PAS dengan bangganya membawakan adik Mat Indera sendiri untuk mempertahankan tembelang dan kenyataan berbaur komunis mereka dengan memperalatkan adik Mat Indera,Baharum Syah Indera seorang pesara tentera kononnya untuk menyokong kenyataan Mat Sabu bahawasanya Mat Indera itu seorang pejuang Kemerdekaan.
Sebenarnya mengikut sumber yg dipercayai,Baharum Syah Indera telah pun dihubungi oleh Mat Sabu beberapa hari sebelum untuk diadakan sidang media khas menceritakan hal sebenarnya kerana Mat Sabu sudah tidak ada talian hayat yang lain kerana saban hari ,pelbagai artikel dan laporan polis dibuat keatasnya berikutan kenyataannya yang dilihat menyokong perjuangan komunis.
Jadi untuk menyelamatkannnya , adik Mat Indera diperalatkan oleh PAS sebagai menyangkal pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dikenakan keatas Timbalan Presiden PAS itu.Walaupun,bermati-matian mereka menafikan Mat Indera adalah komunis berpandukan buku Pengukir Nama Johor,PAS jangan lupa juga mengenai buku penulisan bekas anggota komunis Melayu yang terkenal iaitu Abdullah CD,antara pemimpin utama Regimen ke-10 PKM yang bertajuk "Memoir Abdullah C.D(BAHAGIAN KEDUA):PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10 dengan jelas menyatakan dan mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis di muka surat 115:
"Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpegaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan dibawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih.Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam,Batu Pahat dan Segamat.Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat,banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh,banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera.Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor"
Menyentuh peristiwa Bukit Kepong pula,Abdullah C.D dalam bukunya turut menyebut:"Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.
Jadi jelaslah,Abdullah C.D sebagai pemimpin utama komunis Melayu pada waktu itu mengiktiraf perjuangan komunis Mat Indera maka tidak perlu dipertikaikan lagi siapa Mat Indera.Tak gunalah PAS berpandukan kepada buku Pengukir Nama Johor kerana PKM sendiri mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis Melayu.Tapi ,KP tahu sebenarnya ahli keluarga Mat Indera sendiri sedar bahawa Mat Indera tersalah memilih jalan perjuangannya dengan komunis (PKM).
Komentar KP: Jika Mat Indera seorang anggota komunis Melayu cuba diangkat oleh PAS sebagai sebaris dengan pejuang kemerdekaan negara yang lain,tidak mustahil anggota komunis lain seperti Chin Peng,Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh akan dibariskan sama seperti itu .
Kesiankanlah kepada anggota-anggota tentera dan polis yang telah terkorban dan mendapat kecelakaan kekal ketika mempertahankan negara dari ancaman komunis sebelum kemerdekaan lagi hingga lah perletakkan senjata oleh komunis sekitar tahun 1989.Pengorbanan mereka hanya sia-sia saja jika kita tetap mengiktiraf pejuang-pejuang komunis ini.Adakah layak mereka (anggota komunis)layak digelar pejuang negara kerana mereka sanggup membahayakan dan mengancam nyawa penduduk awam yang tidak berdosa??Kepada golongan bekas -bekas tentera dan polis,nilai lah sendiri bagaimana pembangkang meletakkan perjuangan dan pengorbanan bekas-bekas perajurit ditahap yang hina dengan kenyataan kurang berilmu oleh Mat Sabu yang cuba bermain dengan api dengan isu ini yang hanya akan berkesudahan kebencian terhadap Mat Sabu dan PAS sendiri.Jadinya kenyataan Mat Sabu ini menjadi liabiliti kepada PAS yang terpaksa berhari-hari menangkis dan menjawab isu ini.Ada rakan blogger KP kata Mat Sabu timbulkan isu ini kerana dendamnya terhadap polis berikutan isu dia kantoi bohong dilanggar oleh LandRover polis padahal bayang LandRover pun tidak ada dalam video tu.
Apa-apa pun Mat Sabu sepanjang masa dia akan kantoi dan makan hati sahaja dengan kenyataan sendiri.
awak cakap ikut amarah...kaji sejarah dulu sebelum berkata kata....ini berbaur politik...
ReplyDeletePKM yg berjuang utk menentang penjajah british yg sesuka hati merompak harta negara.kaji sejarah dari pandangan mereka.mereka layak diberi penghormatan atas perjuangan dan pengorbanan mereka
DeletePKM berjuang untuk menentang penjajahan british yang mencuri harta negara itu memang bagus. sama juga dengan yang lain yang menetang british... tapi kita kena lihat pulak siapa itu PKM, Apakah matlamat dia? kenapa PKM diwujudkan dan atas dasar ape? Kenapa PKM Bertindak ganas terhadap org2 melayu dan anggota tentera selepas kemerdekaan... adakah anggota tentera masa tu adalah warga negara lain?? bukan org melayu dan beragama islam?? apakah matlamat angkatan bersenjata ketika itu... dan saya tahu sampai sekarang PKM masih lagi wujud dalam masyarakat kita...
ReplyDeleteSaya setuju dgn ulasan ini.... adakah anggota tentera , polis dan rakyat biasa yg berjuang demi menjaga keamanan negara itu salah? Adakah sekiranya pkm memerintah , negara akan aman & membangun spt skrg? Selidik dulu dgn mendalam sebelum berkata2
Delete