Semakin nyaring suara majoriti golongan Pro Ulama marah dan tidak berpuashati dengan tindakan Presiden PAS akhir akhir ini. Hadi Awang jelas terlalu berkompromi dan menyokong setiap tindakan Anwar Ibrahim seolah olah beliau semakin selesa dengan golongan Pro Erdogan.
Bermula dengan tindakan membabi buta beliau berdiri teguh dibelakang Anwar Ibrahim dan yakin aktor Y dalam video seks bukanlah Anwar Ibrahim. Walhal Presiden PAS tidak pernah melihat dan menyaksikan klip video tersebut.
Sebenarnya Hadi Awang tidak perlu bersekongkol dalam hal ini tanpa mengadakan musyawarah bersama dengan pucuk pimpinan parti. Namun tindakan pantas beliau tanpa merujuk kepada para sahabat yang lain telah memberi kemenangan pertama kepada golongan Pro Erdogan, sebelum berlangsungnya Muktamar PAS.
Penolakan cadangan untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kes video seks sekali lagi memberi tamparan besar kepada golongan Pro Ulama. Tanpa melihat dengan jelas idea penubuhan badan tersebut, Hadi Awang memperolokkan cadangan tersebut sebagai mengarut dan bodoh. Ini merupakan kemenangan kedua golongan Pro Erdogan yang memang berada dalam kem Anwar Ibrahim.
Walhal ramai golongan Pro Ulama bersetuju dengan cadangan tersebut bagi menyiasat ketulenan dan pembersihan imej Anwar Ibrahim yang acapkali dikaitkan dengan seks dan liwat. Umpamanya YDP PAS Kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam menyokong idea penubuhan badan tersebut sebagai jalan terbaik untuk membuktikan kesahihan video seks tersebut.
Sedangkan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib mencabar Anwar Ibrahim untuk bersumpah mubahalah bagi menolak segala dakyah seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim. Harun Taib bukanlah pemimpin yang digemari oleh Pro Erdogan memandangkan terlalu banyak kenyataan beliau sering bercanggah dengan aspirasi perjuangan Pro Erdogan.
Tindakan Hadi Awang sebenarnya membunuh karier politik beliau secara senyap (silent killer) dan inilah peluang yang cukup dinantikan puak berhaluan kiri parti PAS. Puak Erdogan sememangnya sudah terlalu lama mengimpikan jawatan tertinggi dalam parti sejak kesemua calon tewas pada pemilihan parti tahun 2010.
Strategi dan perangkap Pro Erdogan semakin mengena, golongan Pro Ulama semakin sesak nafas dengan tindakan Presiden Parti yang semakin membelakangkan suara majoriti dan pucuk pimpinan parti.
sumber: Gelombang Wangsa Maju
Nampaknya ,di dalam PAS sendiri pun sudah berlaku perbezaan pendapat dan percakaran di antara mereka dek kerana masalah moral pemimpin Melayu Islam dalam pakatan mereka.Lepas satu ,satu masalah lagi timbul yg dilihat sudah nampak tidak kena di mata masyarakat Malaysia. Dulu masalah liwat kini dengan video seks pulak, inikah yg rakyat malaysia suka sangat nak tabalkan sebagai pemimpin No. 1 negara.
Ulama -ulama tidak seharusnya diam dan berpeluk tubuh dalam soal ini kerana ia membabitkan isu moral dan kreadibiliti pemimpin. Soal mubahalah sepatutnya perlu dilakukan bagi membersihkan nama dan peribadi.
Perkara ini telah termaktub dalam Al Quran yg Bermaksud:
“kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”(surah ali imran ayat 61)
Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi kesan buruk kepada mereka yg berdusta. Apabila kedua-duanya bermubahalah,mesti ada salah satunya benar dan salah.Melalui ayat ini Allah menjanjikan balasan buruk kepada mereka yg berdusta.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.