Nampaknya ,melalui kenyataan ini ,rasanya Anwar merasakan dia akan kalah kes liwat ini dan akan didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan. Daripada bukti dan keterangan dari pihak pendakwaraya kes telah menunjukkan terdapat pelbagai kemungkinan bahawa memang Anwar terlibat di dalam skandal liwat ini. Pihak pembelaan pula dilihat agak gagal dalam mematahkan hujah dan keterangan serta bukti yang dikemukan oleh pihak pendakwaraya .Media massa antarabangsa ,The Guardian telah pun mengeluarkan artikel mereka mengenai kes ini dan memberi pandangan bahawa Anwar akan didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.Justeru ,kenyataan Anwar akan terus berjuang disebalik tirai besi telah menguatkan bahawa beliau pasti akan meringkuk di dalam penjara buat kali kedua selepas peristiwa 1998.
Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.
Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.
Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.
Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.
Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.
Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya. MalaysiaKini
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.