Nampaknya ,Chegu Bard sekali lagi meramalkan kononnya parlimen bakal dibubarkan sekitar November .Ini bakal memeranjatkan banyak pihak yang menjangkakan pilihanraya hanya akan diadakan sekitar tahun depan.Yang menghairankan dari mana Chegu Bard dapat maklumat bahawa parlimen akan dibubarkan sekitar bulan ini??
Adakah terdapat orang dalam dalam pentadbiran Najib yang membocorkan rahsia maklumat ini ??
Ataupun Chegu Bard sekadar hanya bermimpi akibat stress mengingati kekalahannya dahulu dalam pilihanraya umum ke -12 di Parlimen Rembau yg berdepan dengan jagoan UMNO ,Khairy Jamaluddin sehinggakan terbawa-bawa kedalam mimpi meramalkan bulan november ini lah Najib bakal membubarkan Parlimen Malaysia.
Mungkin itulah persepsi yang cuba dicipta Chegu Bard agar jentera-jentera piliharaya Pakatan rakyat yang sekarang ini mungkin sedang tidur lena dan tidak bersedia menyahut semboyan pilihanraya .Beliau sedar bahawa persepsi rakyat kini sudah kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional akibat beberapa transformasi berani Najib bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada kerajaan.Beliau mungkin sedar bahawa cerita-cerita fitnah yang ditabur olehnya semuanya sudah kantoi "all the time"dari kisah fitnah cincin rosmah dan terbaru fitnah kepada anak PM berbelanja mewah di Perth semasa Persidangan CHOGM.Semuanya berjaya dibongkar dengan fakta dan keterangan yang kukuh .Sehingga kini,Chegu Bard tidak menjawab balik fitnah yang dilemparkan olehnya.
Mari kita nantikan apakah benar berita ini ataupun hanya cakap-cakap kosong sahaja!!
Kalau tidak benar berita ini,satu posting khas bakal menyusul buat Chegu Bard!!Tunggu .....
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.
Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.
Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.
Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan.
"Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN.
"Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan.- Haramkah Daily
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.