Tuesday, November 15, 2011

Parlimen Permatang Pauh Dicemari VCD Lucah Aksi Ahli Parlimennya Sendiri

sebar dvd lucah

PENANTI – Hampir 100 orang berkumpul di hadapan Balai Polis Kubang Semang, dekat sini, semalam, bagi membantah tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan video lucah menggunakan nama Tok Guru.


Cakera padat video (VCD) bertajuk ‘Wasiat Tok Guru’ itu diletakkan di hadapan tangga masjid Jumaat lalu, dan sasaran mereka adalah masjid di sekitar Permatang Pauh.

Memeranjatkan apabila video yang disangka benar-benar mempunyai ucapan Tok Guru (Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) itu rupanya video lucah lelaki mirip Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Pengerusi Kariah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan berkata, kewujudan VCD itu disedari ketika orang ramai sibuk hendak mengerjakan solat Jumaat.

Pihaknya difahamkan kira-kira 50 hingga 100 keping VCD diletakkan di situ yang mana ia habis diambil kariah yang datang untuk bersolat pada tengah hari itu.

“Jika dilihat dari luaran, pasti orang akan ingat ia benar-benar video ‘Wasiat Tok Guru’. Tapi, saya terkejut apabila ada anak kariah yang datang kepada saya maklumkan bahawa kandungan sebenar adalah video lucah.

“Bukan setakat masjid ini sahaja, malah, perkara sama turut berlaku di lebih lima masjid dalam kawasan Permatang Pauh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, semalam.

Abu Bakar berkata, laporan dibuat kira-kira jam 3.30 petang disusuli dengan perhimpunan damai anak kariah bagi membantah perbuatan yang disifatkan mempunyai agenda pihak tertentu.

Turut membuat laporan semalam adalah wakil Masjid Mengkuang Sungai Lembu.

Beliau dalam pada itu berharap pihak polis menyiasat mengenai perkara itu, seterusnya mengambil tindakan terhadap individu yang bertindak menyebarkannya.

“Perbuatan ini amat melampaui batas dan tidak dapat dimaafkan kerana menggunakan masjid sebagai medium untuk menyebarkan perkara tidak elok. Ia juga dilihat mencemarkan imej masjid sebagai sebuah institusi agama.

“Saya meminta supaya mereka yang ada menyimpan VCD ini supaya mengembalikannya semula kepada pihak masjid untuk dimusnahkan,” katanya.


Komentar KP : Inilah orang kata akibat penangan aksi terlampau ahli parlimennya, nasib rakyat di parlimennya menjadi mangsa akibat kerasukan nafsunya sendiri.Yang syoknya siap tulis wasiat tok guru pula tuh dan depa yang ambil ingat VCD tue ingat wasiat Nik Aziz..haha..lawak sangat la...depa ingat Nik Aziz sorang ja ka ada pangkat tok guru tuh...orang lain tak dak ka....sah depa yang amik nie totok pakatan rakyat dan dah terkena dengan penangan maut aksi terlampau YB mereka sendiri .

Tapi tak musykil la kalau KP kata mesti geng PR juga yang buat hal ini untuk memburuk-burukkan UMNO di Permatang Pauh .Mereka  ini sudah tiada modal nak berpolitik lagi.Kerja keji macam nie pun sanggup buat.Teruk Betui la..

#KP nak tanya sikit,tak malu kah pengundi dan rakyat di Permatang Pauh ada YB perangai macam tue??Buat malu je!!Pakat kalih pada PRU 13 nanti demi masa depan anda.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.