Semalam KP berkesempatan hadir di pentas pemuda Permatang Pauh di Taman Hj Mohd Amin . Ustaz Kamal Saidin dijemputkan bagi menyampaikan ceramah di pentas pemuda tersebut.
Pelbagai isu telah diutarakan dan dihuraikan oleh Ustaz Kamal antaranya berkaitan masa depan orang melayu dan isu paling HOT di malaysia sekarang nie berkaitan Video Seks Anwar Ibrahim termasuk sumpah mubahalah.Ustaz menghuraikan berlandas hukum-hukum yg terdapat dalam Al -Quran dan hadis dengan baik sekali sehingga membuka mata semua hadirin yg hadir.
Ustaz Kamal dengan gayanya menempelak puak-puak PAS yg masih berdegil dan masih tidak sedar akan bahayanya menyokong Pakatan rakyat yg akan menggadai maruah bangsa melayu. Suara Ustaz Kamal yg agak keras itu kedengaran di sekitar kawasan Taman tersebut mungkin juga sehingga ke Masjid Permatang Batu yg dikuasai oleh PAS. Beliau mencabar orang -orang PAS yg mengaku lebih islam dari islam supaya balik rujuk semula ayat-ayat Al -Quran yg dibacakan olehnya supaya mengambil iktibar mengapa sampai ke hari ini PAS yg mengaku akan mentadbir negara ini berlandaskan Al-Quran dan hadis serta Ijmak ulama dan Qias sanggup mengenepikan prinsip perjuangan demi mendapat segenggam kuasa .
KP sempat juga snap beberapa gambar-gambar ketika ceramah itu sedang berlangsung .
P/S: video sedutan ceramah akan di upload dalam masa terdekat ini....nantikan..PANAS
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.