Siti Nurhaliza hari ini menafikan bahawa beliau berminat dengan politik Pas dan berbincang denagn pemimpin Pas. Menurutnya sebuah blog pro- Nizar telah memfitnah Siti Nurhaliza dengan sengaja meletakkan nama dan gambarnya seolah-olah beliau sudah masuk bidang politik dan menyokong pembangkang.
"Ingin dimaklumkan bahawa saya belum terfikir untuk menceburkan diri dalam bidang politik terutamanya parti Pas dan apa yang telah dinyatakan di Blog pro- bekas Menteri Besar Perak adalah fitnah semata-mata", kata Siti Nurhaliza.
"Kemungkinan blog berkenaan ingin menarik pembaca membaca blognya tetapi janganlah memfihnah saya", kata Siti lagi.
Ini menunjukkan pakatan rakyat telah ketandusan idea dan isu sehingga sanggup memfitnah orang lain yang langsung tidak kena-mengena dengan politik Pas.
Sumber: Sungai Rapat Online
Komentar KP: Nampaknya artis goreng pisang panas macam Bob Lokman yang masuk PAS sudah tidak laku buat PAS menarik sokongan rakyat menyokong gagasan negara kebajikan mereka sehinggakan terdesak mengaitkan nama isteri Dato' K ,Datuk Siti Nurhaliza yang dikatakan mereka berminat dengan konsep negara kebajikan PAS.
Melihat kepada terdesaknya pihak PAS dalam menggunakan artis yang bukannya ahli mahupun penyokong PAS untuk menarik sokongan rakyat,PAS dilihat sudah ketandusan isu dan idea dan mempolimikkan isu negara kebajikan dikaitkan dengan golongan artis kononnya sangat berminat dengan konsep tersebut yang sememang sudah diimplementasikan oleh kerajaan pemerintah semenjak merdeka lagi.
Yang si blogger totok PAS nie sebenarnya KP rasa dia nie gila ranking sampai terpaksa fitnah orang sana-sini sekapal juga dengan pemimpin-pemimpin mereka yang bercakap menggunakan kalam suci Allah tetapi disebalik itu tersirat segala fitnah dan cacian serta umpatan terhadap musuh politik mereka.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.