Wednesday, December 14, 2011

Dedah Payudara Demi Populariti dan Publisiti Murahan

Aktress Terdedah Coli Di Karpet Merah

SEORANG aktress wanita di China, Sun FeiFei berdepan saat yang paling memalukan di Anugerah “Men of the Year 2011″ apabila gaun labuh yang dipakainya terlucut akibat dipijak selepas bergambar di karpet merah ahad lalu.
Ketika kejadian itu, Pelakon cina itu sedang berjalan di karpet merah bersama seorang Pengacara Televisyen yang dikenali sebagai Fang Ling. Mereka kemudiannya dipanggil untuk sesi fotografi ringkas di karpet merah itu.
Selepas bergambar,Sun terus berjalan dan tanpa disedari ketika bergambar beriringan, Fang Ling telah terpijak pakaiannya menyebabkan pakaiannya terlucut sehingga menampakkan colinya.
Aktress Terdedah Coli Di Karpet Merah

Sun terkejut dan dengan serta-merta menarik pakaian manakala pembantu beliau bergegas ke arah Sun dan membawa kot untuk menutup bahagian dadanya yang terdedah.
Sun dikatakan meninggalkan majlis itu sejurus selepas itu tanpa menanti majlis penganugerahan berlangsung.
Daripada keadaan ketika kejadian, ada yang mengesyaki sesuatu tentang gerak tubuh dan riak wajah Sun apabila bahagian dadanya yang telah dibedah untuk menambah cantikannya separuh terdedah di hadapan kamera wartawan.
Ia seakan-akan komedi di mana Sun menunjukkan wajah terkejut dan seakan-akan tidak berpuas hati manakala Fang yang terpijak mengambarkan mimik wajah kaget.
Ia seolah-olah dirancang untuk mendapatkan publisiti murahan untuk menaikkan nama apabila tahap popularitinya dikatakan semakin merosot.
Ketika sesuatu majlis anugerah berlangsung, kebanyanyakkan artis gemar menayangkan bentuk tubuh dan dada selagi tiada pengharaman keras ke atas isu ini dilaksanakan oleh kerajaan dan Sun dikatakan mengambil kesempatan di atas keadaan ini untuk meraih populariti.
Terdapat beberapa pihak yang bersimpati dengan keadaan di mana artis seperti Sun begitu terdesak untuk meraih perhatian dengan mencipta publisiti murahan untuk meraih populariti ketika karier mereka di ambang kejatuhan.- Mynewshub
#Kalau di Malaysia nie,ada sorang sahaja yang sanggup buat macam nie demi publisiti murahan dan meraih populariti tgk gambar bawah nie:
Betul tak ??? Hahaha



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.