Thursday, June 16, 2011

Persatuan Ulama Malaysia Sudah Hilang Kreadibiliti

.

Apabila Persatuan Ulama Malaysia mengecam karikatur yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang bertajuk "kekeliruan kes rogol", bagai nak meroyan YDP Persatuan Ulama Malaysia mengatakan Utusan Malaysia menghina hukum islam.


Tapi,YDP ini tidak pula mengecam Hj Hadi yang secara total menolak hukum ta'zir  yang mempunyai sistem Qarinah yakni bukti-bukti yang boleh mensabitkan seseorang itu atas kesalahannya.Jangan kerana ingin menjaga semangat setiakawan antara ulama ,tidak sanggup menegur orang lain jika beliau tersilap dalamlangkah yang diambilnya


Pak Syeikh nie memang sudah mencemarkan kreadibiliti Persatuan Ulama Malaysia yang sebelum nie amat lantang mempertahankan islam.Disebabkan pertimbangan politik telah bersarang didalam kepala membuatkan bekas mufti negeri Terengganu ini tidak melihat karikatur ini dari perspektif yang lain yakni sebagai contoh jika seorang perempuan dirogol tanpa mengemukakan 4 orang saksi yang adil dan tidak fasik tetapi mempunyai qarinah lain yakni bukti,adakah boleh diambil tindakan terhadap tertuduh jika bukti ini benar-benar menjurus kepada tertuduh???Memang menurut islam perlu dikemukakan 4 orang saksi, tetapi jika kes begini bagaimana pertimbangan ulama???Islam itu syumul dan sangat adil kepada kepada semua.Jika kes sebegini masih lagi perlu kemukan 4 saksi, sampai bila tindakan undang-undang akan diambil terhadap pelaku??


Justeru, Islam mempunyai alternatif lain untuk kes sebegini yakni melalui hukum ta'zir mengikut sistem qarinah (bukti) .Jika mangsa mempunyai qarinah tetapi tidak dapat kemukakan 4 saksi,mengikut hukum ta'zir dibenarkan qarinah itu bahan bukti untuk sabitkan tertuduh bersalah.


Sebenarnya ,tujuan sebenar Utusan Malaysia keluarkan karikatur itu bukan untuk menghina hukum islam,bahkan untuk memberitahu pembaca bahawa hukum islam mempunyai alternatif lain berhubung dengan kes sebegini.Jadi apa yang dikecam oleh Pak Syeikh YDP sebenarnya tidak menyelidik lebih mendalam maksud disebalik karikatur itu. Karikatur itu juga hendak membuka mata ulama-ulama supaya lebih bersifat adil dalam kes sebegini.


Mari kita cuba bandingkan apa yang dikatakan oleh Ustaz Kazim Elias Al -Hafiz mengenai kes tuduhan zina tanpa 4 orang saksi dengan apa yang ditakrifkan oleh Presiden PAS Hj Abdul Hadi Awang




Takrifan Hj Hadi di Muktamar PAS 2011



Apa-apa pun KP sebenarnya tidak mahu menegur seorang Ulama yang juga bekas mufti kerana beliau lebih arif dalam hal ehwal agama ini dari KP sendiri.Tetapi apabila melalui tindakan beliau mengecam Utusan Malaysia tanpa diselidiki dahulu mesej yang hendak disampaikan,terpaksa KP bangkit pertahankan apa yang sebenarnya mesej yang hendak disampaikan melalui karikatur itu oleh Utusan Malaysia kepada rakyat Malaysia terutamanya orang islam.


Renungi bait-bait kata Imam As-Syafie
"Imam Syafie pernah berkata: aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".



Nukilan Ikhlas Keris Pusaka
Sumber : Media Permatang Pauh

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.