Friday, October 7, 2011

Adun DAP balun tanah negeri Dibongkar




GPB masih ingat lagi  selepas  Ketua Regim DAP  ini bila berkuasa di Komtar  , semua wakil rakyat DAP "diharamkan" sama sekali  memohon tanah selagi pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang dan yang ingkar akan dikenakan tindakan disiplin.

Itu lah janji dan jaminan   dilontarkan Lim Guan Eng, tepat dua minggu selepas ditabal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang 24 Mac 2008 sebagai bukti ketelusan kerajaan rejim DAP negeri baru kepada rakyat. Masa itu bertepuk tangan lah semua juak-juak taksub Khalifah ini terutama penyokong PKR dan PAS memuji anak jantan Kit Siang sebagai pemimpin hebat.

Hari ini  Guan Eng dan janji  kerajaan DAP sebenarnya satu pembohongan bila mana ada dakwaan  Adun DAP Padang Lalang  Tan Cheong Heng  telah diluluskan sebidang tanah, satu hektar di Bukit Mertajam .

Sekali lagi kerajaan CAT Guan Eng telah ditangkap menipu dan berbohong kepada rakyat ! 


Confirm nanti bila Guan Eng jawab bahawa ini satu fitnah besar ....hahaha



" Dulu cakap 1 inci tanah di PP tak kan dipohon tapi kini sudah 1 hektar tu .." 



Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan berkata beliau mendapat maklumat tanah 1.1 hektar itu diluluskan kepada Adun DAP Padang Lalang, Tan Cheong Heng.Tanah berkenaan di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, sebuah lokasi strategik memandangkan kawasan itu sedang pesat membangun.


Ia didaftarkan atas nama beliau dan juga abangnya Tan Chong Hock sebagai pemilik bersama.


Justeru Cheng Guan mempersoal bagaimana permohonan Adun DAP itu, diluluskan.


Menurut Naib Presiden PCM Huang Cheng Guan, "Last time they said tak akan ambil satu inci tanah pun but now what happened? Dia yang cakap kita dengar kata. Tapi ini bukan inci, ini ekar. Jadi mereka perlu jelaskan kepada rakyat Pulau Pinang. Jangan pandai cakap saja. Bagi saya slogan cat tak laku lagi. No more competency, accountability, transparency kalau betul cat jawab la ini isu kepada semua.


Beliau turut meminta kerajaan negeri menjelaskan dakwaan Cheong Heng diberi diskaun sehingga 80 peratus untuk premium tanah berkenaan.


Menurut Heng lagi,"We as any ordinary people boleh dapat ka 80 peratus diskaun? Jawab la orang biasa boleh dapat ka macam mana dia boleh dapat diskaun premium. Saya mau tanya itu betoi ke dia dapat?


Cheng Guan memberi tempoh tiga hari kepada kerajaan negeri untuk menjawab.Jika tidak mendapat jawapan memuaskan, beliau akan membawa perkara ini ke perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).



Sumber :Generasi Pejuang Bangsa


Komentar KP : Bawa cerita pembongkaran ini kepada SPRM ,moga-moga DAP diberi pengajaran kerana nak sapu tanah-tanah negeri di Pulau Pinang.PRU 13 nanti DAP pasti akan jatuh di Pulau Pinang atas perbuatan munafik mereka berpura-pura baik  didepan rakyat ,dibelakang mereka sapu tanah negeri. 



1 comment:

  1. SATU INCI DIA TAK AMBIK TAPI KALAU SATU HEKTAR TENTU DIA SAPU

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.