Saturday, November 5, 2011

Chegu Bard Nak Minta Maaf Kepada Najib ??



KUALA LUMPUR 4 Nov. - Akhbar The West Australian semalam mengakui kesilapannya berhubung penyiaran artikel yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan sebanyak $60,000 (RM194,157) di sebuah pusat beli belah di Perth semasa Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Dalam ruangan pembetulan dan penjelasan yang diterbitkan, akhbar berkenaan turut mengesahkan bahawa anak perempuan Perdana Menteri juga tidak berada di Perth dan ini bercanggah dengan laporan yang mereka siarkan pada Isnin lepas.

Kenyataan akhbar itu boleh dilayari menerusi portal akhbar The Borneo Post yang menerima salinan halaman tersebut yang diemelkan oleh wartawan ekonominya, Neale Prior.
The West Australian juga menyebut adalah menjadi polisi akhbar itu untuk memperbetulkan setiap kesilapan mereka seboleh yang mungkin.

Semalam, Najib dalam Twitter terbaharunya menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri CHOGM di Perth, baru-baru ini.
Beliau berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan $60,000 (RM194,157) di sebuah pusat beli belah di Perth, lokasi CHOGM.

Laporan itu juga menyebut: "Seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai $150,000 (RM485,476)." Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya.-Utusan Malaysia


Komentar KP: Mana dia kaki pembohong dan kaki fitnah yang terkenal kepada keluarga PM,Chegu Bard yang sudah kantoi "all the time" tue macam dia punya Boss yang sudah mengaku 2 kali naik haji  ...Bila nak minta maaf kepada Najib??Banyak fitnah sudah ditabur,banyak dosa la yang kau kutip nanti.

4 comments:

  1. Salam sejahtera, mohon dilink blog hamba disini..
    Terima Kasih..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Siapa Chegu Bard ni? Besaq sangat ka dia ni? Lebih baik bagi sekupang suruh dia main jauh-jauh. Politik jalanan dan politik samseng yang dibawanya tak laku beb.

    ReplyDelete
  3. dia nak mngaku kesalahannyer ker? saya tak fikir dia akan memohon maaf. kegeljohannya engkritik dan menambah fitnah hanya berdasarkan kenyataan yang tertulis kt akhbr the west australia yang belu pasti kebenarannya sdh menampakkan indentitinya yang sangat tidak stabil dan terdesak untuk dipandang oleh big bosnya. yup nk daptkan tempatlah ktakan. salamhormat dari saya. Puteri Rang bulan @ cyber Pu3 kt blog http://apakata.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Apa nak susah, nanti di Padang Mashyar Cikgu Bard akan mencari-cari Najib, Rosnah dan mereka-mereka yang telah menfitnahkan. Masyaallah, agak macam mana mencari dengan keadaan diri yang terseksa memekik, menjerit "Najib, Rosnah, ampunkan aku, aku telah banyak fitnahkan kau". Kalau jumpa tak apa kalau tak jumpa maka terimalah azab yang akan dijatuhkan oleh Allah SWT

    Fitnahkan orang memang syok, thrill, dapat pulak nama, habuan tapi balasannya pun sedap, thrill dan menyakitkan. Kalau lapar dihidangkan dengan daging saudara mu yang busuk dan meloyakan.

    Saya harap Cikgu Bard hentikanlah kerja-kerja sia-sia ni. Saya sebagai insan kerdil telah sampaikan nasihat ini. Atas Cikgu Bardlah memikirkan. Zaman sekarang Allah SWT bayar cash.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.