Monday, October 17, 2011

Artis Kurang Senang Jadi Bahan Ramalan Uncle Seekers


Beberapa orang artis melahirkan rasa kurang senang apabila masa depan mereka dikatakan akan terjadi perkara tidak baik termasuklah penceraian, meninggal dunia dan kegagalan dalam kerjaya.
Kebanyakan mereka menganggap ramalan yang dibuat oleh pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Seekers’ menerusi laman blognya adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai.
Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.
“Andai kata benarlah dia (Uncle Seekers) mempunyai kebolehan meramal masa depan orang, rasanya dia tidak patut mendedahkannya dalam blog.
“Tambahan pula ia merupakan isu yang sangat sensitif. Kenapa perlu menceritakan kepada umum tentang ramalan yang karut itu?” soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Selain Marsha, antara selebriti yang juga ‘terkena’ dengan ramalan Uncle Seekers ialah, Rabecca Nur Al-Islam, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.
Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun.
“Dia tiada hak untuk meramal masa depan saya lebih-lebih lagi saya tidak pernah mengenalinya.
“Bagi saya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui tentang masa depan kita dan tidak perlulah dia ingin menceritakan kisah ramalan karut itu dalam blognya.
“Tambah pula, siapa dia yang hendak meramal tentang rumah tangga saya? Setakat ini, Alhamdulillah, kehidupan saya bersama suami bahagia,” ujar Rabecca dengan nada kesal.
Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap r gara-gara dikaitkan dengan isu seks pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.
“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Sebelum ini orang dah cakap saya macam-macam tentang isu Hantu Bonceng,” katanya yang tidak mempercayai berhubung ramalan masa depan.
Komentar KP : Sejak bila pula Uncle Seekers nie tukar profession pula dari aktiviti paranormal kepada meramal masa depan orang pula. Nak jadi ahli nujum ke Uncle Seekers???Banyak blog mengkritik bahawa dia cuma hendak kejar populariti sahaja dengan meramalkan masa depan seseorang melalui mimpi.Setahu KP, hanya Nabi Yusud A.S sahaja yang mempunyai keupayaan mukjizat yang diberikan oleh Allah untuk mentakwil dan mentafsir mimpi.
Hanya Allah S.W.t sahajalah yang mengetahui akan mengenai qada dan qadar seseorang hambanya .Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri pun tidak tahu masa yang tepat akan berlakunya hari kiamat .
Allah S.W.T berfirman dalan surah Al-A'raaf ayat 187:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".


Jadi,manusia sebagai hamba Allah tidak ada hak untuk meramalkan masa depan seseorang kerana ia merupakan hak Allah S.W.T dan jika melakukan jugak ,ia ibarat hendak mencabar kekuasaan dan kehebatan Allah....Nauzubillahi Minzalik....Moga dijauhkan dari kemurkaan Allah S.W.T


1 comment:

  1. "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." - AlHujurat:6.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.