KUALA LUMPUR – Golongan bukan Islam di negara ini digesakan untuk tidak bercakap mengenai soal hukum halal dan haram bagi sesuatu makanan bagi umat Islam di negara ini memandangkan ia mampu menyebabkan kekeliruan dan penghormatan kepada agama tersebut.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sama ada makanan itu halal atau haram dimakan oleh umat Islam, ia bukanlah ditentukan sesuka hati oleh sesiapa sahaja tanpa merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Tak boleh la letak hukum begitu saja, sepatutnya kenalah rujuk kepada JAKIM terlebih dahulu.
“Siapa mereka nak tentukan (makanan) tu halal atau haram? JAKIM saja yang berhak dan diberi kuasa dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Myneshub.my di sini hari ini.
Mufti Perak itu dihubungi bagi mengulas mengenai sebuah restoran sayur-sayuran milik bukan Islam yang dikatakan ‘halal’ oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang mempromosikan ‘Menu Rakyat’nya yang lebih murah berbanding ‘Menu 1Malaysia’, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memperkenalkan dan mencuba ‘Menu 1Malaysia’ yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan untuk semua golongan rakyat.
Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Don Daniyal Don Biyajid pula berkata, golongan bukan Islam perlu menghormati soal hukum hakam agama Islam sebagaimana umat Islam di negara ini yang menghormati agama mereka.
“Saya sendiri tidak berhak untuk menentukan soal halal atau haram di negara ini, yang berhak hanyalah satu badan kerajaan yang diberikan kuasa tersebut iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi tidak wajarlah Teresa Kok ‘halal’kan…
“Oleh itu, saya minta agar mereka yang bukan Islam jangan bercakap mengenai halal atau haram makanan tersebut, tanya, belajar dan fahami dahulu tentang soal itu, barulah bercakap,” katanya kepada Mynewshub.my.
Menurut Don Daniyal, Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam sebuah hadis di mana Baginda menegaskan bahawa makanan yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, serta terdapat perkara-perkara yang menimbulkan was-was di antara keduanya.
Lanjutan dari sabda Rasulullah SAW itu juga katanya meminta seluruh umat Islam untuk menjauhi makanan yang menimbulkan rasa was-was tersebut, termasuklah makanan yang disediakan oleh golongan bukan Islam.
Don Daniyal menjelaskan bahaw bukanlah beliau bermaksud untuk mencurigai makanan yang disediakan oleh golongan bukan Islam itu tidak bersih, namun memberitahu bahawa umat Islam digalakkan untuk memilih makanan yang disediakan oleh umat Islam untuk menghilangkan rasa was-was tersebut.
“Memang Islam mementingkan kebersihan dalam pemakanannya, namun tidak dinafikan bahawa makanan yang disediakan umat Islam juga kadang kala kurang bersih.
“ Namun jika difikirkan, sedangkan makanan yang disediakan oleh umat Islam pun kadang kala diragui kebersihannya dari segi hukum, apatah lagi makanan yang disediakan oleh bukan Islam,” katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenainya, beliau meminta agar umat Islam memahami konsep hukum makanan yang halal dan haram menurut Islam dan tidak memakan sesuatu yang belum disahkan halal oleh pihak JAKIM.
“Konsep halal dan haram bukan sekadar terhad kepada daging itu (khinzir) sahaja, ia merangkumi segala aspek sumber makanan tersebut seperti tukang masaknya, bahan-bahan, barang-barang yang digunakan dan sebagainya,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa mana-mana pihak perlu merujuk terlebih dahulu dengan JAKIM sebelum menyatakan sesuatu makanan itu halal atau haram untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. –Mynewshub.my
mungkinkah selepas ini dr asri,nik aziz atau aziz bari atau yg seangkatan dgnnya akn ulas pula knyataan mufti perak bhw bukan jakim shj yg layak tentukn halal haram makanan, tetapi gol ulama dan alim juga layak menentuknnya... mgkn mrk sgja akan spin sdemikian walhal pokok ceritanya org kafir tidak layak mnyentuh pasal hukum dlm agama Islam...biasalah...
ReplyDelete-wau
ini semua hasil tarbiah pas pada puak kafir, x seorg pun yg berjaya diislamkan tp puak kafir ni semakin berani utk mencampuri urusan umat islam sehingga halal haram pun puak ni sudah berani tentukan utk umat islam, oh ye sedangkan ayat al quran pun puak ni berani putar belit ini kan pulak soal hukum.
ReplyDeleteTahniah Pas atas usaha anda kerana berjaya menjadikan islam ini begitu senang dipermain2kan oleh puak kafir atas sokongan tanpa berbelah bagi oleh anda pd puak kafir ni.
lepas ni teresa bolehlah jemput alim ulamak lg warak dlm Pas dtg makan dikedai cina kafir tu...
Nanti jgn plak keluar fatwa halal plak oleh Pas sebagai tanda sokongan Pas pd teresa (Dapig).
Kicap, sos tiram dan taucu banyak digunakan dalam masakan berasaskan sayuran. Bukankah banyak kicap, taucu dan sos tiram yang tidak halal terdapat dalam pasaran? Itu belum diambil kira minyak masak yang digunakan. Makanya kepada pengguna Islam, awasi semua itu.
ReplyDeleteAku sokong Anom 9.57, 10.49 & 12.03
ReplyDeleteLepas ni boleh lah Chef Teresa jemput Tok Guru Nikki rasmi Restoren depa dan terus keluarkan fatwa boleh makan disini.
Tengok! aku pun makan di sini tiada hal punya.
Sedapnya! hingga mengigit lidah...