Tuesday, May 31, 2011

IRI Agen CIA Beri Kursus Kepada PKR



Pembabitan PKR dengan Yahudi dari AS  kini semakin terdedah bila mana parti ini sedang asyik menjadi alat kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, Institut Antarabangsa Republikan (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bagi menyemai demokrasi ala 'Uncle Sam' di negara ini.

Apabila ia didedahkan sendiri oleh Utusan hari ini , adakah PKR dan AMK  berani untuk jawab balik  perkara ini ? 




Sumber dalaman PKR memberitahu, IRI didakwa mula berjinak-jinak dengan PKR (dulu Parti Keadilan Nasional) sejak 1998 lagi tetapi penglibatan langsung 'wakil' AS itu hanya bermula selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 2004.

Katanya, segala aktiviti parti didakwa akan dipantau dan dimaklumkan terus kepada IRI cawangan Asia Tenggara yang terletak di Bangkok, Thailand, bagi memudahkan sebarang operasi diselaraskan secara terancang dan sulit.

"Kebiasaannya IRI menyalur bantuan kewangan dua kali setahun. Dana tersebut didakwa bagi melatih jentera parti terutamanya untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan dan salah satu cara, dengan menolak dasar afirmatif serta menjanjikan hak sama rata.


"Ini kerana IRI berpendapat, kebencian orang bukan Melayu adalah kerana dasar afirmatif dan jika isu ini dieksploitasi dengan berkesan, ia bakal mewujudkan suasana panas antara kaum, sekali gus memberi keuntungan politik kepada pembangkang," kata sumber itu di sini, hari ini.

Menurut sumber itu lagi, dalam pemukiman PKR di Port Dickson baru-baru ini juga, wakil daripada IRI didakwa hadir memberi ceramah mengenai bagaimana parti tersebut perlu bergerak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.





Malah sebelum ini blogger Pisau.net telah mendedahkan bahawa baru-baru ini PKR P.Pinang telah menerima satu latihan kursus menghadapai pilihanraya oleh IRI di Hotel Sunway di Sbrg Jaya . Sehingga hari ini PKR P.Pinang ( Mansor )   atau  AMK  ( Syed  Mikael ) tidak berani menafikan perkara ini . 




Dakwaan Anwar sebagai agen CIA,pengkhianat negara dilihat oleh penyokong pakatan,orang kampung dan rakyat marhain sebagai satu tuduhan yang keterlaluan. Namun sanggupkah anda menerima kenyataan dan realiti sebenar sebahagian besar yang jumud telah terpengaruh dengan permainan politik Anwar dan kini sudah tergolong menjadi perkakas CIA dan Yahudi untuk memusnahkan negara ini?


Artikel ini disertakan bukti video kaitan dan peranan CIA didalam pakatan rakyat.



Kelmarin 24/5/2011 bertempat di Hotel Sunway,Seberang Jaya satu latihan dianjurkan oleh The International Republican Institute atau lebih dikenali sebagai IRI.


Ramai kalangan ahli PKR yang hadir kononnya berasa teruja mendapat latihan mengenai pilihanraya daripada Amerika.Namun Pisau percaya mereka tidak sedar bahawa mereka menjadi perkakas dan alat Anwar bersama CIA dan Yahudi .

IRI berperanan memberi bantuan dana, pemantauan pilihanraya,kajian sikap,strategi kempen pilihanraya,latihan kepada ahli-ahli parti dan pelbagai bantuan lain termasuk manipulasi isu pilihanraya.

Siapa IRI ini dan kaitan dengan CIA dan  Anwar Ibrahim ?KLIK SINI

Komentar KP: Sungguh licik PKR nie, mereka guna bantuan CIA dan Yahudi dalam konspirasi mereka menawan Putrajaya.Sanggup guna kepakaran luar dalam kursus parti mereka demi dengan satu matlamat mengangkat si Anwar Pandikutty sebagai PM Malaysia.
IRI ini memberi bantuan kepakaran dari segi propaganda dan strategi politik untuk menarik rakyat menyokong mereka.
Sapa yang sekarang pakai bantuan Yahudi  sekarang nie???Dulu kata UMNO guna APCO,Ini apa???PKR Pulau Pinang senyap seribu bahasa bila ditanya hal ini.



Sumber: Pisau dan Pejuang Bangsa

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.