Friday, October 7, 2011

Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara




Suasana Dewan Rakyat riuh sikit semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menyentuh tentang ‘negara berkebajikan’ ketika membentangkan Belanjawan 2012 petang Jumaat.
Puak di galeri pembangkang nyata terasa ibarat orang makan cili terasa pedasnya.Ini kerana Perdana Menteri mempersoalkan siapa yang dulu dan kini terus mengamalkan konsep yang baru cuba digunapakai mereka itu untuk memancing undi.
“Bukankah kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan?," katanya.
"Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini,”katanya lagi.
Bajet yang dibentangkan Najib nyata selari dengan konsep itu bila ia antara lain mengumumkan ‘durian runtuh’ untuk golongan berpendapatan rendah sebanyak RM 500 secara one off.
Ia bagi golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah yang akan melibatkan wang sebanyak RM 1.8 billion.
Kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi.
 
Semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara pula dapat Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit.
Komentar KP: Tahniah buat pentadbiran Dato' Seri Najib atas bajet yang sangat membantu rakyat berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos kehidupan yang semakin meningkat di masa kini.
Bajet oleh kerajaan dilihat lebih signifikan buat rakyat dan lebih membantu rakyat daripada bajet PR.Namun,sesetengah Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang mengatakan ini adalah bajet pilihanraya demi memancing undi rakyat,kalau ia benar sekalipun manfaat dari bajet ini tetap pergi  kepada rakyat yang sudah boleh menilai sejauh mana keberkesanan pentadbiran BN daripada PR yang kian hari sudah tiada isu untuk diperkatakan kerana disebalik bajet ini,pelbagai inisiatif telah diperkenalkan kepada kerajaan bagi membantu rakyat terutamanya berpendapatan rendah dan sederhana.
Semoga bajet 2012 dapat memberi seribu sinar harapan kepada semua golongan demi membantu meringankan beban sara hidup yang semakin meningkat.
 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.