Saturday, December 10, 2011

DAP Terbit Filem " The GodFather " Versi Malaysia


DAP bakal menerbitkan sebuah filem tamil ala Malaysia yang diberi judul " The GodFather".Filem ini masih dalam pembikinan dan akan dilancarkan tidak lama lagi.Barisan pelakonnya terdiri dari ahli-ahli parti itu sendiri.Filem syok sendiri la kiranya!!!! Cerita ini berkisar tentang sebuah parti politik yang dikuasai oleh seorang veteran parti yang menjadi Pengerusi parti itu dan beliau dianggap seperti "Godfather" kerana mesti mematuhi dan mendengar arahannya sahaja tanpa boleh dikritik sama sekali oleh ahli parti. Satu puak dalam parti itu tidak puas hati sama itu "GodFather" dan mengkritiknya sehingga berlaku perang mulut antara penyokong "Godfather" dan  puak satu lagi yang menentang "Godfather".Kini ,pertikaian mulut itu telah membawa kepada ugutan bunuh sama salah seorang penyokong tegar " GodFather".Nantikan tayangan filem ini di siaran TV anda dirumah setiap malam.Juga boleh didapati beritanya di semua rangkaian portal politik negara .

Rayer buat laporan polis, dakwa terima ugutan bunuh

ADUN Seri Delima, RSN Rayer hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi beberapa panggilan telefon sejak semalam.

Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Reyer mendakwa pemanggil mengaku penyokong Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy. 

Pemanggil yang bercakap dalam bahasa Tamil memberi amaran kepada saya agar tidak membangkitkan sebarang isu mengenai Ramasamy pada Konvensyen DAP Pulau Pinang esok, jika saya sayangkan nyawa saya dan nyawa keluarga saya, katanya.

Bagaimanapun kata Rayer, beliau tidak gentar dan akan terus bercakap mengenai isu tersebut termasuk meminta Ramasamy memohon maaf berhubung kenyataannya mendakwa Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sebagai 'godfather'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi, mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. 

- Bernama

#macam filem tamil dalam TV la pulak drama DAP nie...main ugut-ugut bunuh lagi nie

Credit : MyMassa

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.