Gambar Hiasan |
PAGOH – “Saya terkejut kerana guru besar sanggup melemparkan wang RM26 di depan kami dan melayan seperti pengemis, sedangkan kami ke sekolah kerana mahu menuntut hak anak mendapat RM100 seperti mana diterima pelajar lain,” kata Azman Salleh, 38, bapa seorang murid yang kecewa wang pemberian kerajaan kepada anaknya dipotong tanpa alasan munasabah.
Menurut Azman, anaknya, Ainul Akmal, 8, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian.
Potongan itu memeranjatkan Azman dan isteri, Norizan Mohd Mustafa, 38, kerana apa diketahui mereka, tiada sebarang hutang buku yang masih belum dilunaskan.
Azman berkata, Selasa lalu dia pergi ke sekolah untuk mengambil wang seperti diarahkan tetapi terkejut apabila hanya menerima separuh daripada jumlah asal.
Katanya, dia ada bertanyakan guru mengenai hutang dimaksudkan tetapi tidak mendapat jawapan meyakinkan. “Pengurusan sekolah memaklumkan hutang buku rampaian Ainul tahun ini belum dijelaskan sedangkan saya dan isteri sudah membayarnya.
“Lebih pelik, anak saya juga tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan sehingga tamat persekolahan tahun duanya.
“Jika benar kami masih mempunyai hutang, mengapa pengurusan sekolah tidak mengeluarkan sebarang surat untuk memaklumkan perkara itu sebelum ini?” katanya.
Tidak puas dengan penjelasan itu, Azman berkata, dia sekali lagi pergi ke sekolah berkenaan, semalam, namun kecewa apabila guru besar melayannya seperti pengemis selain mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka sekeluarga.
Katanya, kejadian berlaku di pejabat itu turut disaksikan isteri, kerani dan kakitangan sekolah berkenaan.
“Saya meminta secara elok baki duit anak kerana Ainul tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan.
“Namun, guru besar itu tiba-tiba melenting dan mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak RM26 sebelum melemparkannya kepada kami.
“Saya begitu terkejut dengan tindakannya itu. Inikah sikap seorang guru yang selama ini diagungkan sebagai pendidik bangsa?” katanya yang membuat laporan polis pada hari sama. – myMetro Online
Komentar KP: Sungguh kurang ajar dan tidak beretika sikap seorang Guru Besarkepada waris pelajar yang datang bertemu dengan untuk meminta penjelasan lanjut pemotongan wang bantuan RM 100.Bukankah Menteri Pelajaran,Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah mengeluarkan arahan agar semua sekolah memberi bayaran penuh wang bantuan kepada pelajar tanpa membuat sebarang pemotongan!!Yang amat memalukan apabila Guru Besar tersebut melayan waris pelajar seperti pengemis dengan melempar wang kepada mereka.Inikah sikap sebenar seorang yang bergelar guru yang menjadi pendidik kepada anak bangsa??Kalau beginilah jadi,maknanya hasrat dan dasar telah dibantutkan oleh sikap segelintir guru yang sewenang-wenang telah memalukan kerajaan dengan sikap mereka sebagai kakitangan awam yang berkhidmat untuk rakyat. Justeru ,KP minta Kementerian Pelajaran menyiasat perkara ini sedalam yang mungkin kerana ia telah sedikit sebanyak mencalarkan sistem penyampaian kerajaan yang sepatutnya bersikap berhemah dan berintegriti dan jika perlu kenakan tindakan disiplin terhadap guru ini supaya menjadi pengajaran kepadanya kelak.
report je kt kementerian pelajaran..direct CC trus pd TPM..biar dia tau langit tinggi ke rendah..lagi nk buat taik kt kawasan TPM..buang terus pon bagus..
ReplyDeleteBlog anda sudah di paut kan dalam blog list cikgu pencen
ReplyDelete