Wednesday, October 19, 2011

Himpunan Sejuta Umat: PAS Tarik Diri Saat Akhir



KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Komentar KP: PAS memberi alasan kononnya tiada parti -parti politik lain terlibat dalam himpunan ini,jangan nak berdrama la PAS,kata sahaja lah Pimpinan Pakatan Rakyat yang lain tak bagi "green light" nak terlibat dalam himpunan ini ataupun tak mahu hilang pengundi orang bukan islam .
Ketua Pemuda PAS ,Ustaz Nasruddin pun sebelum ini berkata Pemuda PAS akan bersama-sama mempertahankan aqidah dan perjuangan islam.Jadi dimana usaha PAS nak pertahankan aqidah umat islam sedangkan Himpunan seperti ini pun PAS bersikap berkecuali.Takkan PAS hanya mempertahankan aqidah umat islam melalui ceramah -ceramah politik mereka yang hanya dihadiri oleh juak-juak penyokong PAS sahaja.Setahu KP ceramah-ceramah politik mereka hanya penuh dengan cacian dan makian serta fitnah dan bukannya nak perjuangkan islam pun.
Usaha murni NGO-NGO islam ini perlu disokong dan KP menyokong segala usaha untuk mempertahankan aqidah dan pegangan umat islam.Jangan hanya tahu bertempik "Allahu Akbar" sahaja seperti sesetengah puak itu disana-sini kononnya mendabik dada kamilah satu-satunya pejuang islam yang tulen dan berlandaskan islam tetapi apabila berdepan dengan situasi antara memilih prinsip setiakawan dalam pakatan politik atau mempertahankan aqidah dan islam ,mereka berdolak-dalik dalam memberi jawapan.Inilah sikap sebenar puak yang hanya menjadikan islam sebagai alat politik mereka sahaja.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.