Thursday, November 24, 2011

Nik Aziz Menangis!!! Dewan Pemuda PAS Malaysia Rayu Kepada Muhyiddin Yaasin Selesaikan Masalah Air Kelantan


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Kelantan jika diberi mandat dalam PRU ke-13 sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat Kelantan.

Tambahnya, Muhyiddin mungkin telah melupai bahawa jawatan beliau selaku Timbalan Perdana Menteri adalah amanah rakyat yang perlu ditunaikan.

“Sebagai pemimpin negara, beliau bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah dan keperluan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.

“Seluruh rakyat di negara ini, sama ada Kelantan atau lain-lain lagi tertakluk di bawah pemerintahan beliau dan beliau wajib menunaikan amanah ini tanpa mengira latar belakang mereka,” ujarnya lagi.

“Sebaiknya, masalah air di Kelantan boleh diselesaikan segera kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri di Malaysia, dan Kelantan adalah salah satu negeri di bawah pentadbiran negara ini,” katanya. 

Komentar KP : Sekarang baru nak merayu kepada kerajaan pusat tolong selesaikan air kelantan,Kenapa nak salahkan PM dan TPM tentang masalah air di Kelantan??Kerajaan pusat telah beri peruntukan 600 juta untuk Kelantan selesaikan masalah air ,kenapa sampai sekarang masalah air masih berlarutan???Adakah berlaku penyelewengan peruntukan untuk menyelesaikan masalah air di kelantan???Wang peruntukan ini masuk poket sapa pula??

Masalah air di negeri Kelantan takkan nak minta PM dan TPM turun selesaikan pulak!!!Apa guna MB Kelantan yang ada sekarang??Dia tak boleh nak selesaikan ka masalah air nie??Tak buat kerja ka Nik Aziz nie?? Makan gaji buta ka??Macam mana nak bagi perintah Malaysia sedangkan masalah air pun payah nak settle??Puak-puak macam nie ka nak bagi pegang pentadbiran negara!!! Kebajikan rakyat Kelantan sendiri pun masih tidak terbela selepas lebih 20 tahun memerintah. Inikah namanya contoh Kerajaan Berkebajikan??

Sekarang nie masalah banjir pulak,apa tindakan Kerajaan Negeri PAS Kelantan nak menyelesaikan masalah banjir ini??Sudah 3 nyawa tidak berdosa terkorban dalam bencana banjir ini!!Kerajaan PAS jangan hanya berpeluk tubuh sahaja.Nik Aziz minta rakyat Kelantan berdoa untuk selemat dari bencana banjir ,mana usaha kerajaan negeri nak menyelesaikan masalah ini??Setakat berdoa tanpa usaha tidak kemana. Nik Aziz jangan hanya nak tunding jari menyalahkan orang lain atas kelemahan dirinya sendiri. 

1 comment:

  1. Apa gunonya ra'yak lantik demo jadi ketua kalau tok leh buat kerja, tok leh nak selesaike masoalah ra'yak....Takkan boleh nak makan gaji bute jer...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.