Sunday, October 23, 2011

Aziz Bari Guna Khidmat Peguam PAS


KUALA LUMPUR, 23 Okt:Pensyarah Undang-Undang yang sedang digantung Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengarahkan peguamnya menghantar notis tuntutan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia.

Notis yang akan mula dihantar esok itu, menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya dipetik Malaysiakini.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberapa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.

Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak

Komentar KP: Sudah terang lagi bersuluh,pakatan rakyat sememang berdiri di belakang Aziz Bari sehinggakan Peguam PAS,Mohd Hanipa Maidin bertindak sebagai peguam mewakili Aziz Bari untuk menghantar notis tuntutan  kononnya telah memalukan dirinya.Di manakah sikap non partisan golongan akademik sampai terpaksa guna peguam dari parti politik??Sememang diketahui Aziz Bari hanya menunggu hari sahaja untuk terjun ke bidang politik kerana jika dilihat dari sokongan kononnya hebat semasa demonstrasi di UIA,tapi  yang menyedihkan demonstrasi tersebut  terpaksa mengimport bekas mahasiswa dari KUIS dan UKM untuk bersuara pada demonstrasi itu dan pencacai-pencacai Jingay 13 .

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.