KUALA LUMPUR 1 Jan. – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, wakil rakyat Pas itu tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa kepada orang bukan Islam semata-mata atas kepentingan politik.
“Sebagai orang Islam tidak sepatutnya membuat sesuatu pendirian sanggup mati kepada bukan Islam kerana soal politik dunia tidak boleh dicampur aduk dengan hal akhirat.
“Beliau harus berfikir dan kembali ke pangkal jalan serta kewarasan agama kerana Islam mempunyai batasan tertentu dengan bukan Islam khususnya berkaitan akidah dan kenyataan itu jelas sudah terkeluar daripada ajaran Islam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan ucapan Wan Abd. Rahim di Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang memberi amaran ‘langkah mayat saya dahulu’ jika ada pihak yang ingin ‘mengusik’ Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu sebelum ini pernah memberi amaran ‘langkah mayatnya dahul’ jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.
Kenyataan Karpal Singh |
Pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setiakawan Pas terhadap pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ia dipercayai bertujuan mempertahankan Karpal yang ‘diserang’ pelbagai pihak, berhubung pendiriannya membela Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan, beliau yang mendedahkan kegiatan salah laku seks ketua pembangkang tersebut pada tahun 1997 di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Bekas Felo Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, Pas dan Ahli Parlimen Kota Bharu itu diminta bertaubat apabila sanggup mempertahankan seseorang yang tegar menentang hukum Allah dan pembentukan negara Islam semata-mata terlampau kemaruk kuasa.
Katanya, kenyataan itu adalah sesuatu yang tidak relevan dan disifatkan sudah hilang pedoman dan jati diri muslim.
“Cikgu Rahim (Wan Abd. Rahim) sepatutnya banyak beristighfar dan bertaubat serta sedar implikasi kepada akidah seorang Muslim sekiranya mati dalam keadaan mempertahankan seseorang yang umum sedia maklum amat tegar dan lantang menentang hukum Allah dan pembentukan sebuah negara Islam.
“Pendirian melampau beliau seolah-olah lagak Pak Kadok yang bersorak sedangkan kampung (maruah Islam) bakal tergadai.
“Apakah dia (Wan Abd. Rahim) tidak sedar kenyataannya itu seolah- olah mengisytihar ‘jihad’ mempertahankan kemungkaran dan penghinaan yang selama ini dilakukan oleh Karpal Singh dan DAP dalam kancah politik tanah air,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Komentar KP:
Masyaallah...demi mencapai matlamat yg tidak ada pangkalnya, sanggup mereka menentang Amar makhruf nahi mungkar yg ditetapkan oleh Islam. Sanggup beliau mempertahankan orang yg selama ini menentang kuat penubuhan negara Islam di Malaysia. Nauzubillah...bawa2 bertobat la ...
Lebih baik beliau pergi berjihad mempertahankan Palestin yg kian hari dirobek yahudi zionis Laknatullah dari mempertahankan org yg terang2 disebutkan oleh Allah dalam surah Al Mumtahanah ayat 8 dan 9 yh bermaksud:
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap org2 yg tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai org2 yang berlaku adil . (Surah Al Mumtahanah ayat 8)
Dan kemudiannya Allah berfirman lagi:
Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan mereka sebagai kawanmu org2 yang memerangi kamu dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampung halamanmu dan membantu (org lain ) untuk mengusirmu. Barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan ,mereka itulah orang yang zalim.(Surah Al Mumtahanah ayat 9)
Dan demikian merupakan janji Allah bagi org2 yang bersekongkol atau mengambil kafir harbi menjadi rakan dalam perjuangan yg mereka katakan suci ,padahal mereka tidak sedar bahawa mereka telah terpesong diatas landasan perjuangan meraka sendiri. Sanggup menggadaikan diri demi mempertahankan org bukan islam daripada sesama islam sendiri walaupun berbeza ideologi . Namun ,disebabkan atas dasar setiakawan(kononnya) sanggup beliau berbuat demikian.
BAWA BERTAUBAT LA...........
JANJI ALLAH ITU PASTI............
JANJI ALLAH ITU PASTI............
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.