Wednesday, January 29, 2014

Rafizi Ramli Mohon Maaf Kerana Membazir Wang dan Masa Rakyat #PRKKAJANG


KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutamanya pengundi di Kajang yang terpaksa melalui satu pilihan raya kecil yang tentunya akan memakan masa dan wang rakyat ketika mana rakyat sedang mengharungi kesukaran ekonomi.

"Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.

ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melalui sepucuk surat kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin atas alasan "demi kepentingan politik".

Tindakannya itu mengejutkan beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mendapat kecaman banyak pihak termasuk badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Rafizi mengakui tidak ada penjelasan yang dapat meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu tetapi meminta masa dan ruang untuk mewajarkannya.


Beliau juga memohon maaf atas perbezaan pendapat dalam PKR yang dilihat sebagai berpuak-puak dan mengecewakan rakyat dan menjelaskan ia sedang ditangani bagi mengelak pengalaman sama seperti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sebelum ini.

Jelas Rafizi, langkah Parti Keadilan Rakyat mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya.

Beliau mengaku langkah itu tidak popular tetapi ia sesuatu yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuatnya.

"Selangor harus lebih baik daripada hari ini sekiranya ia mahu jadi wadah Pakatan dalam usahanya menawan Putrajaya," katanya.

Rafizi menyamakan strategi Pakatan Rakyat itu dengan strategi politik Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa menjadi Datuk Bandar Istanbul dan bekas Datuk Bandar Solo, Joko Widodo yang disebut-sebut bakal calon Presiden Indonesia yang berpindah untuk jadi Gabenor Jakarta.
Beliau mengakui pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menunjukkan prestasi yang baik sejak enam tahun lalu namun ia berdepan cabaran baru daripada UMNO.
Jelas beliau, keputusan meletakkan Anwar bertanding di DUN Kajang adalah untuk menyediakan pilihan kepimpinan sekiranya ada keperluan nanti.

"Adakah ini bermakna akan ada perubahan kepimpinan dalam kerajaan Selangor? Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi kita ada pilihan untuk mengoptimumkan potensi kepimpinan sekiranya UMNO membuat onar," katanya.

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff berpendapat bahawa rakyat Malaysia harus mengeluarkan mesej yang jelas bahawa hak untuk pembangunan rakyat bukan lagi monopoli parti politik.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam Analisis AWANI.
Yusmadi berkata pencalonan Anwar oleh PKR menampakkan bahawa Malaysia berada di dalam tahap politik yang tidak memberi satu harapan langkah jauh.

"Harapan rakyat yang diangkat amat tinggi, tetapi apabila kita keputusan-keputusan begini dibuat, ini bukan politik baru tetapi permainan politik baru. Sebuah parti (PKR) yang mempunyai pengalaman memerintah, saya mohon, bukan ini caranya.

"Hak memilik calon adalah hak parti politik, hak memilih adalah hak rakyat." tambahnya.
 

Tuesday, January 28, 2014

Pemuda PAS Selangor Ancam Boikot PRK DUN Kajang


KUALA LUMPUR 28 Jan - Dewan Pemuda PAS Selangor akan bertindak memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika rakan seterunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal memberi penjelasan bertulis terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Ketua Pemuda PAS Negeri, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, Pemuda PAS Negeri menyokong penuh desakan yang dikeluarkan pimpinan Pemuda PAS Pusat yang mempertikaikan keputusan tersebut secara drastik tanpa sebarang sebab munasabah.

"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.

Beliau merujuk desakan Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini yang menuntut penjelasan daripada ADUN Kajang Lee Chin Cheh atas perletakan jawatan beliau semalam, secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dengan segera.

Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS , Mohd Sany Bin Hamzan berkata, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

PANAS!! Khalid Ibrahim Umumkan Anwar Akan Bertanding Di DUN Kajang


PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya.

Turut hadir Anwar, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kerusi Dun Kajang dikosongkan oleh bekas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan semalam.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya.

Turut hadir Anwar, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kerusi Dun Kajang dikosongkan oleh bekas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan semalam.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Sunday, January 26, 2014

Banner Kontroversi "Jesus Is The Son Of Allah" di P.Pinang ?

Telah timbul provokasi melampau dengan menggantung banner tertera kalimah Allah disamping ayat " Jesus Is The Son Of Allah " yang mana dilihat telah menyalahgunakan kalimah Allah dengan meletakkan Jesus@Nabi Isa sebagai anak Allah di P. Pinang.

Adakah ini satu lagi cabaran terbuka kumpulan paderi dan penganut Kristian terhadap umat islam dan undang-undang negara ??

Majlis Fatwa Negeri P.Pinang sendiri telah menetapkan kalimah Allah adalah termasuk dalam "fatwa mengenai kalimah-kalimah suci yang khusus bagi agama Islam dan tidak boleh digunakan oleh agama bukan Islam"rujuk sini

KP mohon agar KDN ,Polis dan Jabatan Agama Islam P.Pinang dapat mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang cuba membakar sentimen ini kerana dikhuatiri akan membuahkan persengketaan antara agama.

 Antara gereja yang ditemui di Pulau Pinang menaikkan banner tersebut ialah : Gereja Assumptions Conception Lebuh Farquhar , Gereja St John Britto Sg Pinang Gereja Immaculate Conception Lorong Maktab.-Mael Pengerang

Saturday, January 25, 2014

Ketua Dewan Ulama PAS Ust Harun Taib Meninggal Dunia


KUALA TERENGGANU - Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) di sini pada jam 12.17 awal pagi ini.

Menurut Pengarah HSNZ Tengku Ramlah Tengku Senik, Allahyarham meninggal akibat sindrom kegagalan fungsi pelbagai organ (MODS).

"Allahyarham meninggal jam 12.17 pagi ini akibat kegagalan fungsi organ dalaman (MODS)," katanya di sini.


Allahyarham pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir selama empat penggal bermula 1982 (Pilihan Raya Umum ke-6) sehingga 2004 pada PRU-11 dan sepanjang tempoh itu hanya sekali kalah pada PRU-7.

Allayarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham dikebumikan pagi ini di Markaz Tarbiah Kubang Lembik, Manir di sini.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan antara pemimpin Pas yang hadir. - Bernama

Wednesday, January 22, 2014

Ahli PKR Gelar Gobind Singh 'Tikus Puchong'


KUALA LUMPUR 21 Jan. - Jika bapanya, Karpal Singh digelar 'Harimau Jelutong', anaknya, Gobind Singh Deo pula diberi gelaran 'Tikus Puchong'. Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kubang Pasu di Kedah, Hamzah Alias berkata, gelaran itu sesuai diberikan kerana sikap Gobind yang melarikan diri dan masih enggan menjawab isu pembohongan berhubung 'surat guaman' yang kononnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember lalu.

Menurutnya, pembohongan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Puchong itu jelas memalukan seluruh pakatan pembangkang dan sikap membisu tersebut menyebabkan pakatan itu terpalit dengan tohmahan rakyat.

 "Dulu bapanya pernah digelar 'Harimau Jelutong' tetapi hari ini saya mahu gelar Gobind pula sebagai 'Tikus Puchong' kerana bersikap membisu dan takut untuk tampil menjelaskan isu berkenaan. "Gelaran itu memang sesuai dengan tindakan Gobind yang macam tikus, sudah buat salah lari dan menyorok pula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobind sebelum ini mendakwa telah menghantar surat guaman untuk menyaman ROS berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP. Dalam pada itu, Hamzah turut mendesak Gobind menemui Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menjelaskan perkara berkenaan jika benar beliau tidak berbohong.

 "Apa lagi mahu tunggu Gobind, jumpa Datin Seri (Wan Azizah) dan jelaskan semua penipuan yang berlaku dan saya juga berharap kepemimpinan PKR dapat mendesak Gobind untuk tampil menjelaskan perkara berkenaan dengan segera," katanya.

Saturday, January 18, 2014

UMNO P.Pinang Ketuai Bantahan Penghinaan ADUN Cina PKR Terhadap PM @NajibRazak


Lebih 3,000 orang menyertai perhimpunan bagi mengecam tindakan biadab ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk Rabu lepas.


Perhimpunan anjuran Umno bahagian Permatang Pauh itu juga bertujuan membantah tindakan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perhimpunan yang disertai Badan Bukan Kerajaan dan badan kebajikan Melayu itu merupakan amaran kepada pihak yang tidak beretika supaya jangan menghina Islam dan perdana menteri. "Kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan sampai menghina.



Tindakan yang dilakukan oleh Adun Machang Bubuk itu bukan sahaja biadab tetapi kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyertai perarakan lebih satu kilometer yang diadakan di sekitar Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya hari ini.

Perarakan yang bermula di Pusat Sukan Sunway dan berakhir di Pasaraya Sunway Carnival itu turut disertai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Said dan barisan kepimpinan Umno Pulau Pinang.

Selain melaung slogan 'Hidup Melayu' dan berselawat peserta perarakan itu juga membawa kain rentang yang mengecam perbuatan biadab itu. - Bernama

Thursday, January 16, 2014

Nooh Gadut : Bekas Mufti Perlu Henti Hentam Kerajaan Melalui Media Sosial


Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyelar tindakan bekas rakan sejawatannya yang kerap menggunakan medium media sosial untuk menghentam kerajaan.

Beliau yang juga merupakan bekas Mufti Johor itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah yang bertajuk “Husnul Khotimah, Allah Dan Rasul Disisiku” di perkarangan Masjid Kg Baru, semalam.

Beliau yang tidak menyebut nama mana-mana individu itu menjelaskan Islam ada menggariskan beberapa panduan berhubung adab dan kaedah untuk menasihati pemimpin.

“Sebagai seorang mufti, kita sepatutnya menggunakan adab sopan yang digariskan untuk menegur pemimpin. Jangan disebabkan kita tidak lagi menjadi mufti, kita meroyan di dalam media sosial dengan menghentam kerajaan.

“Saya juga pernah menjadi mufti, namun saya tidak meroyan. Tak perlulah saya, menyebut nama mana-mana individu, semua faham-faham sendirilah” katanya.

Islam ada menggariskan beberapa cara untuk menegur pemerintah, contohnya hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang mana Nabi Muhammad s.a.w mengajar cara kita menegur pemerintah.

“Menegur pemerintah bukanlah dengan cara memaki hamun, menghina dan bukannya menyampaikannya di mimbar-mimbar khutbah dengan terbuka, itu bukan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menegur dan menasihati pemerintah.

“Kata Ibnu Abbas lagi, Nabi mengajar kamu, pegang tangan pemerintah, bersendirianlah dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan. Sekiranya dia terima, itu perkara baik dan jika dia tidak terima, kamu telah menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Ramai yang berpendapat, kenyataan Nooh Gadut itu merujuk kepada beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sering mengkritik kerajaan melalui laman media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Malah minggu lalu, Asri melalui laman facebook rasminya dilihat telah mengeluarkan sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dikatakan sebagai jet baru milik kerajaan. Namun apabila diselidik ternyata gambar tersebut palsu, yang boleh diperoleh melalui enjin carian Google.

Disebabkan itu, Asri telah diserang kerana dilihat cuba menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rentetan daripada itu juga, pihak admin beliau terpaksa mengaku telah melakukan kesilapan dan menarik kembali gambar tersebut yang disusuli dengan kenyataan maaf secara terbuka.

Ceramah yang diadakan itu adalah merupakan program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bersempena dengan Sambutan Majlis Maulidur Rasul dengan tema “Malam Cinta Rasul”.

Selain tazkirah dan ceramah, program yang dihadiri oleh hampir 3000 orang itu, turut diserikan dengan persembahan Qasidah oleh kumpulan Al Yamani.