Thursday, October 20, 2011

Aziz Bari Digantung Tugas Oleh UIA


Sepandai-pandai tupai melompat ,akhirnya jatuh ke tanah jua.Professor Abdul Aziz Bari ,Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah diberi surat tunjuk sebab oleh pihak pentadbiran UIAM dan digantung tugas sebagai pensyarah di UIA.


Itulah ,hendak mengkritik pun ada batas dan adabnya,jangan sembrono sahaja.
Apa salahnya kalau dia minta maaf  sekalipun!!!
Sikap biadap dan tidak ada tatasusila beliau membuatkan rakyat merasa istitusi Raja -raja Melayu terhina kerana Aziz Bari berkata tidak menjadi kesalahan jika mengkritik Raja-raja Melayu.
Itulah kebiadapan yang melampau ditunjukkan oleh Aziz Bari kepada rakyat supaya  rakyat terhakis rasa mendaulat dan menghormati kepada institusi Raja-raja Melayu dan bebas dikritik dengan tanpa rasa hormat dan adab dalam  segala tindakan.


Kita orang Melayu mempunyai adat resam dan ketinggian adab dan sopan dengan institusi Raja-raja Melayu sejak zaman berzaman lagi.Institusi ini seharusnya dipertahankan oleh rakyat terutamanya orang melayu itu sendiri sebagai payung seri negara melindungi agama islam dan hak-hak keistimewaan Melayu dan bumiputera.Jika hal berkaitan menjaga kesucian islam pun mahu disanggah dan dikritik oleh orang melayu sendiri ,dimana peranan sebenar Raja-raja Melayu kita?? 
Inilah yang paling ditakuti apabila wujud anasir-anasir yang berselindung disebalik jubah perundangan cuba nak meniup rasa tidak hormat kepada Institusi Raja-raja Melayu.


Menurut sumber ,Angkatan Muda Keadilan Pusat telah menghasut alumni universiti itu untuk mengadakan protes dan tunjuk perasaan di hadapan Masjid UIA di Gombak selepas solat jumaat esok bagi menyatakan sokongan mereka kepada beliau.


Nampak sangat Dr. Aziz Bari mendapat sokongan kuat dari pakatan pembangkang .Sememang diketahui dia banyak terlibat dalam program dan ceramah yang diadakan oleh mereka.Dia pun banyak menyebelahi mereka dalam banyak hal dengan memberikan pandangan beliau kononnya sebagai pandangan golongan intelektual dan professional.

UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari
Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.


Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.



NONESelain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.


Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).


Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.


Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".


Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.-Malaysiakini




No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.