Monday, October 31, 2011

Guan Eng Dihambat Mat Rempit Di KOMTAR


Guan Eng terpaksa melarikan diri ikut pintu belakang apabila sekumpulan 400 Mat Rempit mengamuk di sekitar Kompleks Komtar.

Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) di negeri ini.

Perhimpunan disertai kira-kira 400 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".
Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.

Pentadbiran Guan Eng mulai kecut kemudian menelefon Polis bagai mendapatkan bantuan. Sekarang baru Guan Eng percaya Polis banyak membantu mereka. Sebelum ini Anwar dan pembangkang menggelarkan pihak polis adalah anjing kerajaan.

Setelah polis datang dan berbincang kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri dan bersurai dengan aman tidak seperti perhimpunan haram Bershit 2.0


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.