Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Sri Shahrizat Jalil dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan tersebut, mencabar Ketua Pergerakan PKR, Zuraida Kamaruddin agar mendesak Presiden mereka, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sekiranya dia benar-benar mahu menjadi jaguh di medan politik.
Katanya, sekiranya Zuraida boleh mencabarnya untuk meletak jawatan kerana suaminya merupakan Pengerusi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), maka seharusna Zuraida juga harus mendesak Wan Azizah meletak jawatan kerana dia adalah isteri kepada Anwar Ibrahim yang telah dihukum dan disabit dengna pelbagai kesalahan yang sehingga kini masih belum selesai.
“Saya tidak ada kena mengena. Saya menjalankan tugas saya, suami saya menjalankan tugas dia. Dia hendak saya letak jawatan? Kalau itu dasar dan prinsip dia, saya hendak dia menggesa Presiden PKR untuk meletakkan jawatan. Barulah dia (Zuraida) itu jaguh, betul tak? Saya belum pun tiup semboyan lagi,” ujarnya.
Dalam ucapannya juga, Shahrizat berkata, beliau menyerahkan masa hadapan dan kedudukannya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 13 kepada Presiden Parti namun begitu, beliau akan menyerahkan seberapa ramai nama calon wanita untuk dipertimbangkan sebagai calon pilihan raya.
“Asas pertimbangan saya mudah iaitu Wanita UMNO sememangnya mempunyai ramai calon ‘winnable candidate’ ataupun yang boleh menang. Mereka berada di merata tempat dari Perlis hingga ke Sabah.
“Nasib diri saya, jangan siapa khuatiri. Kedudukan saya biarlah Presiden parti yang tentukan apabila tiba masanya kelak. Apa yang penting, Wanita mesti berjuang dalam satu pasukan yang bersepadu dan berdisiplin, di atas satu landasan dan wawasan yang jelas untuk mencapai matlamat kemenangan PRU 13,” jelasnya.
Katanya lagi, sekarang ini bukanlah masa untuk Wanita leka di buai angan-angan Mat Jenin dan berpeluk tubuh serta berasa selesa dengan apa yang telah dilaksanakan dan dicapai.
“Dengan kekuatan seramai 1.3 juta ahli, kita Wanita UMNO mesti melipat gandakan usaha, memantapkan jentera parti, melebarkan sayap agar terus menjadi pemain utama dalam meraih kemenangan besar BN dalam PRU akan datang,” kata Shahrizat. -MediaUMNO

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.