WE ARE THE CHAMPION !! HARIMAU MALAYA MENGAUM DI GELORA BUNG KARNO !
Sah Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki 2010 ! Penyerang berbisa skuad negara , Safee Sali terus menjadi duri dalam daging buat Indonesia apabila menjaringkan 1 gol bagi menambahkan lagi jurang gol pada minit 53 . 2 Gol Indonesia saguhati mereka dijaringkan oleh Mohamed Nasuha & Mohd Ridwan .
Pada separuh masa pertama , pasukan Indonesia dilihat menguasai permainan dengan asakan bertali arus ke kubu skuad negara menerusi rangkaian Cristian Gonzalez , Irfan bachim dan Arief . Tetapi pertahanan Malaysia terus kental bertahan dan ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi banyak menyelamatkan pintu gol negara.
Indonesia mempunyai peluang terbaik untuk merapatkan jurang 3 gol apabila mendapat sepakan penalti selepas bola rembatan Arif terkena tangan Sabre Abu . Malang sekali ketua pasukan mereka Firman Utina gagal menjaringkan gol apabila sepakan lemahnya mudah dibaca oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che mat . Mungkin selepas ini media Indonesia & Presiden PSSI akan menyalahkan lagi Dukun & Bomoh di Malaysia sebagai punca Firman Utina sepak bola slow dan mudah didakap oleh penjaga gol Malaysia .
Masuk sahaja separuh kedua , hasil hantaran counter attack terus ke penyerang Safee Sali yang keseorangan berada dalan kawasan lawan dan beliau terus merembat kencang menerusi kaki kirinya terus ke gawang Indonesia menewaskan Markus . Gol Safee ini terus mendiamkan ribuan penyokong Indonesia serta membunuh semangat pemain Indon yang pulun untuk menjaringkan gol bagi merapatkan jurang gol .
Indonesia terus mengasak pintu gol Malaysia dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol menerusi Mohamed Nasuha dan Mohd Ridhwan . Walaupun mereka terus menyerang pintu gol skuad negara , tetapi pemain kita kental bertahan sehingga wisel penamat .
Skuad negara terus bertuah apabila pemain kita Safee Sali dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Piala Suzuki 2010 selepas menjaringkan 5 gol .
SYABAS & TAHNIAH SKUAD BOLA SEPAK NEGARA !
KAMI RAKYAT MALAYSIA BANGGA DENGAN KEJAYAAN INI !MALAYSIA BOLEH !
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.