Beberapa blogger UMNO dan Pro Kerajaan sudah memberi signal kepada Datuk Saifuddin Abdullah,Timbalam Menteri Pengajian Tinggi supaya meletakkan jawatannya dan meninggalkan UMNO kerana sudah tidak releven lagi beliau bersama kerajaan kerana atas tindak tanduknya yang membelakangkan prinsip parti dan kerajaan.
Antara blog yang memainkan isu ini adalah blog Sanggah Tok Janggut [klik sini]yang menggesa Saifuddin Abdullah meninggalkan UMNO dan mencari parti lain yang lebih kena dengan jiwa dan survival politiknya.Dia turut menceritakan tindak -tanduk Saifuddin selama menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang memberi malu kepada kerajaan dan buat menjadi buah tanggung pembangkang untuk menyerang kerajaan.
Dalam blog Darul Ehsan Today,mempersoalkan ketidakhadiran Saifuddin didalam Meeting Pos kabinet dan beberapa meeting lain di dalam kementerian beliau.Katanya tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan .[klik sini]
Isu menggesa perletakan jawatan ini memuncak apabila sekumpulan NGO mahasiswa berarak dan berdemonstrasi di depan bangunan UMNO di PWTC dan berlaku insiden menurunkan bendera gambar Najib untuk digantikan dengan bendera mahasiswa .Ini amat memalukan kerana ia berlaku di perkarangan Ibupejabat UMNO sendiri.Datuk Saifuddin Abdullah juga kelihatan turun untuk menerima memorandum sebagai wakil dari UMNO .
eden setuju dio mosti lotak jawatan bersamo bos dio. no two ways about it. they must resign as their actions are in the way the govt. wants. repealing the students act does mean you can do whatever you like. please resign
ReplyDelete