Friday, October 21, 2011

Luahan Pelajar Uia Mengenai Demo Untuk Aziz Bari

Untuk makluman semua


Satu penjelasan telah dikeluarkan oleh pada jam 12 PM hari ini dalam meeting bersama Puan Rektor 


Isu Prof Aziz Bari ini sebenarnya tiada isu pun,UIA tidak pernah menghalang sebarang kebebasan bersuara,cuma dalam rules and regulation for staff,sebarang kenyataan yang boleh mencalarkan imej universiti akan diambil tindakan.Sebelum diambil tindakan,ia tertakluk kepada beberapa prosedur yang akan dilakukan:


i)show course letter.

ii)enquiry

.
iii)hearing and judgement whether liable or not.


iv)punishment.



Prof Aziz baru pada stage 1,jadi untuk menyiasat dan dia perlu buat surat tunjuk sebab,dia akan kena gantung(suspension) yang sebenarnya diberi masa 7 hari sampai selasa ini,dia tidak pernah dihalang dalam bab gaji,datang ke UIA(dengan bersebab),dan mengajar,cuma UIA berikan ruang masa berliau sediakan surat tunjuk sebab itu.Dia juga bebas untuk datang bila-bila masa sebelum tamat tarikh itu,so,mana ada deprivation

Itu normal procedure dalam "administrative law".Sebab itu ,bila nak buat sesuatu tindakan ,fikir masak-masak dahulu,demo boleh,tapi biarlah pada pilihan terakhir,dapatkan penjelasan dulu atau kamu hanya sekadar nak tunjuk hebat??

Amat kesal dengan tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia yang tidak berbincang dahulu sebelum bertindak

~Suara Mahasiswa Uia~



Komentar KP : Tindakan terburu-buru SAMM telah memalukan UIA kerana banyak orang kata ini anjuran mahasiswa UIA padahal ianya anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia yang kuat bersekongkol dengan juak-juak PKR.Kehadiran Nurul Izzah dan Tian Chua turut menguatkan demonstrasi ini hanya demonstrasi orang berkepentingan sahaja dan bukannya suara mahasiswa uia yang sebenarnya.

Jelas ,tindakan orang luar yang cuba hendak menjadi jaguh di tempat orang sangat tidak disukai oleh mahasiswa UIA  dan yang paling dikesalkan dengan adanya beberapa ahli-ahli politik pembangkang yang menyusup masuk bersama.

2 comments:

  1. masa kes pecat di UNISEL tahun 2008 dan tahun ni takde pulak budak2 ni nak protes ke berdemo bagai... bangang dia orang ni muda-muda dah kena kuda.

    ReplyDelete
  2. Kalau tak setuju cuba la duduk dlm hutan2. Kat sana pun ada unwritten rulesnya. Inikan pulak dlm masyarakat.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.