Saturday, December 31, 2011

Adam Adli Isytihar Perang Habis-habisan Terhadap UMNO dan BN,Label Sebagai "Parti Samseng"


Melalui kenyataannya ini,sahlah dia menyisytiharkan perang dengan UMNO dan Kerajaan dan seterusnya mengesahkan dirinya kini berdiri sebaris dengan barisan pembangkang walaupun selama ini cuba menafikan keterlibatan dia dengan parti pembangkang iaitu PKR walaupun beliau dilihat kelihatan rapat dengan pimpinan PKR dan mendapat sokongan padu dari mereka.

Dengan menyeru rakyat menolak UMNO dan BN yang memerintah sekarang menunjukkan dia sudah sah menjadi talibarut dan pencacai Anwar dan pembangkang yang sejati kerana berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.Selama ini dia berselindung disebalik wajah "innocent" dan poyonya sebagai mahasiswa untuk menunjukkan dia berjuang untuk kebebasan akademik.Tapi,dengan declare perang kepada UMNO menunjukkan dia sebenarnya bukan hendak perjuangkan nasib dan kebebasan akademik tetapi mempunyai agenda untuk membantu pembangkang dalam gerakan saraf memporak -perandakan mahasiswa Malaysia terutamanya mahasiswa melayu untuk membenci UMNO dan BN.

Kalau betul mamat nie sudah berani,kami barisan blogger tidak pernah gentar untuk berdepan dengan mamat yang sudah tidak punya masa depan ini dan layak menjadi pencacai-pencacai Anwar yang bakal digunakan untuk kepentingan dirinya sahaja.

Lihat kenyataannya:

Dalam perkembangan yang sama, beliau mengecam tindakan gerombolan samseng yang dikaitkan dengan Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) menyerbu van yang dinaiki mereka sehingga menggagalkan rapat umum mahasiswa di ’Sudut Pidato’ dekat Padang Kota Lama, George Town tengah hari semalam.


“Ini (Umno) bukan parti politik, ini parti samseng. Kami mahasiswa, kami bukan samseng. Mahasiswa dan rakyat elok tolak budaya samseng parti ini,” tegas beliau.


Tuntas dari itu, Adam Adli menyeru seluruh rakyat khususnya mahasiswa yang benci dengan politik samseng supaya menolak Umno BN di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan.-baca lagi di Nota Merah


2 comments:

  1. Besar mana pengaruh dia? sampai sibuk media perkatakan. hentikan cerita begini dalam media massa... kadang2 kita terlupa, secara tak langsung kita telah menyebarkan propaganda mereka ini. orang tak akan tau bila kita tak bagi tau...

    ReplyDelete
  2. sebenarnya ,blogger2 besarkan cerita nie sebab hendak rakyat tahu agenda jahat mamat ini yang punya kepentingan disebalik wajah mahasiswanya,rakyat perlu tahu kepada siapa mamat ini bekerja...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.