Wednesday, October 12, 2011

Prof Aziz Bari Dikecam Biadap Terhadap Kenyataan Sultan Selangor


Prof Dr. Abdul Aziz Bari,pensyarah di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dikecam atas kenyataannya mengkritik dengan tiada sopan dan biadap terhadap kenyataan rasmi Sultan Selangor mengenai hal siasatan JAIS yang dibuat JAIS mengenai kegiatan mendakyah segelintir umat islam di Gereja Methodist Damansara Utama.

Kritikan beliau dilaporkan oleh beberapa media dan portal pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider.Hari ini di Parlimen Malaysia,beberapa ahli parlimen bingkas membidas kenyataan biadap Aziz Bari semasa membentang rang undang-undang perbekalan 2012 di dewan rakyat.

Antara suara-suara ahli parlimen yang bangkit mengecam tindakan Dr. Aziz Bari adalah Dato'Bung Mokhtar Radin, beliau berkata, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati sultan sebagai ketua agama Islam.

Beliau turut menyangkal hujah Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) yang berpendapat, sarjana perlu diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan mereka.


"Memang kita ada kebebasan untuk bercakap dan memberikan kritikan membina tetapi ada batasnya. Dia (Aziz) kritik salah tempat dan salah masa.


"Saya minta tindakan tegas diambil terhadap Aziz. Saya tidak kisah dia ikut parti mana,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Bung Mokhtar turut bersetuju bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Abdul Aziz kerana menyifatkan banyak kenyataan dan tulisan pensyarah itu mengelirukan rakyat selain bersifat partisan.


"Kalau beliau menuduh Tuanku Sultan Selangor membuat kenyataan yang berpihak kepada parti tertentu, saya lihat Aziz juga berpihak pada parti politik tertentu. Jadi kalau (Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu) Mat Sabu diambil tindakan kerana kenyataan yang menghina, saya setuju tindakan turut diambil terhadap Aziz Bari,” katanya.


Pandangan sama turut disuarakan oleh Datuk Zulkifli Nordin(Bebas-Kulim Bandar Baru) didalam blognya www.zul4kulim.blogspot.com dalam artikel terbaru beliau "Kebiadapan Melampau".
Antara kritikan sinis beliau terhadap Dr. Aziz Bari:

"Adakah Aziz Bari terlalu mengagungkan manusia bernama Anwar Ibrahim ini sehingga menjadi terlalu partisan dan memihak. Beliau bukan sahaja partisan, malahan mengambil sikap partisan kepartian. Kaca dulang paku serpih, ngata orang dia yang lebih! Dia menuduh Tuanku Sultan sebagai memihak, walhal dia sebenarnya yang mengambil sikap memihak!"

"Janganlah cari makan di Universiti Islam yang dibiaya oleh Kerajaan Persekutuan. Janganlah berselindung dibalik jubah professor di UIA sambil syok menembak sembrono orang lain."


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.