Tuesday, August 30, 2011

Karpal Mengaku Mat Sabu Silap Keluar Kenyataan

Rentetan dari kenyataan kurang bijak Mat Sabu menghina perajurit dan pejuang-pejuang kemerdekaan negara ,Karpal Singh tampil dengan satu kenyataan mengakui apa yang dikata oleh Mat Sabu bukan sahaja tidak benar malah tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan.

Karpal berkata 25 anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950,Dato' Onn Jaafar dan tunku Abdul Rahman  adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Ahli Parlimen Gelugor itu berkata ia perlu diterima sebagai satu dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bkt Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

"Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak ,bagi keberanian dan pengorbanan mereka.Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh Mat Sabu seperti didakwanya.Mereka adalah  pejuang kemerdekaan sebenar,"kata Karpal.

"Kenyataan yang didakwa itu,sekiranya benar,bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bkt Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British,
bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan,"kata Karpal dalam kenyataan.

Katanya adalah salah untuk mengatakan bahawa Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman adalah pegawai British kerana kedua-dua personaliti telah diangkat sebagai ikon negara dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara,merupakan pejuang kemerdekaan sebenar yang tidak boleh diragui dan dipertikaikan.




1 comment:

  1. Mat..lu tau ka kejadian bukit kepong berlaku 1950. Masa tu bukan PDRM, tapi dinamakan mata-mata. Sumpah mata-mata ketika itu ialah taat setia kepada british dan queen elezeberth. Dulu org tak panggil balai polis tapi rumah pasong, kerjanya memasong penentang british yg tangkap oleh mata2 barua british.
    Carilah sejarah yg sebenar, dan pergilah kubur wira british tak jauh dari Dewan bahasa pustaka, nepal ada, ghana ada dan pelbagai termasuk barua british ketika itu anak melayu yg direkrut. Sejarah tak pernah menipu, cuma kita hanya bercerita bagi seronok dengar dan buat buku sekolah je. semua ilmuan tahu hal sebenar.
    hari baik bulan baik ni gua bukan nak panas lu punya otak, tapi nak bagitau je cerita mitos yg didendangkan pada org2 yg tak pernah ambik tau sejarah. Lepas ni lu mesti kata..oooo betui la ye..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.