Kereta milik Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aisyah Shikh Ismail hilang dipercayai dicuri awal pagi ini.Kereta jenis Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJS 7349 itu disedari hilang jam 7 pagi ini setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.
"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi tadi.
"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di Tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Ekoran itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.
"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.
"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kerete tersebut," katanya yang tidak mahu menuduh sesiapa.
Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, kenapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan ia hampir dengan balai polis.
Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.
Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.
"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.
Komentar KP : KP sudah naik muak dah dengan sikap dan integriti pemimpin parti pembangkang terutamanya dari parti PKR yang dengan sesenang hatinya mempolitikkan sesuatu perkara buruk terjadi kepada mereka ada kena mengena dan berpunca daripada orang politik juga.
Takkan lah yang anggota-anggota polis nie nak jaga kereta dia 24 jam walaupun kereta dia diletakkan katanya berhampiran sebuah balai polis.Bukankah juak-juak pemimpin PKR nie benci sangat dengan Polis,so bila kereta hilang nak minta tolong sapa cari???Polis la juga yang dicarinya.
Sebelum ini,ramai sudah orang lain mengalami nasib yang sama macam Aishah nie tetapi mereka tak lah sibuk buat press conference nak bagitahu kereta mereka dicuri.Yang si Aishah nie sibuk nak propa nak dapat simpati rakyat macam satu kapal dengan pemimpin agung dia ,Anwar Ibrahim.
Jangan la nak berbelit-belit dengan kenyataan dan mempolitikkan isu ini kerana menurut rakan KP,Generasi Pejuang Bangsa kereta waja yang dipandu oleh Ketua Srikandi PKR ini sememang merupakan kereta pilihan utama sindiket curi kereta di negara ini.
orang nak curi kerete....bukan nya nk pikir dalam tu dokumen apa....lagipun dalam PKR semua telus...mana ada rahsia
ReplyDeleteBong-ngok.....dah tahu dokumen penting, simpan dlm kereta!!!!!!
ReplyDeletePenutup tazkirah cam ni....semua yg baik dari Allah, dan yg buruk tuh dari diri sendiri!
Tak payah buat lapuran!!! Polis ada banyak kerja penting lagi....jom polis sekelian kita pi kejar Mat rempit!!!!