KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Perletakan jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Datuk Dr. Rosti Saruwono dengan notis 24 jam adalah satu lagi bukti pecahnya tembelang kerajaan pakatan pembangkang yang ditadbir oleh PKR dengan Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim.
Pengalisis politik tempatan, Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin melihat sewajarnya hal-hal sedemikian tidak berlaku apatah lagi dunia akademik tidak boleh dicampur-adukkan dengan hal-hal politik.
“Sekiranya benar bahawa kerajaan negeri memberi tekanan politik kepada Naib Canselor Unisel maka secara tak langsung ia menyamakan kedudukan Unisel dengan badan-badan politik lain yang boleh dipergunakan untuk kepentingan peribadi dan bagi mengekalkan kuasa mereka di negeri terbabit,” katanya kepada UMNO-Online.
Dilaporkan perletakan jawatan Dr. Rosti berkuatkuasa hari ini akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
“Jika seorang individu yang berkredibiliti seperti Dr. Rosti ditekan sedangkan beliau adalah seorang yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) jadi bagaimana lagi dengan yang lain-lain,” katanya.
Jelasnya juga Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perletakan jawatan Dr. Rosti ini sendiri adalah gambaran jelas sebagaimana diperkatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor menggunakan kakitangan kerajaan sebagai jentera bagi menyebar dan memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri tersebut.
“Inilah strategi dan taktik yang digunakan oleh mereka bagi memastikan kedudukan mereka di negeri yang telah dikuasai menjelangnya pilihan raya akan datang,” katanya.
Dilaporkan Dr. Rosti membuat keputusan keputusan tersebut berikutan beliau tidak sanggup melaksanakan tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.
Tindakan itu sebagai ‘membantah’ keputusan pelucutan jawatan tiga orang pegawai iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.
Dr. Rosti dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.
Semasa baru dilantik, beliau menegaskan tidak akan menjadi “pak turut” kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.
Unisel ditubuhkan pada 23 Ogos 1999 dan kini mempunyai lapan fakulti yang menawarkan pelbagai bidang pengkhususan antaranya kejuruteraan, teknologi maklumat, industri, bioteknologi, komunikasi dan media serta pengurusan perniagaan yang dikendalikan lebih 1,000 tenaga pengajar. – MediaUMNO
Komentar KP : Medan Ilmu pun sudah jadi medan politik kepartian.Tekanan politik oleh Khalid Ibrahim menyebabkan Naib Canselor UNISEL meletakkan jawatan. Masa depan UNISEL bakal hancur jika terus ditekan oleh kuasa politik kerajaan Selangor. Inilah jadi apabila kerajaan negeri gagal mentadbir dengan sebaiknya,yang ruginya ialah rakyat sahaja. Golongan profesional seperti ahli akademik universiti terus diheret ke kancah politik dan siasah oleh kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid Ibrahim. Matlamat untuk menjadikan Universiti untuk mempunyai kuasa autonominya sendiri diganggu gugat oleh Khalid Ibrahim.Campur tangan dalam urusan pentadbiran universiti oleh kerajaan negeri selangor akan merosakkan sistem autonomi universiti itu sendiri yang berupaya membuat keputusan tanpa tekanan dari mana-mana pihak termasuk kerajaan Selangor .Jadi jelas tindakan bodoh Khalid Ibrahim ini hanya akan menambahkan kebencian ahli akademik dan profesional terhadap mereka.Urustadbir kerajaan negeri yang tidak cekap dan tidak telus seperti ini perlu diberi pengajaran dengan setimpalnya dengan kembali menyokong kerajaan pusat pada PRU -13 nanti. ~JOM PAKAT KALIH RAMAI-RAMAI~
Sila war-warkan..
ReplyDeleteTajuk Buku - Barisan Nasional - Menuju Ke Arah Kemenangan Pilihanraya Umum ke 13
Penulis : Dr Nik Yahya Abdul Rahman
Pencetak : Laris Resources Sdn Bhd
Penerbit : Thinkers Library Sdn Bhd
No. 123 Jalan Jasa Tiga Taman Jasa Sungai Tua
Batu Caves, Selangor 68100
Malaysia
tel: +60 603-61897570
fax: +60 603-61878525
e-mail - thinkers_library@yahoo.com
ISBN : 978-967-69-0786-8
Buku ini adalah sebuah prediksi berasaskan fakta dan kemelut politik semasa terhadap keputusan pilihanraya ke 13 dimana, semua sebab-sebab kenapa BN pasti menang pilihanraya ke 13 ini dikupas bagi tujuan memberi peluang kepada pengundi-pengundi menggunakan buku ini sebagai rujukan bagaimana membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya ke 13 kelak. Buku komprehensif ini mencakupi pelbagai pandangan serta memuatkan jawapan-jawapan kepada semua isu-isu dalaman dan luaran yang dibawa oleh pihak pembangkang yang pasti memberi impak besar kepada para pengundi muda khususnya dan masyarakat umum , amnya. Pendekatan berdasarkan kaedah Factor Rating digunapakai di dalam membuat analisa terhadap semua parti-parti politik utama di Malaysia. Empat piawai digunapakai di dalam menganalisa setiap parti politik iaitu ;
Konsisten
Pembangunan Berterusan
Kesejahteraan
Pembetulan Dalaman
Ke-empat-empat kriteria ini juga sudah mencukupi bagi memberi satu jawapan yang terperinci tentang apakah sumbangan sesebuah parti politik di Malaysia di dalam menjaga hak-hak serta kepentingan-kepentingan rakyat berbilang kaum, bangsa dan suku etnik di Malaysia ?
Penerangan tentang Dasar-Dasar Kerajaan Barisan Nasional daripada tahun 1957 sehingga 2011 juga dimuatkan agar menjadi bukti tentang kesungguhan serta iltizam Kerajaan Barisan Nasional merangka rancangan-rancangan jangka pendek serta jangka panjang dan statistik kesan-kesan perancangan tersebut kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia.
Kaedah SWOT Analysis telah digunakan di tempat-tempat yang bersesuaian membincangkan tentang Strength (Kekuatan), Weaknesses (Kelemahan), Oppurtunity (Peluang) dan Threat (Ancaman) dan diterangkan dengan diselit dengan fakta-fakta yang jelas serta rapi. Buku ini boleh dijadikan “Hand-Book” bagi petugas – petugas jentera-jentera pilihanraya bagi menghadapi rakyat yang memerlukan penjelasan yang mudah tetapi tepat berkenaan dengan apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk menunaikan tanggung-jawab di dalam latihan demokrasi di pusat-pusat pengundian.
Satu ciri buku ini adalah selain daripada fakta-fakta yang dikemukakan, Debat Rakyat adalah bahagian dimana contoh-contoh senario berlatarbelakangkan kemelut politik semasa dikarang dalam bentuk skrip dimana terdapat perbincangan serta debat-debat antara penyokong-penyokong kerajaan dengan penyokong-penyokong pembangkang ditulis dengan gaya bersahaja agar diambil pelajaran dan pengajaran daripada Debat Rakyat ini.
Buku ini merupakan jawapan kepada semua hujah-hujah yang dikeluarkan oleh puak pembangkang yang sudah kehabisan modal serta dilanda pelbagai isu yang bakal memecahkan kesatuan serta kredibiliti Pakatan Rakyat.
Pemintaan dijangka melebihi pengeluaran - Sure 100% Best Seller.....
Dapatkan naskah anda di ;
Thinkers Library Sdn Bhd
No. 123 Jalan Jasa Tiga Taman Jasa Sungai Tua
Batu Caves, Selangor 68100
Malaysia
tel: +60 603-61897570
fax: +60 603-61878525
e-mail - thinkers_library@yahoo.com
Sila hubungi Brother Isa di - 0192205015
atau Haji Latif di - 0166856285
Nota : Buku ini dijangka keluar sebelum Hari Raya Aidilfitri, insya Allah.