Monday, February 28, 2011

Apabila Parti Politik Di Jadikan Sandaran Ke Syurga

Baru- baru ini kita dikejutkan oleh berita kemasukan seorang pelakon dan pelawak terkenal Bob Lokman ke dalan parti Pas.Borang keahliannya pun telah diserahkan kepada Menteri Besar Kedah,Ostat Azizan .


Hari ini dalam sisipan Hiburan Utusan Malaysia bertarikah 27 Februari 2011,Wartawan Hiburan terkenal ,Joyah telah mengkritik tehadap Bob Lokman mengenai alasan kemasukannya kedalam Pas.


Berikut antara alasan Bob Lokman :
   -Bob kata dia mahu memilih watak yang tak mendatangkan dosa bila dia dah mati nanti.
    -Bob juga berkata tujuan utama dia masuk parti pembangkang sebab anaknya mempunyai masalah dalam sistem      kehidupan termasuklah sistem persekolahan dan pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.
    -bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana Bob juga baru sedar tanggungjawab pada anak-anak.


Yg menjadi persoalan disini apakah kemasukannya kedalam Pas tidak mejadikannya berdosa atau kelak beliau tidak berbuat salah. Inilah satu pandangan silap beliau dengan menjadikan Pas sebagai platform politiknya dengan hanya berpandangan Pas membawa Islam sebagai perjuangannya tapi hakikatnya Pas itu bertopengkan agama untuk mendapatkan kuasa.  Allah Telah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 19:                       


'Sesungguhnya Din (agama) di sisi Allah hanya Islam'. 


Hanya islam sahaja agama dan ajaran yg diterima Allah bukan ajaran Parti PAS yg menggunakan Islam kononya sebagai wadah perjuangan tetapi sanggup memperlacurkan agama demi kepentingan politik  pemimpin-pemimpin mereka.


Sepatutnya Bob Lokman kalau dia nak kembali ke pangkal jalan, jangan lah menjadikan Parti Politik seperti ini sebagai asas perjuangannya . Pergilah berguru dengan para alim ulamak di pondok-pondok atau kelas- kelas agama. Jadilah seorang pendakwah islam yg berani mengatakan yg benar dan menolak yg batil.


Dengan menjadikan  pemimpin dan ulamak pas sebagai guru, beliau telah termasuk dalam golongan Ahzab yg ingin menjatuhkan kerajaan Islam Malaysia yg di terajui UMNO seperti yg diperkatakan oleh Prof.Madya Ustaz Mohd. Noor Ideris, seorang pensyarah Universiti Malaya.


Ingatlah parti politik mana-mana  tak kira Pas mahupun UMNO pun  tidak menjamin seseorang hamba Allah itu ke syurga, cuma amalan jariah ketika hidupnya yg akan menjadi bekalan buatnya dia akhirat.


Hadis nabi saw : Apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... iaitu sedekah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

Komentar KP: Ingatah Allah sentiasa bersama dengan orang-orang benar. 
                        Wallahuallam.



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.