Thursday, November 10, 2011

Ustaz Azizan Mengamuk Kepada DAP Isu Penjawat Awam

Inilah contoh dan wajah sebenar Pakatan Rakyat yang sebenarnya berpakat atas dasar kuasa dan pangkat dan bukannya hendak memperjuangkan nasib bangsa dan negara yang sebenarnya.Mereka berlaga angin mengenai isu pengurangan penjawat awam yang hangat dikecam oleh golongan kakitangan awam dan akhirnya isu ini menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat menjelang PRU 13 nanti.Padan muka DAP buat DAP atas keceluparan anda dan kepada PAS jangan jadi kuda tunggangan buat selama-lamanya,kelak PAS bakal menonggeng dalam Pakatan Rakyat akibat mengikut kebodohan pemimpin DAP dan PKR.


Kerajaan Pas Kedah tidak bersetuju dengan hasrat sekutunya DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam jika dipilih sebagai pemerintah negara kerana kerajaan memerlukan ramai golongan itu bagi memberi khidmat pelanggan yang cekap kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, jumlah kakitangan awam sepatutnya ditambah bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran supaya selaras dengan perkembangan semasa yang menyaksikan pertambahan rakyat dan pembangunan.

Kata beliau, persoalan memaksimumkan tenaga penjawat awam adalah perkara berlainan tetapi keperluan dan keutamaan adalah untuk memenuhi tuntutan rakyat.

"Saya tak setuju nak kurangkan. Kita perlu kepada penjawat awam untuk tujuan mentadbir berdasarkan kepada keperluan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menurut Azizan, kerajaan negeri yang ditadbirnya tidak pernah terfikir untuk mengurangkan kakitangan awam kerana bilangan bukan menjadi persoalan tetapi berdasarkan nisbah keperluan.

"Hari ini saya tengok rakyat Kedah semakin bertambah. Zaman saya mula-mula menjadi Menteri Besar dahulu, jumlah penduduk negeri ini sekitar 1.9 juta orang tetapi sekarang dah 2.1 juta orang.

"Rakyat akan semakin bertambah dan perlu kepada kakitangan kerajaan yang banyak untuk menguruskan pentadbiran," ujar beliau. UTUSAN

2 comments:

  1. Kalaulah agensi kerajaan tu mcm bank atau kilang jepun, rasa2nya ramai dah bank akan bangkrap, kilang tutup. Sebab displin longgar, birokrasi dan kepelbagaian budaya bodek bertingkat mcm MLM planning. 26 tahun aku di sektor awam beb...

    ReplyDelete
  2. Ialah 26 tahun, masa pejabat promote MLM, tupperware, insurance malam ceramah politik.

    Kerja sikit bodek lebih.

    Masuk pukul 8.00pg, 4.30ptg dan siap nak balik.

    Tapi ingat bukan semua.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.