SHAH ALAM, 5 Okt: Pakatan Rakyat akan mendakan forum mengenai Bajet yang mereka bentangkan semalam untuk difahami oleh khalayak umum.
Forum ini akan diadakan di Hotel Quality, Shah Alam bermula jam 8 malam ini (5 Oktober).
Ahli penal forum yang bakal dipengerusikan oleh Nurul Izzah Anwar (anggota parlimen Lembah Pantai) adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota parlimen Kuala Selangor - PAS), Liew Chin Tong (anggota parlimen Bukit Bendera - DAP) dan Rafizi Ramli (Pengarah Startegik PKR).
Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan cadangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di bangunan Parlimen.
Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion bagi belanjawan 2012 berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.
Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Ianya dibentang seminggu lebih awal berbanding bajet kerajaan pusat yang akan dibentang perdana menteri Jumaat ini.-Haramkah Daily
Komentar KP: Nampaknya,Anwar Ibrahim semakin ligat beliau untuk bercita-cita menjadi PM Malaysia dengan membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat yang hanya ilusi dan angan-angan Mat Jenin sahaja.Rakyat tidak perlu terpedaya akan belanjawan karut dan tidak ekonomik ini kerana kerajaan pusat sudahpun punya belanjawan sendiri yang dijangka lebih menarik dan dinamik dibangdingkan dengan belanjawan "Ganja" mereka ini.
Mereka boleh berjanji itu dan ini kerana mereka masih belum menjadi kerajaan,bak kata bekas PM kita,Tun Dr. Mahathir Mohamad:
"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 hari ini.
"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.
"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
KP menjangkakan bahawa forum ini hanyalah bualan dan omongan kosong mereka demi meraih kembali sokongan rakyat Malaysia terhadap mereka selepas beberapa insiden dan isu sensitif dibangkitkan sebelum itu yang mengakibatkan rakyat khususnya penyokong mereka sendiri sudah hilang sabar dan tidak yakin lagi dengan perjuangan sonsang mereka yang kononya perjuangan untuk rakyat tetapi ia sekadar perjuangan untuk Anwar Ibrahim dan DAP.PAS tidak dilihat sebagai prominent parti lagi didalam Pakatan Rakyat selepas hala tuju perjuangan parti mereka kerap kali dikritik oleh rakan sebantal mereka ,DAP yang sememangnya tidak suka akan perjuangan mengangkat martabat islam.Justeru,PAS hanyalah dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan masyarakat melayu dan membantu PR dalam pilihan raya sahaja .Lihatlah dalam isu hudud, konsensus PR menolak pelaksanaan hudud dan PAS akur tanpa sebarang bantahan .
Jadi,forum ini hanya bakal menjadi platform bagi mereka untuk menghentam dan mengkritik dasar-dasar kerajaan dan mengangkat belanjawan mereka sebagai yang terbaik dan perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.