Saturday, April 2, 2011

Khalid Ibrahim Takut Bubar Dun

SHAH ALAM, 1 Apr: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Dewan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini.
“Dengan mandat yang hanya akan berakhir pada tahun 2013, pada sidang kali ini saya ingin menegaskan bahawa Dewan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini sekiranya kerajaan persekutuan memilih untuk pembubaran kabinet pada tahun ini,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Dewan Negeri Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Sidang Ke-12, hari ini.
Menurutnya, desas-desus telah bertiup bahawa Kerajaan Persekutuan sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya.
Beliau menyebut perkara itu kerana ia mempunyai kaitan dengan konsep bernegara di Malaysia.
Katanya, pembubaran kabinet sebuah kerajaan negeri tidak semestinya dibuat seiring dengan pembubaran kabinet Kerajaan Persekutuan.
“Fenomena ini sebenarnya adalah satu ciri federalisme yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia terutama kita yang berada di dewan yang dimuliakan ini.
“Apa yang saya maksudkan di sini ialah kedaulatan negeri dan bidang kuasa negeri mesti dipertahankan,” ujarnya.
Selaku wakil rakyat yang diangkat menjadi Menteri Besar kerajaan negeri Selangor, beliau mengajak semua menginsafi bahawa sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk menjaga maruah dewan negeri demi mengangkat martabat rakyat dan kepentingan negeri.
“Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa cuba menghadiri dan menyertai proses perbahasan setiap sidang dewan bagi memastikan peranan sebagai wakil rakyat dapat dijalankan dengan cara terbaik,” katanya lagi.
Komentar KP: Nampak sungguh ketakutan Khalid ibrahim untuk membubarkan Dun Selangor jika kerajaan persekutuan mengadakan lebih awal pilihanraya umum ke-13 . Beliau takut akan kehilangan kuasa di Selangor kerana BN telah memulakan gerak gempur  bagi menawan kembali hati-hati pengundi di selangor. Pelbagai Kempen dan ceramah telah mula diadakan di Selangor bagi menyedarkan kembali pengundi-pengundi supaya menyokong BN pada pilihanraya umum akan datang.
Pelbagai kepincangan semasa pentadbiran PR di Selangor telah didedahkan bagi membuka mata rakyat selangor . Sehingga kini,selepas 3 tahun memerintah Selangor ,PR belum selesai menunaikan segala isi manifesto mereka semasa pilihanraya dulu dan sering memberi alasan yg kurang bijak dan tidak profesional sebagai parti pemerintah di Selangor.
Ini diakui oleh sebilangan besar rakyat Selangor sendiri yg sudah jelak dan meluat dengan sikap PR yg telah melupakan janji mereka semasa kempen dahulu. Pelbagai janji  ibarat bulan dan bintang ditaburkan dan ia sebenarnya bagai 'menanam tebu ditepi bibir sahaja'. Dulu ketika kempen mulut manis sahaja,kini selepas diberi kuasa mulut bau longkang.Yg tahu hanya salahkan kerajaan terdahulu padahal sudah 3 tahun mereka memerintah. Takkan tak boleh selesaikan masalah rakyat kot.Mereka masih rasa diri mereka sebagai pembangkang lagi yg hanya tahu mengkritik sahaja tapi selesainya tidak sekali.
Sudah tiba masanya rakyat melakukan perubahan demi masa depan anak bangsa.

TOLAK PAKATAN RAKYAT
SELAMATKAN MALAYSIA
wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.