Wednesday, November 30, 2011

KOMTAR Digempur NGO Pulau Pinang Akibat Sikap Rasis Adun DAP


GEORGETOWN: Seramai 300 individu daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menganjurkan demonstrasi bagi mendesak supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Komtar, Ng Wei Aik daripada DAP, dipecat kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat. 


Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Hotel Oriental bermula jam 12.30 tengah hari sebelum berhimpun di Komtar untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil kerajaan negeri.


Memorandum itu turut menggesa kerajaan Pulau Pinang supaya lebih fokus dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dan bersikap rasional dalam setiap tindakan yang diambil.

Antara NGO yang terbabit adalah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Suara Anak-anak Malaysia. 

Dalam perarakan itu, kumpulan berkenaan membawa sepanduk besar yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, ADUN Komtar mulut celupar, kami tidak akan maafkan kamu' sambil menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ng yang disifatkan biadap dan berat sebelah. 

Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setiba di Jalan Pinang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di tengah jalan raya selama 20 minit. 

Pengerusi Perkasa Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin kemudiannya menyerahkan memorandum itu kepada Pembantu Penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz. 
"Jika kerajaan DAP memerintah dengan adil kami tidak akan buat begini. Sebagai ADUN pula, Ng sepatutnya memelihara kepentingan rakyat bukannya menindas," katanya. 

Ng, yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng, didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap dua mangsa kebakaran di Jalan Gurdwara di sini dalam kejadian 22 November lalu selain pernah dikecam kerana bertindak kasar dalam satu operasi di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum, sebelum ini. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintinden Ahmad Bakhtiar Kassim, berkata sembilan orang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut. - BERNAMA 

#Memang benar lah cakap  Muhyiddin semalam bahawa DAP merupakan parti paling RASIS  inilah bukti dan kebenarannya . Kalau pemimpin UMNO  la yang membuat tindakan sedemikian , sudah tentu puak2 chauvinist ini paling awal meroyan desak letak jawatan .

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.