Wednesday, December 29, 2010

Mabruk Team Malaysia........Harimau Malaya Juara AFF Suzuki 2010

Gelora Bung Karno menjadi Saksi Kebangkitan Malaysia Di Arena Bola Sepak Asia

WE ARE THE CHAMPION !! HARIMAU MALAYA MENGAUM DI GELORA BUNG KARNO !

Sah Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki 2010 ! Penyerang berbisa skuad negara , Safee Sali terus menjadi duri dalam daging buat Indonesia apabila menjaringkan 1 gol bagi menambahkan lagi jurang gol pada minit 53 . 2 Gol Indonesia saguhati mereka dijaringkan oleh Mohamed Nasuha & Mohd Ridwan .

Pada separuh masa pertama , pasukan Indonesia dilihat menguasai permainan dengan asakan bertali arus ke kubu skuad negara menerusi rangkaian Cristian Gonzalez , Irfan bachim dan Arief . Tetapi pertahanan Malaysia terus kental bertahan dan ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi banyak menyelamatkan pintu gol negara.

Indonesia mempunyai peluang terbaik untuk merapatkan jurang 3 gol apabila mendapat sepakan penalti selepas bola rembatan Arif terkena tangan Sabre Abu . Malang sekali ketua pasukan mereka Firman Utina gagal menjaringkan gol apabila sepakan lemahnya mudah dibaca oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che mat . Mungkin selepas ini media Indonesia & Presiden PSSI akan menyalahkan lagi Dukun & Bomoh di Malaysia sebagai punca Firman Utina sepak bola slow dan mudah didakap oleh penjaga gol Malaysia .

Masuk sahaja separuh kedua , hasil hantaran counter attack terus ke penyerang Safee Sali yang keseorangan berada dalan kawasan lawan dan beliau terus merembat kencang menerusi kaki kirinya terus ke gawang Indonesia menewaskan Markus . Gol Safee ini terus mendiamkan ribuan penyokong Indonesia serta membunuh semangat pemain Indon yang pulun untuk menjaringkan gol bagi merapatkan jurang gol .

Indonesia terus mengasak pintu gol Malaysia dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol menerusi Mohamed Nasuha dan Mohd Ridhwan . Walaupun mereka terus menyerang pintu gol skuad negara , tetapi pemain kita kental bertahan sehingga wisel penamat .

Skuad negara terus bertuah apabila pemain kita Safee Sali dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Piala Suzuki 2010 selepas menjaringkan 5 gol .

SYABAS & TAHNIAH SKUAD BOLA SEPAK NEGARA !
KAMI RAKYAT MALAYSIA BANGGA DENGAN KEJAYAAN INI !

MALAYSIA BOLEH !

 

Penyokong Indon berdemo depan hotel penginapan skuad bola sepak negara

Hari ini terdapat gerombolan penyokong tegar pasukan bola sepak Indonesia telah mengadakan demonstrasi di hadapan hotel penginapan pasukan bola sepak Malaysia di Hotel Sultan sambil membawa kain rentang yang jelas berbaur provokasi menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Senayan , Jakarta .

Penyokong Indonesia ini marah dan tak puas hati kekalahan skuad negara mereka kepada Malaysia pada 26 /12/2010 lepas di Stadium Nasional , Bukit Jalil . Malah media-media di sana juga mengapi-apikan lagi kemarahan penyokong mereka bahawa kekalahan skuad mereka disebabkan pancaran laser kepada penjaga gol mereka Markus .

Tindakan penyokong Indonesia ini yang melakukan demontrasi ini jelas tidak profesional dan langsung tiada semangat kesukanan . Semasa pasukan mereka datang ke Malaysia , adakah penyokong kita pergi berdemo seperti ini ? MEMALUKAN !!

Kepada pasukan Harimau Malaysia ... terus mengaum di Stadium Senayan ! 

Friday, December 17, 2010

Jangan Hina Pemerintah


Berikut merupakan sedutan ceramah agama  oleh penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias yang membicarakan mengenai hukum menghina pemerintah dari sudut pandang islam. Baru -baru ini heboh mengenai perbuatan beberapa pemimpin politik yang dilihat cuba  mempersoalkan dan menghina institusi Raja-raja Melayu dan Islam.

Perkara ini dilihat sangat membimbangkan kerana ia akan melemahkan semangat muhibah dan perpaduan di kalangan rakyat.Jika dilihat dari segi islam....sememangnya tidak membenarkan perbuatan menghina pemerintah walaupun dia zalim dan tidak adil dalam pemerintahan....kerana dari satu hal dia dilihat tidak baik...tp dari satu hal lain ...dia mempertahankan  hak dan keistimewaan kita. nasihatlah dia dan berilah teguran secara berhemah jika dia berbuat salah...mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepadanya.....Firman Allah dalam Surah An Nur Ayat 24 ...

"Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)."

Dalam sedutan video ini juga di sebut mengenai politik islam tidak membenarkan kita merendahkan martabat orang. Oleh sebab itu ,agak sedih kita melihat sekarang ada segelintir orang melayu  sendiri menjual maruah dan martabat bangsa demi mencapai hasrat yang mustahil akan berlaku....Mereka menyokong pendapat dan pandangan orang yang bukan islam yang mempersoalkan hak dan keistimewaan mereka sendiri demi meraih sokongan bangsa lain  yg setrusnya merendahkan martabat bangsa sendiri.......Nauzubillah....


Mudah-mudahan kita dapat ambil iktibar mengenai apa yang diperkatakan dalam sedutan video ini .





Tuesday, December 14, 2010

MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.
4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).
gua_thur.jpg
Gambar Hiasan - Gua Thur

5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda
Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Klik Sini


Monday, December 13, 2010

DAP Penang Takut Terima Keranda Dari seorang Pekerja Market

BEKAS Ketua DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong membawa keranda kecil untuk diserahkan kepada Timbalan Setiausaha Agung DAP, Chong Eng kerana tidak berpuas hati dengan tuduhan bahawa beliau adalah penggerak utama untuk menjatuhkan kepimpinan DAP negeri pada Konvensyen Pulau Pinang di sini, hari ini. - Foto NSTP
Drama keranda mewarnai konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini . Selepas beberapa hari Ketua Menteri DAP menerima kek hitam sempenan hari jadinya dari NGO-NGO Melayu yang tidak puas hati kepimpinan kerajaan negeri , hari ini Timbalan Setiusaha Agung DAP , Chong Eng yang juga MP Bukit Mertajam menerima sebuah keranda kecil .

Kerana kecil ini dibawa oleh Ten Hock Yock @ Sakura Teh tiba di pintu masuk tempat persidangan pemilihan DAP di Dome, Komtar, pada kira-kira 1.30 tengah hari tetapi dihalang oleh pegawai keselamatan yang bertugas di situ.

Kehadiran Teh dengan keranda ini untuk diserahkan kepada Chong Eng kerana kecewa dengan dengan Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang menuduhnya sebagai dalang di sebalik usaha menjatuhkan kepimpinan parti.

"Saya telah keluar dari parti awal tahun ini dan kenapa dia (Chong) masih mengaitkan saya dengan parti dan sebagai dalang untuk menjatuhkan kepimpinan parti,” .Menurutnya, beliau tidak lagi menjadi ahli parti selepas menjadi muflis.

"Saya kini sebagai pekerja biasa di pasar. Sebalik membantu saya, pemimpin DAP masih menuduh saya sebagai orang yang mahu menghancurkan parti.” klik disini


Tak sangka betul rupa-rupanya dalam DAP Pulau Pinang pun sakan juga pemimpin mereka gila kuasa dan jawatan parti . Cuma agak pelik la kenapa Chong Eng takut sangat orang seperti Sakura Teh ini yang hanya pekerja biasa di market saja . Siapa lah Teh ini yang hanya pekerja market jika hendak dibandingkan dengan kepimpinan hebat Guan Eng berjiwa rakyat ini serta diberi khalifah lagi oleh Melayu PAS .


Sebelum ini Guan Eng bukan main cakap besar lagi DAP kuat dan yakin boleh menerajui lagi Pulau Pinang pada PRU akan datang . Beliau yakin pengundi Cina akan terus support DAP dan agak mengejutkan hari ini DAP pun takut kepada pekerja market ikan sahaja yang dituduhnya dalang menghancurkan parti mereka .

**Buat DAP ....kek hitam ...keranda dah diberi......tak lama dah tue....JOM RAKYAT PULAU PINANG PAKAT KALIH DAN TOLAK DAP BERSAMA JUAK-JUAK PAKATAN  .....HIDUP ANAK PULAU PINANG

Thursday, December 9, 2010

Secret Plan Pakatan Terhadap PAS

"Kalau Pakatan perintah pusat nanti, saya akan jadi PM dan Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. PR mengamalkan sistem demokrasi. Orang Cina jadi TPM tidak bertentangan dalam perlembagaan dan saya percaya Melayu tidak akan tentang".
Akhbar Sin Chew bertarikh 26hb November.
De Facto PKR, Anwar Ibrahim dengan lagaknya membuat kenyataan sedemikian demi menjaga kepentingan DAP. Anwar sememangnya menjanjikan DAP jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah melihat PAS tidak mampu untuk menang besar dan menawan jumlah kerusi Parlimen yang tinggi.
PAS hanya dipergunakan Anwar untuk memastikan perjuangan palsu beliau disampaikan kepada pengundi2 Melayu. Anwar belum bersedia untuk meletakkan pemimpin PAS sebagai tulang belakang Kerajaan Pakatan kerana ianya akan memberi kesan kepada pengundi Cina. Ditambah pula dengan kepimpinan Pro Ulama’ pimpinan Ustaz Hadi Awang menyukarkan lagi misi kotor Anwar.
Anwar akan memastikan team Pro Erdogan yang dicipta olehnya di dalam PAS akan memimpin parti itu. Perancangan untuk menjatuhkan Ustaz Hadi Awang dimulakan secara berperingkat kerana Anwar tidak menafikan bahawa pengaruh Pro Ulama’ masih kuat di dalam parti tersebut. Beberapa pemimpin Pro Erdogan seperti Husam Musa, Khalid Samad dan Dr. Dzulkifly telah ditugaskan oleh Anwar bagi menggiatkan kempen secara halus menjatuhkan kepimpinan Ulama’ di dalam PAS.
Anwar menggunakan segala kepercayaan Nik Aziz yang semakin uzur terhadapnya bagi menawan Kelantan. Husam Musa dijadikan kambing hitam Anwar bagi memastikan Puak Pro Erdogan menguasai Negeri Kelantan.
Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang sedar akan situasi ini. Hadi Awang dapat merasakan ramai di kalangan pemimpin PAS Pro Erdogan mengenepikan beliau dan timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
Cuma Ustaz Hadi Awang terikat dengan Dr Facto PAS, Nik Aziz Nik Mat yang dilihat sentiasa membela Ketua Pembangkang itu. Hadi Awang sendiri telah melakukan perancangan halus bagi menjatuhkan puak Pro Erdogan ini. Pemilihan Parti sebelum ini menyaksikan kesemua pemimpin Pro Erdogan tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden.
Dendam Hadi Awang kian memuncak apabila Nik Aziz mengkritik secara terbuka Exco Selangor, Dr. Hasan Ali yang membicarakan masalah Kerajaan Negeri Selangor secara terbuka. Hadi Awang telah mengheret sekali Khalid Samad yang secara kebetulan lantang membela beberapa gereja di Selangor menggunakan Kalimah Allah.
Tindakan displin ke atas kedua2 pemimpin PAS itu ternyata tindakan AMARAN ke atas puak Pro Erdogan dan Anwar. Dr. Hasan Ali yang dikritik hebat Nik Aziz hanya dikenakan amaran manakala Khalid Samad digantung bagi kesemua jawatan di dalam parti.
Anwar kini terpaksa menggunakan plan B untuk menghancurkan puak Pro Ulama’ di dalam PAS. Ustaz Hadi, saya tahu anda kini mahu bersama kami di dalam UMNO. Lakukanlah sesuatu bagi membunuh karier politik Anwar. Sebelum anda dibunuh di dalam PAS. Ketika itu anda akan melihat PAS bukan lagi sebuah parti Islam. Tetapi Parti Islam yang bertopengkan Syaitan. Ya Allah Kuatkanlah Ukhuwah dan Persaudaraan Umat Islam  untuk menegakkan Agama Mu Ya Allah..........
'Innamal mu'minu na ikhwatum'

Wednesday, December 8, 2010

Henti pertikai hak orang Melayu - Sultan Pahang

KUANTAN 7 Dis. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak tidak lagi membangkitkan isu-isu berkaitan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Titah baginda, meskipun orang Melayu mempunyai hak keistimewaan tersendiri namun hak-hak kaum lain tetap terpelihara.
"Tidak wajar perkara ini (hak orang Melayu) dibangkitkan. Dalam Perlembagaan hak-hak semua kaum telah dijelaskan termasuk kebebasan beragama.
"Semua diperuntukkan dalam Perlembagaan, orang Melayu dan bukan Melayu sudah diberi hak. Contohnya bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi atau agama Islam adalah agama rasmi tetapi penganut agama lain serta bangsa lain boleh mengguna atau mengamalkan bahasa serta agama mereka di negara ini," titah baginda.
Baginda bertitah demikian selepas majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia Ahad lalu melahirkan rasa sedih dengan perbuatan mencuit hak orang Melayu yang kian ketara terutama di kalangan orang politik untuk mencari undi.
Polemik mengenai perkara itu muncul selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan tertinggi parti itu baru-baru ini berikrar untuk tidak meneruskan agenda Ketuanan Melayu jika pembangkang menguasai kerajaan kelak.
Sultan Ahmad dalam titahnya sebelum itu menegaskan, baginda mahu kejayaan cemerlang yang dicapai secara individu diterjemahkan menjadi kegemilangan ummah secara keseluruhannya agar ia dapat dikongsi bersama.
Titah baginda, pada masa ini, ramai individu Islam yang mencapai kejayaan secara peribadi dalam bidang pengetahuan, pembinaan dan perniagaan.
"Justeru, saya mahu melihat kejayaan secara individu itu diterjemah kan kepada kegemilangan ummah secara keseluruhannya," titahnya.
Baginda turut menyeru supaya tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah diterjemahkan ke dalam kehidupan realiti dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Tema itu juga, titah baginda, merupakan satu harapan agar semua rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa batasan ideologi, budaya, etnik dan agama.
"Untuk itu, saya menyeru semua pihak supaya berdiri, berfikir dan bertindak sebagai satu warga Malaysia dengan mengambil tindakan berdasarkan kepentingan semua etnik dalam negara," titah baginda.-Sumber Utusan Malaysia

Thursday, December 2, 2010

Ilmuan Agama Wajib Menegur

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Tindakan segelintir pemimpin parti pembangkang yang terdiri daripada golongan bijak pandai agama 'menutup mata' apabila ayat al-Quran diterjemah secara membuta-tuli oleh orang bukan Islam boleh diibaratkan seperti menghina kitab suci agamanya sendiri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, penafsiran ayat al-Quran yang tidak betul di depan khalayak ramai boleh menjadi satu penghinaan yang serius terhadap Islam dan tidak boleh dibiarkan.
Justeru tegasnya, para ilmuwan agama wajib menegur dan tidak boleh sekadar menutup mata supaya setiap kesilapan dapat dibetulkan sekali gus memastikan pihak yang melakukan kesalahan tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa depan.
"Para pemimpin politik pembangkang, tidak kira presiden atau yang lain-lain, usahlah terlalu banyak bermain politik dalam hal-hal sensitif terutamanya yang melibatkan kesucian Islam.
"Jika teman sealiran sendiri melakukan kesalahan, kita kena berani menegur. Sekiranya dibiarkan, kita khuatir mereka ingat kesilapan itu tidak seberapa kerana rakan-rakan yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama sendiri tidak menegur dan berkata tidak mengapa.
"Jangan sampai nanti anda dianggap menghina agama sendiri jika membiarkan sahaja perkara itu terjadi di depan mata," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Diploma Pengurusan Islam anjuran Institut Latihan Islam Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan pemimpin politik bukan Islam di kalangan parti pembangkang yang sewenang-wenangnya menggunakan makna atau tafsir ayat suci al-Quran dalam ceramah politik mereka sehingga terkeluar daripada konteks sebenar.
Kelmarin, perkara yang sama berulang apabila perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), S. Kesavan membaca dan memanipulasikan tafsiran daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.
Mengulas lanjut, Jamil Khir mengakui Islam tidak pernah menghalang, sebaliknya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari dan mendalami kitab suci agama itu.
"Tindakan ini bagaimanapun, biarlah kena pada tempatnya, bukan untuk dijadikan alat permainan di pentas politik. Lebih-lebih lagi di depan khalayak ramai.
"Kita tidak mahu perbuatan ini menyentuh sensitiviti orang Islam yang pada akhirnya boleh mencetuskan pertelagahan sesama sendiri," katanya.