Monday, May 2, 2011

Gempar!!! Satu lagi Gesaan Supaya Anwar Ibrahim Bersumpah



Terkini , Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam tulisannya di laman webnya memberikan pandangan mengenai keperluan supaya Anwar Ibrahim membalas semula sumpah laknat Dato' Eskay.Ini kerana pada pendapat beliau, Anwar Ibrahim sebagai pimpinan politik pembangkang tanah air yg besar, menggalas tanggungjawab gerakan perjuangan politik besar,dicampur dek kejahilan majoriti 
umat Islam dalam perskitaran Malaysia serta momokan media yang sentiasa memburukan lagi suasana, beliau cenderung kepada DSAI PERLU BERSUMPAH dengan NAMA ALLAH MENAFIKAN BELIAU ADALAH INDIVIDU DI DALAM VIDEO SEKS YANG DIDAKWA, itu penting untuk menangkis sangka buruk masyarakat, bukan hanya terbeban ke atas dirinya selaku individu tertuduh, malah menjadi beban terhadap kepada seluruh ahli gerakan pakatan rakyat yang bersamanya serta masyarakat Malaysia lain yang melihatnya sebagai ketua pembangkang. yang terlibat dalam membentuk  minda dan masa hadapan masyarakat Malaysia. Sebagaimana pertimbangan dalam bab Maqasid Shariah menyatakan :-
 درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Ertinya : Menolak keburukan didahulukan dari tindakan mensasarkan membawa kebaikan
Justeru, pada hemat saya, jika DSAI bersumpah dengan nama Allah, paling kurang ia mampu menyelamatkan keburukan yang lebih besar dalam masyarakat seperti bertambahnya individu yang di hukum qazaf di sisi hukum Islam, semakin melemahkan keyakinan terhadap gerakan Pakatan Rakyat di samping mampu meleraikan syak wasangka rakyat ‘atas pagar’.
Walau apa jua keputusan mahkamah, itu adalah suatu isu terasing dan boleh dihujjah atas lain-lain platform dan politik. Namun untuk membiarkan sumpah dengan nama Allah iu dibiar beredar di dalam masyarakat tanpa sebarang respon, bagi saya mudaratnya lebih besar, tanpa menafikan melayaninya dengan melakukan sumpah juga ada mudaratnya.
Untuk huraian lebih lanjut klik Sini



1 comment:

  1. Dah jauh terlajak dah, jerat telah mengena. Sumpah makan diri, tidak sumpah terpaksa berlakun, sampai bila maknusia yang buat salah boleh bertahan.
    Jalan terbaik "Taubat Nasuha"
    Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan – kesalahanmu.. (QS. At Tahrim : 8 )

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.