Dikala manusia beribadah mencari redha Allah di Tanah Haram Mekah Al Mukarramah. Lain pula bagi sang mufti kaki FB yang menabur fitnah kepada sebuah instituti berkaitan Islam di Malaysia kononnya membazirkan wang rakyat (baca: wang pembayar cukai) kerana sibuk menfitnah IKRAM sebagai NGO yang mempunyai agenda liberalisme.
IKSIM atau dikenali sebagai Institut Kajian Strategik Islam Malaysia hari ini diselar oleh sebuah pertubuhan NGO iaitu IKRAM kononnya telah menabur fitnah kepada NGO tersebut kerana mendukung fahaman liberalisme. Sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut masih belum dibukti lagi oleh IKRAM tetapi yang menariknya Mufti Pasir Berdengung yg kini berada di Mekah sibuk memberi komentar tuduhan IKRAM ini dengan menghalakan salah kepada IKSIM yang dilihat membazirkan wang rakyat dengan menabur fitnah.
Peranan yang dimainkan oleh IKSIM hari ini begitu jelas sekali dalam mendukung agenda penubuhan mereka yang mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-225. Peranan mereka dalam memperjelas konsep Wasathiyyah dalam beragama bagi melawan puak ektremis agama yang melampau dalam tindakan beragama.
Sebagai seorang Mufti bagi sebuah kerajaan negeri, komen berbaur fitnah sedemikian wajar ditolak sehinggakan Mufti tersebut menarik balik muat naik komen beliau selepas mendapat kritikan hebat netizen. Dimana letakkanya integriti institusi mufti dalam negara apabila mufti sewenang-wenangnya mengeluarkan komen berbaur fitnah sedemikian rupa yang akan menjatuhkan maruah sebuah institusi Islam yang bernaung dibawah Majlis Raja-Raja Melayu. Mana pergi konsep tabayyun yang dianjurkan Islam untuk menyelidiki sebarang sebaran berita atau maklumat yang diterima daripada orang fasik.
Al Quran menyatakan dengan jelas di dalam ayat 6 surah al Hujurat seperti berikut :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
Moga-moga Mufti tersebut bertaubat seluruh anggota tubuhnya daripada menyakiti dirinya sendiri dengan mengadu domba dan menfitnah IKSIM.