Saya memang salute la Ustaz Kazim Elias nie kerana kepetahan beliau berceramah dan memberi penerangan serta dakwah mengenai kemasalahatan umat islam benar-benar memberi satu kesedaran kepada sesiapa yang melihat dan mendengarnya. Beliau cukup dikenali diseluruh Malaysia termasuk di Singapura kerana banyak video ceramahnya terdapat dalam laman you tube dan ditonton oleh ribuan umat islam.
Ceramah dan dakwah yang disampaikannya mudah difahami dan bertepatan dengan landasan agama islam yang perlu kita perjuangkan.Beliau diantara ulama yang lantang menyuarakan pandangan mempertahankan islam dengan tegas berkaitan kemasalahatan umat seperti isu kalimah Allah,ketuanan melayu dan pelbagai isu lagi yang sangat memberi tamparan besar kepada pembangkang. Beliau lantang mengkritik mereka kerana cuba melacurkan agama semata-mata kerana kuasa dan politik.
Walaupun beliau pernah menjadi ahli PAS dan kemudian telah dipecat dari menjadi ahli selepas beliau lantang mengkritik PAS yang sudah lari dari perjuangan asal selepas membuat tahalluf siyasi dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.Klik Sini sebab beliau dipecat dari PAS
Sebenarnya ,sebab beliau dipecat sebenar-benarnya adalah kerana beliau lantang menyuarakan hukum - hukum islam terutamanya yang terkena batang hidung pemimpim pembangkang. beliau juga menolak usaha sama perjanjian Pas dan dap kerana bagi beliau dap hanya duri dalam daging bagi agama islam.. kepetahan beliau berpidato dianggap boleh membuka pekung di dada dan salah silap PR.. malahan dalam ceramah -
ceramah beliau banyak berlintang arus dengan kepimpinan ketua umum dan musyidul am Pas..
Semoga Ustaz terus istiqamah dalam menegakkan kebenaran islam yang sebenarnya...
Alhamdulillah. Semoga Ustaz Kazim terus berjuang demi kebenaran daripada diperalatkan oleh orang politik. Banyak hukum yang dibaca sekerat oleh beberapa penceramah, telah dihuraikan oleh beliau dengan perbandingan yang logik. InsyaAllah.
ReplyDelete