Perbahasan untuk mansuhkan Proklamasi Darurat 1966,1969 dan 1977 di Dewan Rakyat pada Khamis menconteng arang di muka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang apabila dua ahli parlimen Bebas ‘hentam cukup-cukup’ Ketua Pembangkang dan penasihat DAP itu.
Puncanya, Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timor yang bangun membahaskan usul itu mempersoalkan kenapa kerajaan tunggu 34 tahun untuk mansuhkan proklamasi tersebut.
Bagaimanapun, ahli parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang turut membahaskan usul itersebut mengambil peluang menjawab soalan itu dengan meminta Kit Siang bertanya kepada Anwar jawapannya.
“Ipoh Timor patut tanya Anwar Ibrahim. Sejak 1982 hingga dipecat, beliau ada 14 tahun dalam kerajaan. Beliau pegang jawatan Ketua Pemuda, Naib Presiden dan kemudian Timbalan Perdana Menteri,”.
“Anwar patut cadang ISA dimansuhkan, begitu juga dengan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) serta undang-undang Darurat,” sindir Presiden Perkasa itu.
Menurut Ibrahim, isu ini hanya timbul sejak Anwar dipecat dari UMNO.
“Kalau dia (Anwar) cadang dulu lagi bukan macam sekarang, semua dah selesai,” kata Ibrahim.
Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin kemudian bangun mencelah dan mendakwa Kit Siang sengaja 'putar’ isu itu dan lupa sejarah mengapa undang-undang Darurat dikuatkuasakan.
Menurut beliau, kewujudkan undang-undang itu adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan dan tindakan rasis yang melampau didalangi Ipoh Timor (merujuk Kit Siang) dan partinya pada masa itu.
” Antara tindakan itu, saya nak baca, biar rakyat dengar balik apa mereka kata pada 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa masa itu adalah bermakna antaranya Mati Melayu..,” tegas Zulkifli.
Katanya, kenyataan lain dikeluarkan adalah,” dalam perhimpunan dan perarakan yang d buat dan kenyataan yang mereka buat pada 11 Mei (1969) di Bukit Bintang... Apa polis boleh buat, Mati Melayu, Sakai Pergi Masuk Hutan, pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah,.. KL sekarang Cina Punya, pada 12 Mei, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman...Melayu Balik Kampung, Melayu Sekarang Tiada Kuasa.”
“Di Kampung Baru depan orang Melayu, ini kenyataan parti Ipoh Timor. Melayu Keluar, apa lagi duduk sini, Kita hantam Lu, Sekarang kita ada kuasa,” ujar Zulkifli.
Pada masa itu Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar menegur Zulkifli kerana masa yang diperuntukkan kepada Ibrahim selama 10 minit hampir tamat.
Ibrahim sendiri nampak gelisah kerana Zulkifli terus berhujah mendedahkan apa dikatakan parti diwakili Ipoh Timor sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei.
Zulkifli kemudian mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berani melakukan anjakan dan transformasi politik ke arah demokrasi lebih matang.
Beliau kemudian mencabar Ipoh Timur dan partinya melakukan transformasi yang matang seperti dilakukan kerajaan dengan mengungkai proklamasi Darurat.
“Saya cabar Ipoh Timor antara dalang tercetusnya 13 Mei jadi ‘anak jantan’ meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas apa berlaku pada 13 Mei 1969 dan tidak mengulang perbuatan terkutuk tersebut,” tegasnya.
Wan Junaidi terus menegur Zulkifli dan berkata tidak gembira dengan apa diluahkan Zulkifli.
Bagaimanapun, Ibrahim yang meneruskan perbahasan menyokong apa didedahkan Kulim Bandar Bharu dan mahu ucapannya Zulkifli dimasukkan sebagai sebahagian ucapannya.
Lebih parah, Ibrahim kemudian berkata, waktu berlaku 13 Mei, ahli Ipoh Timor adalah Ketua DAPSY atau ketua pemuda DAP.
“Dia (Kit Siang) bangun nak menutup sejarah. Tapi dia lupa kita masih segar dalam ingatan sejarah,” katanya.
Ibrahim kemudian meneruskan kritikan terhadap Anwar yang sebelum ini dalam perbahasan mendakwa proklamasi Darurat bertujuan menjatuhkan rakyat Kelantan.
“Pada waktu itu Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang adalah Pengerusi UMNO Kelantan, Dan waktu itu, PAS berada dalam Barisan Nasional. Krisis dalam parti PAS menyebabkan huru hara Kelantan. Kalau dituduh ini rancangan jatuhkan kerajaan negeri, Ketua Pembangkang menuduh Tengku Razaleigh sebagai pengerusi UMNO negeri,” jelasnya.
Ibrahim turut menyatakan sokongan terhadap Akta Perhimpunan Aman dan pindaan AUKU.
Beliau mengakui sebagai orang terbanyak anjur dan terbabit tunjuk perasaan satu ketika dulu.
“Apapun, akta ini untuk izinkan rakyat Malaysia adakan perhimpunan dan aman. Ertinya menghormati kebebasan rakyat dan pada masa sama jamin perhimpunan aman,” katanya.
Katanya, orang yang menentang akta itu mengamalkan politik gila dan tidak menghargai soal keamanan negara.
Menariknya, sama ada ketika Ibrahim atau Zulkifli berhujah, Dewan sunyi dan pasti kalau ada yang merah telinga adalah Anwar dan Kit Siang.
Itulah akibat menjolok sarang tebuan.- 24/11/2011-AGENDA DAILY

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.