Thursday, November 17, 2011

Sah!!! Ostat Bob Lokman Kafirkan Rakyat Johor




Inilah lesen yang diberi oleh Pimpinan PAS terhadap golongan yang baru mengenal Tuhannya untuk mengkafirkan dan memurtadkan sesiapa sahaja .Gelaran Ustaz ditauliahkan kepadanya  oleh PAS tanpa mengenalpasti kelayakannya dari sudut ilmu agama dan pengajiannya yang mendalam tentang hukum -hakam islam .

Asalkan boleh berceramah dan membaca dua tiga potong ayat Al Quran dan Hadis sudah cukup untuk diangkat menjadi warrior -warrior PAS di pentas ceramah mereka.Perkara seperti ini amat dikesalkan apatah lagi apabila dia bercakap mengenai hukum -hakam islam dan mentafsirkannya mengikut sedap sahaja tanpa berpandukan ajaran islam dan ijmak ulama.

Lihatlah dalam video diatas sudah cukup bagaimana sesuka hatinya mengkafir dan memurtadkan orang lain tanpa usul periksa.Ini jelas menunjukkan dia cuba membawa kembali fahaman Khawarij yang mengkafirkan orang islam yang tidak sealiran dengannnya dan lebih teruk lagi fahaman ini menghalalkan darah orang islam yang tidak sealiran dengan mereka.

Apa darjat dan makrifat yang Bob Lokman ada untuk mengkafirkan orang islam lain sebagai murtad ??Dia juga cuba mempersendakan Mufti Perak ,Datuk Seri Dr Hj Harussani Zakaria berkaitan isu murtad ini.

Walaupun keturunan Bob Lokman dikatakan bersambung dengan Ulama tersohor nusantara terdahulu iaitu moyangnya ,Almarhum Tok Kenali ,tidak bermaksud Bob Lokman boleh sesuka hatinya mengatakan dirinya sudah setaraf ulama besar yang boleh dan diberi lesen untuk mengkafir orang lain seperti yang digunakan oleh Hadi Awang di dalam "Amanat Hj Hadi " yang diumpakan sebagai scroll suci yang perlu diikuti oleh semua ahli PAS pada satu ketika dahulu .

#Bob Lokman perlu bertaubat kerana ucapannya sudah menjejaskan akidahnya dalam dirinya sendiri

3 comments:

  1. betul le tu apa yang bob lokman tu cakap. kalau dah sengaja meninggalkan solat, apa hukumnya? apa orang umno johor ada buat untuk betulkan akhlak umat islam johor?

    lebih baiklah keris pusaka jumpa alim ulamak dan bukak balik kitab , baca dan hayati konsep diri sebagai seorang muslim.

    hanya manusia yang menginsafi diri sebagai muslim sahaja yang sedar akan diri dan tipu daya dunia. kata bidalan lama, paku dulang paku serpih dan terasa pedah bila mengunyah cili.

    ReplyDelete
  2. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Bob Lokman dan anon di atas. Kenyataan anda samalah seperti membuat generalisasi terhadap orang Johor secara total!

    Saya sendiri orang Johor. Walaupun bukan menetap di JB atau kawasan sekitar, kami sedia maklum bahawa mereka tetap berhenti di surau atau masjid dan menunaikan solat.

    Bagi mereka yang tidak menunaikan solat, sesungguhnya Allah ada balasan untuk mereka dunia dan akhirat.

    Kepada anon, saya ingin perjelaskan, UMNO di Johor melakukan macam-macam kebajikan di negeri kami. Begitu juga pihak pembangkang. Masing-masing ada pro dan kontra. Yang penting, kami hidup dengan harmoni.

    Anda wajar tahu bahawa soal agama tidak boleh dicampurkan dengan urusan politik! Sekian.

    ReplyDelete
  3. cuba tanya bob lokman adakah dia tuhan boleh mengkafirkan org.jangan cuba memalukan keturunan tok kenali.kalu tok kenali masih hidup pun dia akan marah

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.