar Memali. Kononnya ada yang memfatwakan bahawa darah mereka halal kerana mereka telah dianggap penderhaka PAS.
Anehnya, dalam dalam kata-kata '... tidak ada kena-mengena dengan PAS' itu, Datuk Fadzil mengadakan pertemuan dan dialog dengan 25 orang waris dan mangsa tragedi pada 29 Ogos 2000 di Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali. Majlis itu diadakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Memali bagi memberi penerangan mengenai perkembangan Tabung Mangsa Memali yang ditubuhkan selepas berlaku tragedi Memali.
Majlis dialog dengan Datuk Fadzil itu bertukar menjadi kecoh apabila kesemua mangsa terbabit dihalang untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan mereka bahawa berlaku penyelewengan dalam pengurusan tabung berkenaan.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu pihak jawatankuasa majlis itu hampir bergaduh dengan mangsa dan balu-balu tragedi Memali selepas berlaku cabar mencabar antara kedua belah pihak. Kesemua mangsa tidak puas hati dengan cara pihak jawatankuasa penganjur majlis itu serta sikap Datuk F'adzil Noor yang dianggap tidak professional dalam menyelesaikan masalah pengurusan tabung berkenaan.
Kekecohan terjadi ketika Datuk Fadzil sedang mendengar penjelasan daripada Ahli Jawatankuasa cawangan Memali berhubung tabung berkenaan sebelum seorang wakil yang dilantik oleh mangsa dan balu tragedi tersebut, Zainon Ismail, 40, bangun untuk berucap bagi melahirkan rasa tidak rasa tidak puas hatinya terhadap pengurusan tabung itu.Bagaimanapun dia dihalang atas alasan beliau bukan ahli PAS.
Datuk Fadzil Noor dan ahli jawatankuasa majlis itu tergamam apabila Zainon berjaya membuktikan dirinya sebagai ahli parti itu dengan menunjukkan kad keahlian seumur hidup.

Apabila Zainon (lebih popular dengan panggilan Cikgu Non) dihalang dari berucap, sebahagian besar mangsa yang terdiri daripada kaum wanita menjerit-jerit di luar dewan meminta Datuk Fadzil Noor memberikan keadilan kepada mereka.
Keadaan itu menyebabkan beberapa ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut meluru keluar dan berlakulah cabar mencabar antara kedua-dua pihak sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.Bagaimanapun ketegangan berjaya dikendurkan selepas beberapa pihak campur tangan.
Salah seorang mangsa tragedi Memali, Encik Manas Abdullah, 57, menegaskan kesemua mereka (mangsa tragedi) kecewa dengan sikap Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS yang berat sebelah. Jelasnya, Datuk Fadzil perlu mendengar penjelasan pihak mangsa bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam pengurusan tabung berkenaan.
Katanya, sebagai mangsa tragedi itu, beliau mahu hasil kutipan tabung itu diserahkan kepada pihak yang sepatutnya.Seorang lagi mangsa, Azmi Haji Salim, 51, mendakwa hasil kutipan tabung itu dipercayai telah disumbangkan kepada pihak-pihak lain termasuk kepada akhbar Harakah.
Akibat daripada penyelewengan itu, ahli-ahli PAS di kawasan itu berpecah belah termasuk dalam soal menguruskan kenduri kendara di kalangan ahli parti itu.
Mereka mendakwa wang tabung yang bertujuan membantu balu-balu dan anak-anak mangsa tragedi itu telah habis dan hidup mereka kini dalam kepayahan. Balu kepada Allahyarham Ibrahim Mahmud, Soleha Hussain, mendedahkan sendiri 'bahawa pihak pengurusan tabung kata duit sudah tiada tetapi selama ini saya tidak pernah diberitahu jumlah wang masuk dan keluar dari tabung berkenaan'.

Selepas Datuk Fadzil Nor gagal menyelesaikan pertelingkahan antara mangsa tragedi Memali dengan pihak pengurusan Tabung Mangsa Memali, PAS ketika itu menghantar pula ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu bagi mengendurkan ketegangan.
Ketika berceramah di Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali, Mohamad Sabu mengimbas kembali Tragedi Memaii bagi mencetuskan semangat para pendengar dan mengalihkan tumpuan dengan mendakwa bahawa isu Tabung Mangsa Memali yang dihebohkan itu adalah hasutan musuh-musuh PAS. Dengan suara lantang beliau menyalahkan semua akhbar harian.
"Kalau ada TV, akhbar-akhbar yang cuba membela mangsa Memali, ini adalah adalah hipokrit dan munafik nombor satu," ucapnya.
Mohamad Sabu juga mengajak balu dan mangsa kembali kepada parti dan hidup sebagai satu masyarakat serta kumpulan yang terpaksa menghadapi segala cabaran bersama. Beliau turut menggesa mangsa dan balu agar berwaspada dengan golongan 'tumpang kasih'.
”Kasihan mereka sebenarnya sementara sahaja sedangkan kasihan kita (PAS) berpanjangan", katanya.
Mohamad Sabu juga turut merayu kepada mereka yang terlibat supaya jangan mengadu kepada pihak 'musuh' sekiranya berlaku sebarang masalah.
Sementara itu, beberapa balu yang menghadiri ceramah 'penjelasan' itu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu, yang disifatkan oleh mereka sebagai mengeruhkan lagi keadaan.
Wakil balu dan mangsa tragedi Memali, Zainon Ismail menjelaskan, dia tidak menyangka sama sekali dengan tindakan pihaknya membuat laporan kepada polis yang akhirnya diketahui oleh pihak media sebagai mengadu kepada musuh.
"Saya tidak mengadu kepada musuh tetapi mengadu kepada pihak yang diiktiraf PAS iaitu polis dan dianggap mengadu kepada musuh", katanya.
Menurut Zainon, balu dan mangsa tiada jalan lain melainkan terpaksa membuat laporan polis setelah usaha untuk menyelesaikan masalah itu sejak tiga tahun lalu menemui jalan buntu.
Tambahnya, pihaknya sebelum ini telah mengadakan perbincangan sebagai sebuah keluarga tetapi masih tidak dilayan.
Sehubungan itu, Zainon berkata, kehadiran kalangan pemimpin PAS terutama melalui ceramah di kampung itu juga bukanlah jalan penyelesaiannya.
"Kami anggap kehadiran mereka sebagai mengeruhkan lagi keadaan sedia ada dan bukannya menyelesaikan," tegasnya yang bersetuju dengan nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyarankan isu itu diserahkan kepada pihak berkuasa polis.
Katanya, pemimpin PAS sendiri perlu memenuhi syarat penyelesaian melalui kaedah Islam iaitu mendengar kedua-dua belah pihak, menyiasat dan kaji selidik, bukannya mendengar sebelah pihak sahaja.
Beliau juga mengakui bahawa dalam kes ini dan mangsa tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pemimpin parti itu untuk mendapat maklumat tepat mengenai kes ini.
Sementara itu, balu dan ahli keluarga mangsa tragedi Memali terus menerima cercaan daripada pihak tertentu termasuk mendakwa mereka 'bersandiwara' apabila mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan Tabung Mangsa Memali.
Salah seorang anak mangsa tragedi Memali, Abdul Rahim Lah, 35, berkata, beberapa hari selepas pecah berita laporan polis ada pihak tertentu menelefonnya sambil menyifatkan dakwaan balu-balu terbabit hanyalah rekaan dan 'sandiwara'.
Mengulas tuduhan itu, Zainon berkata ada yang menganggap isu ini sebagai 'Sandiwara UMNO'.
"Isu ini bukannya sandiwara UMNO tetapi akibat penyelesaian yang tidak dilakukan mengikut kehendak Islam," katanya.
Sehubungan dengan itu mereka ygng terbabit dalam pendedahan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali ini juga akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu tidak menarik balik kata-kata ucapannya yang dianggap celupar dan menghina balu-balu serta mangsa tragedi Memali.
Menurut mereka, ucapan Mohamad Sabu itu adalah satu penghinaan besar dan mencemarkan maruah semua balu dan keluarga mangsa tragedi Memali yang kini terpaksa berjuang sendiri membela nasib mereka.
Mereka amat tersinggung dengan ucapan Mohamad Sabu yang mendakwa bahawa mereka yang laporan polis dan mendedahkan penyelewengan Tabung Mangsa Memali sama dengan perbuatan kaum Nabi Noh dan Nabi Lut yang dilaknati Allah dan bakal menjadi ahli neraka.
Demikian senario yang tersurat mengenai isu Tabung Mangsa Memali yang meletup pada masa para pemimpin PAS sedang ghairah mendakwa apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan kerajaan adalah sandiwara semata-mata.-fantrealika

Saturday, November 20, 2010

Nik Aziz Punca Pas Kalut – Dr Samsul

KUALA LUMPUR 10 Okt  – “Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan) masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Pas sebenarnya telah dipinggirkan oleh DAP dan PKR secara senyap seperti yang didedahkan oleh media baru-baru ini.
“Beliau perlu sedar, kerjasama yang diwujudkan dengan kedua-dua parti itu tidak membawa kelebihan kepadanya, apa yang berlaku telah menyebabkan  kepercayaan orang ramai kepada Pas telah mula pudar selepas pilihan raya ke 12 lalu,” kata Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi  Universiti Kebangsaan Malaysia,  ketika dihubungi umno-online.

Katanya, ketika diminta mengulas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh Pas sejak mereka mengadakan hubungan dengan kedua-dua parti terbabit untuk menubuhkan pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat dalam usaha mereka menewaskan Barisan Nasional pilihan raya lalu.

Menurutnya, Pas kini telah lari dari asas perjuangan mereka sebelum ini iaitu memperjuangkan pemerintahan Islam di negara ini tetapi tidak mampu mempertahankan prinsipnya apabila mereka bergabung dengan Dap dan PKR.

Dr Samsul berkata, kekalutan yang berlaku ini berpunca dari Nik Aziz yang sanggup menghalalkan apa sahaja bagi memastikan perjuangan Pas terus diterima oleh rakan karibnya dalam pakatan pembangkang.

“Dulu mereka melaung-laungkan untuk memperjuangkan pemerintahan Islam di negara ini, tetapi apabila mereka bersama Dap dan PKR, nampaknya Pas bagaikan tidak mampu untuk mempertahankan perjuangan itu berikutan tekanan  dari rakan seperjuangan mereka dalam pakatan pembangkang.

“Ini dapat dilihat berlakunya perbezaan pendapat antara pas dan Dap terutama membabitkan Karpal Singh (Pengerusi Dap) dengan Nik Aziz apabila bercakap mengenai pemerintahan negara Islam.
“Sementara itu, kita lihat Anwar Ibrahim lebih cuba bermain tarik tali antara kedua parti ini, dia nampaknya cuba meredakan perbalahan antara kedua pemimpin ini dengan menjalan tengah yang mengatakan itu adalah pandangan peribadi. Ia sebenarnya khuatir akan merosakkan pakatan yang dibina untuk menawan Putrajaya akan terkubur sebelum PRU 13,” katanya.

Dr Samsul berkata, sikap Nik Aziz yang tidak mahu menerima teguran serta menghalalkan cara demi kepentingan politik menunjukkan beliau seorang yang ego walaupun apa yang dilakukan itu sebenarnya salah.

“Nik Aziz cuba menpotretkan dirinya sebagai Islam sedangkan apa yang dilakukannya banyak menimbulkan keraguan, UMNO dituduhnya kafir kerana berbaik dengan parti bukan Islam sedangkan dia melakukan perkara yang sama dengan Dap.

“Tindakan yang dilakukan itu menyebabkan timbulnya kesangsian di kalangan terutama mereka yang berada di atas pagar dan generasi muda, ini terbukti dalam pilihan raya kecil Galas. Kekalahan Pas berpunca daripada tidak ketentuannya prinsip dan perjuangan parti itu,” katanya.

Menurutnya, kekalutan yang berlaku dalam Pas berpunca dari sikap Nik Aziz yang banyak membuat sesuatu perkara atau kenyataan sehingga menimbulkan keraguan dan semua itu adalah betul dan tidak boleh disanggah.
“Nik Aziz merasakan dirinya hebat kerana apa yang dibuat tiada siapa yang membantah, Nik Aziz perlu sedar tidak semua yang dibuat itu betul dan semua orang menerima. Tidak semuanya bersetuju tetapi disebabkan jawatannya sebagai Mursyidul Am Pas, ramai yang mendiamkan diri.

“Gelaran Tok Guru kepadanya juga yang menyebabkan pengikutnya taksub dan sanggup mengiakan walaupun perkara itu salah,” katanya.

Thursday, November 18, 2010

Mangsa banjir dihalau , barang bantuan banjir pulak dilarikan

Al kisah isu banjir di Kedah nampaknya masih belum reda lagi . Kezaliman PAS yang memilih suku sakat depa sahaja untuk agih bantuan mangsa banjir jelas menimbulkan rasa marah dan tak puas hati kebanyakan rakyat . Ostat Azizan yang suruh wartawan semua buat kerja cara orang Islam sepatutnya menasihat dulu benda ini kepada pengikut2 nya terlebih dahulu .
Lihat di bawah ini kezaliman puak PAS kepada rakyat Kedah ..

Hadiah oleh kerajaan Ostat Ajijan kepada rakyatnya sempena Aidiladha ini

ALOR SETAR -16 November - Gara-gara berbeza fahaman politik, mangsa banjir mendakwa dihalau keluar dari pusat pemindahan banjir.
Nasib malang itu didakwa berlaku ke atas 103 orang daripada 27 keluarga mangsa banjir yang tinggal di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Janggus dekat sini semalam.
Arahan supaya mereka mengosongkan pusat tersebut dibuat oleh salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) pusat itu melalui pembesar suara.
Amat memeritkan, mereka mendakwa hanya diberikan tempoh lima minit untuk berbuat demikian dan terpaksa berpindah ke pusat penempatan di Sekolah Menengah Alor Janggus di sini.
Tukang kebun, Abd. Aris Ahmad, 37, mendakwa, dia tidak menyangka jawatankuasa pusat berkenaan tergamak berbuat demikian memandangkan mereka adalah antara 1,700 mangsa banjir lain yang tinggal di situ sejak 2 November lalu.
"Kami ada membuat aduan tentang pelbagai perkara yang tidak mencukupi seperti makan dan peralatan lain termasuk selimut dan tikar sedangkan banyak makanan dan peralatan tersimpan dalam stor.
"Namun mereka sentiasa memberi pelbagai alasan dan apa yang menghairankan, barangan yang kami minta itu diberi kepada orang-orang tertentu sahaja tanpa banyak soal," dakwanya yang tinggal di Kampung Pulau Kerengga di sini. klik di sini

Thursday, November 11, 2010

Sudut Pandang Agama:Ahlus Sunnah Taat Kepada Pemimpin Kaum Muslimin

AHLUS SUNNAH TAAT KEPADA PEMIMPIN KAUM MUSLIMIN


Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas



Di antara prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah wajibnya taat kepada pemimpin kaum Muslimin selama mereka tidak memerintahkan untuk berbuat kemaksiyatan, meskipun mereka berbuat zhalim. Karena mentaati mereka termasuk dalam ketaatan kepada Allah, dan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah wajib.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

"Artinya : Hai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan ulil amri di antara kalian"[An-Nisaa : 59]

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

"Artinya : Tidak (boleh) taat (terhadap perintah) yang di dalamnya terdapat maksiyat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam kebajikan” [1]

Juga sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

"Wajib atas seorang Muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) pada apa-apa yang ia cintai atau ia benci kecuali jika ia disuruh untuk berbuat kemaksiatan. Jika ia disuruh untuk berbuat kemaksiatan, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat.” [2]

Apabila mereka memerintahkan perbuatan maksiyat, saat itulah kita dilarang untuk mentaatinya namun tetap wajib taat dalam kebenaran lainnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Artinya : …Aku wasiatkan kepada kalian agar tetap bertaqwa kepada Allah Yang Mahamulia lagi Mahatinggi, tetaplah mendengar dan mentaati, walaupun yang memerintah kalian adalah seorang budak hitam...“ [3]

Ahlus Sunnah memandang bahwa maksiat kepada seorang amir (pemimpin) yang muslim merupakan perbuatan maksiat kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam

“Artinya : Barangsiapa yang taat kepadaku berarti ia telah taat kepada Allah dan barangsiapa yang durhaka kepadaku berarti ia telah durhaka kepada Allah, barangsiapa yang taat kepada amirku (yang muslim) maka ia taat kepadaku dan barangsiapa yang maksiat kepada amirku, maka ia maksiat kepadaku.” [4]

Imam al-Qadhi ‘Ali bin ‘Ali bin Muhammad bin Abi al-‘Izz ad-Dimasqy (terkenal dengan Ibnu Abil ‘Izz wafat th. 792 H) rahimahullah berkata: “Hukum mentaati ulil amri adalah wajib (selama tidak dalam kemaksiatan) meskipun mereka berbuat zhalim, karena kalau keluar dari ketaatan kepada mereka akan menimbulkan kerusakan yang berlipat ganda dibanding dengan kezhaliman penguasa itu sendiri. Bahkan bersabar terhadap kezhaliman mereka dapat melebur dosa-dosa dan dapat melipatgandakan pahala. Karena Allah Azza wa Jalla tak akan menguasakan mereka atas diri kita melainkan disebabkan kerusakan amal perbuatan kita juga. Ganjaran itu bergantung pada amal perbuatan. Maka hendaklah kita bersungguh-sungguh memohon ampunan, bertaubat dan memperbaiki amal perbuatan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Artinya : Dan musibah apa saja yang menimpamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaaf-kan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahan).” [Asy-Syuraa: 30]

Allah Azza wa Jalla juga berfirman.

“Artinya : Dan demikianlah Kami jadikan sebagian orang-orang yang zhalim itu menjadi teman bagi sebagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan"[Al-An’aam: 129]

Apabila rakyat ingin selamat dari kezhaliman pemimpin mereka, hendaknya mereka meninggalkan kezhaliman itu juga.” [5]

Syaikh al-Albani rahimahulah berkata: “Penjelasan di atas sebagai jalan selamat dari kezhaliman para penguasa yang ‘warna kulit mereka sama dengan kulit kita, berbicara sama dengan lisan kita’ karena itu agar umat Islam selamat:

[1]. Hendaklah kaum Muslimin bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala
[2]. Hendaklah mereka memperbaiki ‘aqidah mereka.
[3]. Hendaklah mereka mendidik diri dan keluarganya di atas Islam yang benar sebagai penerapan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

"Artinya : Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [Ar-Ra’d: 11]

Ada seorang da’i berkata:

"Tegakkanlah negara Islam di dalam hatimu, niscaya akan tegak Islam di negaramu.”

Untuk menghindarkan diri dari kezhaliman penguasa bukan dengan cara menurut sangkaan sebagian orang, yaitu dengan memberontak, mengangkat senjata ataupun dengan cara kudeta, karena yang demikian itu termasuk bid’ah dan menyalahi nash-nash syari’at yang memerintahkan untuk merubah diri kita lebih dahulu. Karena itu harus ada perbaikan kaidah dalam pembinaan, dan pasti Allah menolong hamba-Nya yang menolong agama-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

"Artinya : ... Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Mahakuat lagi Maha Perkasa"[Al-Hajj: 40] [6]

Ahlus Sunnah wal Jama’ah menganjurkan agar menasihati ulil amri dengan cara yang baik serta mendo’akan amir yang fasiq agar diberi petunjuk untuk melaksanakan kebaikan dan istiqamah di atas kebaikan, karena baiknya mereka bermanfaat untuk ia dan rakyatnya.

Imam al-Barbahari (wafat tahun 329 H) rahimahullah dalam kitabnya, Syarhus Sunnah berkata: “Jika engkau melihat seseorang mendo’akan keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahwa ia termasuk salah satu pengikut hawa nafsu, namun jika engkau melihat seseorang mendo’akan kebaikan kepada seorang pemimpin, ketahuilah bahwa ia termasuk Ahlus Sunnah, insya Allah.”

Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah berkata: “Jikalau aku mempunyai do’a yang baik yang akan dikabulkan, maka semuanya akan aku tujukan bagi para pemimpin.” Ia ditanya: “Wahai Abu ‘Ali jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata: “Apabila do’a itu hanya aku tujukan bagi diriku, tidak lebih hanya bermanfaat bagi diriku, namun apabila aku tujukan kepada pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara akan merasakan manfaat dan kebaikannya.”

Kita diperintahkan untuk mendo’akan mereka dengan kebaikan bukan keburukan meskipun ia seorang pemimpin yang zhalim lagi jahat karena kezhaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara apabila mereka baik, maka mereka dan seluruh kaum Muslimin akan merasakan manfaat dari do’anya.” [6]

[Disalin dari kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka Imam ASy-Safi'i, Cetakan Ketiga. PO Box 7803/JACC 13340
__________

DAP Sentiasa Menyusahkan, Buat Rakyat Marah – Khoo Kay Kim

KUALA LUMPUR, 10 Nov. – Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap,DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu  menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat.
Katanya, sejak dari sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia, DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.
“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,” katanya kepada umno-online.
“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,” katanya kepada umno-online.
Khoo yang juga penganalisis politik berkata demikian ketika mengulas cadangan wakil rakyat DAP, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang.
“Sebenarnya mereka tahu, apa yang mereka cadangkan tidak boleh dilaksanakan tetapi mereka sengaja mahu menyuarakan sesuatu yang memang bertentangan dengan Perlembagaan dan dasar-dasar negara.

“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.

Terangnya lagi, cadangan DAP yang kononnya mahu melaksanakan bahasa Inggeris kerana mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar antarabangsa pada masa depan hanya satu alasan sahaja.

“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”
Katanya lagi, hal-hal berkaitan bahasa tidak boleh diubah atau dibuat sebarang pindaan sewenang-wenangnya.

“Perlembagaan negara  jelas mengiktiraf  bahasa rami adalah bahasa Malaysia dan apa-apa pindaan yang hendak dilakukan perlu mendapat kelulusan dua pertiga dari anggota Dewan. Adakah DAP mampu melakukannya?”

Justeru tegasnya, motif sebenar hal berkaitan bahasa ini ditimbulkan adalah untuk memporak-perandakan negara dengan menggunakan kemarahan rakyat sebagai senjatanya.

“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.”.

Komentar Akhi Keris
Telah terbukti dalam sejrah pun ...DAP hnya parti serpihan PAP yang ketika dulu menimbulkan kekacauan dan kekecohan sehingga Singapura di keluarkan dari Persekutuan Malaysia. Saat itu merupakan peristiwa hitam yang tak dapat dipadam dalam ingatan generasi ketika itu disebabkan provokasi2 melampau dan keterlaluan yang mengancam kestabilan negara.
Justeru, semua rakyat perlulah mengimbau kembali sejarah  apa telah dilakukan oleh  juak-juak DAP ini ketika dahulu sehinggakan menimbulkan sentimen perkauman 13 Mei yang terpahat dalam sejrah hitam negara. Jgn biarkan pisang berbuah 2 kali.....keharmonian kaum perlulah di kekalkan...
Sekian Salam Perjuangan....Wal illaliqa

Wednesday, November 10, 2010

DAP mahu Bahasa Inggeris dijadikan bahasa ke 2 rasmi Penang , mana suara pejuang PPSMI ?

Hanya bahasa Melayu bahasa rasmi - Nik Safiah
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Hanya bahasa Melayu boleh diiktiraf sebagai bahasa rasmi di negara ini.
Tokoh akademik, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, sehubungan itu, mana-mana pihak di negara ini tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua.

Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak pernah melarang penggunaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat malah menggalakkan mereka menguasai bahasa antarabangsa itu.

"Kita juga telah menjadikan bahasa Inggeris selaku bahasa pengantar kedua di sekolah-sekolah selepas bahasa Melayu.
"Adakah ini masih belum mencukupi sehingga bahasa itu (Inggeris) juga perlu dijadikan bahasa rasmi?," soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Safiah berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan wakil parti DAP dari Datuk Keramat, Pulau Pinang, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di negeri itu.

Menurut Jagdip, ia selaras dengan hasrat menjadikan negeri itu sebagai bandar antarabangsa pada masa depan.

Cadangan wakil DAP itu disuarakan ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.

Dalam pada itu, Nik Safiah menambah, penggunaan bahasa Inggeris selaku bahasa kedua dilihat seakan-akan memberi persaingan terhadap bahasa kebangsaan itu.

 "Justeru, saya sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan penggunaan bahasa Inggeris selaku bahasa rasmi kedua walaupun di Pulau Pinang," tegasnya lagi.


DAP mahu jadikan Bahasa Inggeris sbg bahasa rasmi kedua PP , di mana
penggerak utama bantah PPSMI A.Samad Said ? Kenapa tidak bantah ?
 


Kenapa tidak usung keranda ini ke Sidang DUN PP sekarang
bagi bantah kenyataan anak karpal singh ini .


DAP nak bunuh bahasa ibunda tak pa kerana
dari Pakatan , tetapi kalau kerajaan Pusat terus
bantah dan demo .

Tuesday, November 9, 2010

Surat Terbuka Untuk Yang Berhormat DSAI

 Petikan Dari Blog http://drmaza.com
SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT DSAI

Saya baru sahaja membaca kenyataan YB DSAI bahawa kenyataan menyuruh beliau berundur adalah satu perancangan. Ini rentetan Dato Zaid Ibrahim yang membuat gesaan yang sama. DSAI menyatakan bahawa saya juga telah digunakan oleh Utusan. Walaupun, pada awalnya saya berniat tidak mahu lagi menyentuh isu ini, tetapi perkataan ‘digunakan’ itu agak berat. Izinkan saya menyebut beberapa perkara;

1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang.
2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang ‘pemikir politik’ yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian ‘tidak mesra kerajaan’ dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu ‘pengunduran DSAI’, saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai ‘instinct’ tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar.
3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak ‘garang’. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan.
4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka.
5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh.
6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya.
7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat.
8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata ‘andaian saya salah!’. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya.
9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.
Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam.

Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin



 

Sunday, November 7, 2010

20 Tahun Pas Perintoh Kelate

Madah Gurindam Buat PAS
20 Tahun Pas perintoh Kelate
 Doh la tak dok pembangune
Hanya bermaharajala penindase
Buktinya  orghe asli di gua muse

20 Tahun Pas perintoh Kelate
Masalah air terus berpanjange
Tu  tok kiro lagi agenda pembangune
Ralik dok kecek fitnah orhge

20 tahun Pas perintoh Kelate
Katanya parti ikut Isle
Dale ceramah kutuk  mace-mace
Sapa lupo ajare Isle

20 tahun Pas perintoh Kelate
Lo ni rakyat koho benge
Siang male dok kecek nok ko Isle
DAP jerkoh nusut dale lube

20 tahun Pas perintoh Kelate
Dulu tegar nok ko  negara Isle
Saing  nga DAP Isle dok belake
Jadi pak angguk Lim Kit Siye

20 tahun Pas perintoh Kelate
Anwar Ibrahim jadi panglima pere
Orghe nombo satu dalam pembangke
Tapi siye Pas jadi kuda tunggange

20 tahun Pas perintoh Kelate
Kato buat mace-mace
Kononnya berkat negeri Isle
Tapi so pembagune pun tak dok napok depe

20 tahun Pas perintoh Kelate
Kota Bharu katonya Bandaraya Isle
Tapi muda mudi asyik bepelesere
Lagu tu ko negeri isle

20 tahun Pas perintoh Kelate
Baru ni Piala Malaysia Kelate Mene
Dok jaja berkat 20 tahun Pas di Kelate
Kalu berkat bakpo tunggu lama nak mene

20 tahun Pas perintoh Kelate
Nik Aziz jadi idame
Puak totok ni  tok pehe-pehe
Negara Isle Pas lo ni tinggal kenange

20 tahun Pas perintoh Kelate
UMNO saing nge MCA  Pas kato haram
Tapi lo ni Pas nge Dap satu barise
Bulih pulok saing nge Lim kit Siye
Nilah orghe panggil  lidoh cabe

SO APA DUK TGGU LAGI ....BUAT PILIHAN YANG TEPAT...
KUASA DI TANGAN ANDA..
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...

Kalah kerana Nik Aziz




MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seharusnya tidak terus dengan sikap prejudisnya terhadap kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam setiap pilihan raya termasuklah di Galas pada Khamis lalu.
Sebaliknya sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz yang kenyataannya sering kali dianggap seolah-olah ‘satu perkara’ yang tidak boleh diingkari perlu menyalahkan diri sendiri terhadap apa yang berlaku di Galas.
Ia kerana Nik Abdul Azizlah yang menjadi punca utama Pas tewas di Galas. Sebagai menteri besar, beliau telah gagal memastikan segala janji yang dibuat kepada penduduk di kawasan itu pada tahun 2008 ditunaikan, sebagai mursyidul am, beliau bertanggungjawab memilih calon parti itu, Dr. Zulkefli Mohamed, biarpun ramai ahli Pas dikhabarkan tidak bersetuju dengan pemilihan berkenaan.
Sebagai ahli politik, Nik Abdul Aziz tidak berhati-hati menjaga perilaku dalam pilihan raya apabila memberi sumbangan wang tunai yang ditakrifkan oleh Pas sebagai zakat kepada masyarakat Orang Asli.
Nik Abdul Aziz juga bertanggungjawab menyebabkan Pas kalah kerana tidak memainkan peranan sebagai ulama untuk menasihatkan pemimpin Pas supaya tidak membuat fitnah sepanjang kempen berlangsung.
Oleh itu, apabila Nik Abdul Aziz membuat kenyataan meragui kemenangan BN sebagai menunjukkan sikap sebenar pengundi, ia menunjukkan bahawa mursyidul am Pas tersebut bukan sahaja memperlecehkan kebijaksanaan pengundi tetapi juga seolah-olah tidak mahu menunjukkan peribadi seorang Islam yang reda dengan ketentuan Ilahi dan bermuhasabah bagi mengkaji di manakah silapnya sehingga Pas tewas.
Apa yang menghairankan kenapakah Nik Abdul Aziz bercakap soal dosa yang akan ditanggung oleh BN? Bagaimanakah dengan tindakan kerajaan Pas Kelantan yang memberi sijil pengiktirafan palsu kepada penduduk tertentu di Gua Musang kononnya mereka terpilih sebagai peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi?
Dakwaan ini bukanlah satu dakwaan tetapi ia didedahkan sendiri oleh seorang penduduk miskin, Rozali Rosdin seperti mana disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 1 November lalu.
Begitu juga dengan rintihan dan tangisan penduduk masyarakat Orang Asli terutama di sekitar Pos Hendrope yang mendedahkan bagaimana kawasan sekitar dan tanah warisan mereka tergadai akibat kegelojohan kerajaan Pas Kelantan melaksanakan projek Ladang Rakyat.
Tidakkah itu dianggap satu dosa, apabila kerajaan Pas Kelantan berjanji membawa kemakmuran kepada Orang Asli melalui projek berkenaan tetapi hakikatnya hanya seorang dua sahaja daripada mereka menerima dividen RM200 sebulan manakala ratusan lagi terpaksa menderita akibat kemusnahan alam sekitar.
Bagaimana pula dengan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas sepanjang kempen berlangsung sehingga ia akhirnya menimbulkan perasaan muak kepada pengundi-pengundi Galas.
Dakwaan yang dianggap fitnah paling ketara ialah pada hari mengundi apabila penyokong-penyokong Pas menyebarkan gambar Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed kononnya sedang memberi rasuah kepada pengundi.
Fakta sebenar ialah gambar itu dirakamkan ketika Mustapa menghulurkan wang untuk membeli kacang kepada seorang peniaga yang berasal dari DUN Nenggiri dan dia dikenali oleh ramai penduduk Galas.
Kenapa Nik Abdul Aziz sebagai mursyidul am tidak mahu menganggap itu sebagai dosa besar? Begitu juga dengan tuduhan Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang menuduh Tengku Razaleigh Hamzah menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli Kelantan.
Tuduhan Wan Abdul Rahim itu adalah satu pembohongan semata-mata apabila Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas menegaskan, dakwaan itu adalah satu rekaan.

Dosa
Kalaulah Nik Abdul Aziz mahu bercakap soal dosa, bagaimana pula dengan tuduhan Pengarah Pilihan Raya Pas bagi DUN Galas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa dalam tempoh 12 jam terakhir sebelum pengundian dijalankan, BN akan menabur wang kepada pengundi.
Apa yang dibentangkan ini adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang menjadi punca Pas tewas akibat daripada sikap Nik Abdul Aziz dan pemimpin-pemimpin parti itu sendiri.
Ia belum lagi termasuk bagaimana pengundi -pengundi melihat sikap kepura-puraan Pas dalam mentadbir Kelantan, apabila mereka hanya kelam-kabut melunaskan janji dibuat apabila pilihan raya hendak diadakan dan bagaimana Pas bersikap apa yang mereka buat ‘halal’ dan apa yang BN buat ‘haram’.
Paling jelas apabila Abdul Halim membuat pengumuman bahawa Pas akan memberi sumbangan RM200 dan RM250 kepada pengundi luar yang pulang mengundi. Biarpun perbuatan itu boleh ditafsirkan melanggar Seksyen 10 Akta Pilihan Raya namun Pas mendakwa ia bukan rasuah tetapi sekadar sumbangan.
Begitu juga apabila Nik Abdul Aziz secara terbuka menyerahkan sumbangan wang tunai kepada beberapa Orang Asli yang baru diIslamkan di Lojing, Gua Musang tiga hari sebelum pengundian dijalankan.
Alasan Pas itu adalah zakat kepada mualaf iaitu salah satu golongan yang berhak menerima zakat. Tetapi apa yang dipersoalkan kenapa ia dilakukan ketika kempen pilihan raya berlangsung? Kenapa majlis itu turut dihadiri oleh Dr. Zulkefli?
Bukankah selepas majlis ramah mesra Nik Abdul Aziz itu, pemimpin Pas mendakwa 60 peratus daripada masyarakat Orang Asli akan mengundi parti tersebut. Biarpun ia tidak diterjemahkan dalam bentuk fakta apabila hampir 90 peratus Orang Asli mengundi BN tetapi kecenderungan Pas melaksanakan pelbagai tindakan termasuk mengurniakan tanah ketika berkempen di kawasan masyarakat berkenaan boleh menyebabkan ada pihak mentafsirkan ia sebagai perbuatan cuba membeli undi.
Terdapat banyak lagi tindakan pemimpin Pas dan Nik Abdul Aziz sendiri yang menjadi faktor parti itu ditolak oleh pengundi Galas. Ia termasuklah memfitnah UMNO melalui risalah ‘Galas Kito’ menggariskan 16 perkara kenapa jangan sokong UMNO.
Antara fitnah itu ialah UMNO tidak menjadi Islam sebagai dasar, Islam hanya menjadi tunggangan UMNO, UMNO tidak membela agama dan ulama UMNO hanya subang tembaga serta UMNO mengkhianati bangsa sendiri.
Ini belum lagi termasuk doa yang dilafazkan oleh seorang pemimpin kanan parti itu selepas penamaan calon yang menggambarkan seolah-olah kalau BN yang diwakili oleh UMNO menang di Galas, Islam akan hancur.
Berdasarkan semua hujah-hujah ini yang menjadi faktor kekalahan Pas, maka tidak perlu Nik Abdul Aziz ‘bersandiwara’ lagi. Cukup-cukuplah menuding jari menyalahkan BN dan UMNO apabila mereka tewas dalam pilihan raya.
Jadilah pemimpin Islam yang baik iaitu sentiasa mahu bermuhasabah terhadap kelemahan diri sendiri. Fahamilah Pas bukanlah parti yang sempurna atau lengkap segalanya. Yang sempurna hanya Allah SWT dan paling lengkap hanyalah al-Quran.
Melalui kenyataan meragui kemenangan UMNO, Nik Abdul Aziz mungkin boleh mengabui mata penyokong-penyokong tegar Pas terhadap kelemahan kepimpinan beliau sebagai mursyidul am dan Menteri Besar tetapi ‘Allah melihat apa yang kamu buat’ – seperti mana tulisan pada poster yang dipasang oleh Pas di kawasan DUN Galas.
Dan sudah tentu Allah SWT juga mahu mengetahui siapa sebenarnya pejuang agama dan bangsa serta siapa pula yang sanggup memperalatkan agama dan menolak salam persaudaraan sesama Islam demi mengejar kuasa politik.