PENUNDAAN Konsert 2 Raksasa, Sweet Charity dan Blues Gang dari 9 Julai ke 1 Oktober adalah keputusan yang terbaik kata Papa Rock, Ramli Sarip.
“Keputusan menunda konsert itu ke tarikh yang lain adalah sangat wajar kerana saya sendiri tidak mahu konsert kami itu terjejas dengan perkara-perkara yang tidak diiingini jika diteruskan juga pada 9 Julai,” kata Ramli ketika dihubungi di kediamannya di Singapura.Semalam, penganjur Konsert 2 Raksasa mengumumkan dalam sidang akhbar penangguhan konsert itu dari 9 Julai ke 1 Oktober bagi mengelak bertembung dengan perhimpunan haram Bersih.
Kata Ramli, keputusan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah dinasihati pihak polisi memandangkan lokasi Stadium Merdeka terletak betul-betul di tengah tengah Kuala Lumpur.
“Sememangnya kami juga bimbang bila ada perhimpunan bakal dibuat pada tarikh yang sama kami adakan konsert. Dan, kami telah meminati pandangan polis dan mereka telah menasihati kami agar menangguhkan.
“Dari segi keselamatan, memang ada baiknya ditangguh kerana kita juga tidak mahu penonton yang datang merasa tidak selesa dan kita juga tidak mahu ada pihak lain mengambil kesempatan ke atas penonton yang mahu datang menyaksikan konsert,”ujar Ramli.
“Kerana kebanyakan peminat Sweet Charity misalnya adalah dari kalangan keluarga. Lagi pula, mereka yang membeli tiket untuk konsert kami bukan hanya orang Kuala Lumpur bahkan juga peminat dari Sabah. Sarawak dan rombongan dari Singapura,” katanya.
Bagi Ramli, sekalipun dia dan rakan-rakannya dalam Sweet Charity dan Blues Gang sudah tidak sabar untuk beraksi, namun mereka tidak patah semangat, ekoran penangguhan itu.
“Kami harap peminat-peminat bersabar, kita ambil yang terbaik kerana saya percaya semua ini ada hikmahnya,” kata Ramli.29/6/2011 OLEH SAODAH ISMAIL-Agenda Daily
Komentar KP : Dah sah, memang ini semua salah BERSHIT@BERSIH 2.0,gara-gara nak alih perhatian rakyat dari isu video seks yang memang 99.99 peratus merupakan Anwar Ibrahim setelah disahkan oleh pakar-pakar dari luar negara, mereka berkemungkinan juga nak gulingkan kerajaan sedia ada melalui perhimpunan haramjadah ini yang dikepalai oleh kafir harbi yang terang menentang islam dan anti islam secara totalnya. Perhimpunan BODOH seperti ini akan menyusahkan rakyat dari pelbagai peringkat lapisan masyarakat seperti pemandu teksi hinggalah kepada pihak berkuasa keselamatan kerana terpaksa berkawal dan menjaga ketenteraman awam takut-takut BERSIH 2.0 ini bakal mencetus huru -hara di dalam negara.Memang betul kata Ramli Sarip ini semua salah BERSHIT@BERSIH
Assalamualaikum....
ReplyDeletesaya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis penulis maya pada november ini, Insya'Allah ..Perdana Menteri Malaysia turut akan menghadiri majlis tersebut tarikh resmi akan diberitahu kelak...
Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu penginapan akan disediakan...
andai berminat sila beri nama, blog anda dan no tel untuk dihubungi..
Tuan boleh menghubungi saya di email dkds@mykmu.net