“Perkembangan politik di dalam UMNO masa kini adalah lebih baik daripada daripada 2008. Pada ketika itu, ramai ahli UMNO telah mengundi pembangkang. Bukan bermakna mereka tidak suka UMNO tetapi mereka tidak suka dengan pemimpin di waktu itu jadi ianya direalisasikan dalam bentuk undi,” ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tetapi kini katanya, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak kini berada di landasan yang betul untuk mencapai Wawasan 2020 malah berjaya mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan kerajaan.
“Walaupun melalui masa yang sukar kerana mempunyai majoriti yang kecil di parlimen tetapi dia berjaya melaluinya. Ramai yang mengatakan bahawa Malaysia telah membangun dengan baik,” ujarnya dalam sidang media selepas menghadiri Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, di sini hari ini.
Dalam sidang media yang sama, beliau turut menyatakan kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk rakyatnya hidup lebih sempurna, oleh itu tiada sebab untuk rakyat menentang kerajaan.
“Sekiranya kerajaan tidak memberi perhatian dan tidak membantu rakyat, sudah pasti rakyat akan bangun dan menentang.
“Tetapi di Malaysia sejak merdeka, kita bagi tanah, wujudkan peluang-peluang pekerjaan, buka universiti dan tawarkan biasiswa untuk rakyat hidup lebih sempurna. Jadi, mengapa rakyat mahu mengikut contoh seperti negara luar yang bangun dan gulingkan kerajaan.
“Sekiranya mahu menggantikan kerajaan sedia ada dengan pembangkang, saya tidak nampak kebaikan yang ada pada pembangkang. Apa yang ada adalah air kotor. Di Selangor walaupun tak ada masalah air kotor tapi mereka tidak bekerjasama dengan kerajaan untuk mengatasi masalah air yang bakal kita hadapi di masa hadapan. Mahu tidak mahu mereka harus bekerja sama dengan kerajaan pusat,” jelas Mahathir. -MediaUMNO

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.