Thursday, May 19, 2011

Sisi Pandang Islam: Setiap Pergerakan Merupakan Dakwah

Malam nie, KP malas pulak nak tulis pasal mamat anugerah tuhan atau sewaktu dengannya. Terpanggil hendak menulis entry berkaitan dakwah pulak. Ketika sedang sibuk melayari blog-blog dan website untuk mencari idea menulis terpandang satu cerita yang KP kira menyentuh perasaan kepada sesiapa yang membacanya.
Begini ceritanya:


Nama Mohammad Sohail kini menjadi sebutan di Amerika. Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seorang lelaki cuba merompak kedai Shirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York pada Mei 2010. Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang.Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah. Sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru.

Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut 

"Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri" katanya kepada CNN.

Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.

Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.

Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam. 


Minggu ini Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi $ 50 dan nota. Kandungan surat itu:

"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya ... Pada waktu itu saya tidak punyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja. Saya tahu ini kerja yang slah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati. " Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuk saya menjadi "muslim sebenar"

"Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya," kata Sohail dalam temuramahnya dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia takkan berubah. Jadi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia tinggal keluar dari masalah, dia tidak dalam penjara, dan boleh mengurus keluarganya dengan baik . "




Ingat!!! Setiap perkara yang baik kita lakukan tak kira kepada islam ataupun bukan islam merupakan satu gerakan dakwah(harakatul dakwah) yang tersirat maknanya.Umpamanya kerajaan melancarkan 1 Malaysia yang saya kira merupakan satu harakatul dakwah yg begitu dalam maksudnya bagi mengeratkan hubungan antara kaum dan secara tidak langsung dapat memperkenalkan Islam secara lebih inklusif dan berkesan.


Jangan jadi macam puak -puak khawarij PAS kat Malaysia ini, mereka ini berdakwah dengan menggunakan landasan politik yang kemudiannya mengotorkan kemurnian dakwah tersebut dengan cacian ,fatwa menyeleweng, kafirkan orang lain  dan makian kepada sesiapa yang berbeza pandangan dengan mereka.

Mereka sendiri tidak berupaya berdakwah atau menjelaskan kepada rakan politik mereka iaitu DAP tentang kemurnian Islam sebenarnya tapi masih berpura-pura berkata DAP sudah mengenali Islam apabila mereka dalam satu pakatan.Padahal, DAP masih mempertikai mengenai hal berkaitan islam dan keistimewaan melayu.
Di mana katanya DAP sudah mengenali Islam???




Pssstttt:  oppsss terlupa ....tadi kata malas nak tulis pasal politik ni...payah betui la kalau tak kait dengan politik nie apabila menulis nie...tapi takpa ada betulnya kalau dikaitkan dengannya.


Wassalam ...Salam Perjuangan



1 comment:

  1. dap sudah mengenali islam apabila mampu membaca satu dua ayat alquran dan diterjemah dan dihurai untuk memaki umno. itu saja.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.