Friday, November 11, 2011

MB Terengganu: Blogger PAS Pakai Topeng Babi


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said difahamkan akan memfailkan saman ke atas dua pemilik laman blog yang menyebar fitnah kononnya dia ditangkap basah di Hilton Sentral sebelum ini iaitu pengendali blog http://msomelayu.blogspot.com dan guanopulok.blogspot.com.



"Kita kenal pasti pemilik blog msomelayu dan pemilik blog guanopulok masih disiasat kerana blog tersebut dipercayai didaftar di California," katanya.

Ahmad juga menyifatkan penulis blog tersebut seperti manusia bertopengkan khinzir kerana sanggup mengaibkan orang lain demi kepuasan diri sendiri.

Jelasnya, sebelum ini beliau hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memperbesarkan isu tersebut yang nyata tidak menjejaskan kepimpinannya.

Dia menambah, sebagai ahli politik, dia mampu bertahan dengan apa jua tuduhan tetapi tidak bagi ahli keluarganya yang terlalu kecewa dan sedih.



Sumber: MediaPermatangPauh

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.