Tuesday, November 15, 2011

Artis pakai tudung selepas bermimpi tentang kiamat


Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat. Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya.

Tambahnya,Dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.

"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

mStar Online mMelaporkan,Jelas Diana lagi,selepas berniat untuk berhijrah,dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.

"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia. Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.

Katanya,biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.Ditanya tentang lakonan,Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang.

"Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," katanya lagi


Sumber: Utara News

Komentar KP : Alhamdulillah ,beliau sudah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah untuk berubah diatas landasan yang betul.Moga ditetapkan iman dan takwa mereka oleh Allah.Jadi ,selepas ini dapatkan bantuan dan tunjuk ajar dari guru-guru agama yang mursyid dan tausyeh dalam bidang agama islam.Allah berfirman  dalam Al -Quran:


“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)

Janganlah jadi segelintir artis yang berhijrah kemudiannya mendabik dada dengan menghafaz beberapa potong hadis dan ayat Al Quran mereka ini  dianggap alim dan wara' sehinggakan boleh layak diberikan gelaran ustaz dan ustazah kepada mereka tanpa mereka mendalami ilmu agama itu sedalam-dalamnya.

KP berpesan begitu sebab takut melihat beberapa artis yang begitu syok berceramah sana-sini dan menggunakan platform agama ,memperkatakan sesuatu perkara berkaitan hal ehwal islam tetapi mereka ini bukannya ahli atau guru yang rajih dan mursyid dalam ilmu agama islam secara mendalam.

#Diana,nasihat KP kalau dengan Wardina tu tak payah la pergi berguru,cari ja ustazah dan pendakwah yang alim dalam bidang agama  dan minta diberikan panduan dan tunjuk ajar.Jangan cari ustazah mee segera macam tuttttt....Sapa makan cili,dia yang rasa pedasnya!!!

3 comments:

  1. Kp, bersyukur la ada artis yang nak berhijrah.. x kira dengan siap die menuntut asalkan ape yg disampaikan itu baik..walau ia keluar dari mulut dajjal skali pon....

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.